17 September 2013, Selasa :-
Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar merupakan Sultan Johor ke-2 Era Moden dan Sultan Johor ke-22. Almarhum diputerakan pada hari ini 17 September tahun 1873 di Istana Bidadari, Singapura oleh bondanya Yang Amat Mulia Enche' Besar Zubaidah binti Abdullah atau Cecilia Catherina Lange. Bonda baginda merupakan seorang wanita berketurunan Denmark dan Cina.
Almarhum dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada 23 Mei 1891 dalam satu istiadat yang diadakan di Istana Besar, Johor Baharu. Almarhum menaiki tahta pada 04 Jun 1895 selepas kemangkatan Ayahanda baginda, Almarhum Sultan Abu Bakar di London. Almarhum dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 07 September 1895 sebelum jenazah Sultan Abu Bakar dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Baharu pada hari yang sama. Istiadat Pengmahkotaan (pertabalan) Almarhum sebagai Sultan Johor dijalankan pada 02 November 1895.
Salah satu keistemewaan Almarhum Sultan Ibrahim adalah dimana baginda telah menerima penasihat inggeris di Johor tetapi dalam masa yang sama Almarhum dapat mengekalkan kuasa pemerintahan baginda tidak sepertimana Raja-Raja Melayu lainnya dimana mereka hanya berkuasa terhadap perkara-perkara yang melibatkan adat Istiadat Melayu dan agama Islam sahaja.
Baginda berkahwin sebanyak enam kali dan dikurniakan empat orang putera dan seorang puteri. Baginda mangkat di London (Grosvenor House) pada 08 Mei 1959 dan digantikan oleh putera baginda Tunku Ismail yang kemudiannya bergelar Sultan Ismail.
Sila click entry Syah sebelum ini yang berkaitan ayahanda dan bonda Almarhum :-
No comments:
Post a Comment