25 September 2013, Selasa :-
Semalam Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan menerima sumbangan berjumlah RM100,000.00 daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk tajaan Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor. Replika cek disampaikan oleh Pengurus Besar TNB Johor, Mohd Yusoff Ibrahim kepada Tuanku Ibrahim dalam satu majlis yang diadakan di Istana Pasir Pelangi, Johor Baharu, Johor. Turut serta dalam majlis ini adalah adik ipar baginda yang juga merupakan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Presiden Persatuan Hoki Johor, Jais Sardy.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment