Sila "click' gambar untuk imejyang lebih besar
07 September 2013, Sabtu :-
Pada 07 September 1895, Jenazah Almarhum Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim yang dikenali sebagai Bapa Johor Moden dan Sultan Johor Pertama Era Moden telah selamat dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Baharu, Johor. Almarhum dimakamkan setelah hampir tiga bulan mangkat. Keadaan ini berlaku kerana Almarhum mangkat di England dan proses menghantar balik jenazah memakan masa kerana pengangkutan paling cepat pada ketika itu hanya menggunakan kapal laut.
Almarhum diputerakan pada 03 Februari 1833 di Teluk Belanga, Singapura dan mangkat ketika berada di England dalam usia 62 tahun. Almarhum menghembuskan nafas terakhir di Hotel Bailey, South Kensington pada 04 Jun 1895 jam 20:15hrs. Ketika mangkat Prince of Wales, Prince Edward (kemudiannya bergelar King Edward VII) dan Duke of Saxe-Coburg, Prince Charles Edward berada disisi Almarhum. Atas perkenaan Baginda Queen Victoria, jenazah baginda dibawa pulang ke Johor menaiki kapal bernama Bombay yang diuruskan oleh syarikat perkapalan P&O.
Jenazah tiba di Pulau Pinang pada 28 Ogos 1895 dan kemudiannya dipindahkan ke kapal perang Inggeris, H.M.S. Mercury untuk meneruskan perjalanan ke Singapura. Jenazah tiba di Singapura pada 30 Ogos 1895 dan kemudiannya dibawa ke Johor Baharu. Di Johor Baharu, jenazah Almarhum disemayamkan di Istana Besar Johor Baharu untuk penghormatan terakhir sebelum dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah dengan penuh adat istiadat diraja Johor pada 07 September 1895 .
Almarhum menggantikan Ayahanda baginda sebagai Temenggong Johor ketika berusia 28 tahun pada 02 Februari 1862. Pada 30 Jun 1868, baginda menggunakan gelaran Maharaja Johor dan kemudiannya menggunakan gelaran Sultan Johor pada 13 Februari 1886. Almarhum mendapat pendidikan barat semenjak dari kecil lagi dan sering melakukan lawatan keluar negara terutamanya England untuk mencari pengalaman dan mempelajari sistem pentadbiran Barat. Almarhum merupakan sahabat akrab kepada Ratu England, Her Majesty Queen Victoria. Disebabkan kecekapan pentadbiran baginda mentadbir Johor telah mengagalkan perancangan pihak Inggeris untuk meletakkan Johor dalam pentadbiran Sistem Residen di Tanah Melayu.
Al-Fatihah ............
Semuga Rohnya Almarhum Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.
Sumber :- Kesultanan Johor / Wikipedia
Al-Fatihah ............
Semuga Rohnya Almarhum Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.
Sumber :- Kesultanan Johor / Wikipedia
No comments:
Post a Comment