Monday, September 9, 2013

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah Berangkat Tiba Ke Alor Setar Dari Vietnam

09 September 2013, Isnin :-

Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun serta rombongan telah selamat tiba di  Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah setelah menamatkan lawatan rasmi empat hari ke  Vietnam. Keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda berdua pada jam 19:40hrs disambut oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Yang Teramat Mulia  Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah ; Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir serta barisan exco kerajaan negeri. Doa selamat dibacakan oleh Mufti kerajaan negeri Kedah, Dato' Syeikh Baderuddin Ahmad. KDYMM Seri Paduka Baginda berdua kemudiannya berangkat ke Istana Anak Bukit.

Pada ini, Tuanku Abdul Halim dijadual mengucapkan selamat jalan kepada kumpulan pertama jemaah haji ke tanah suci di Komplek Tabung Haji Kepala Batas yang akan berlepas melalui  Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.


Sumber:- Bernama

1 comment:

Anonymous said...

WAHAI AHLI2 NUTE YANG MASIH BODOH & RELA DISUNDALKAN OLEH JAAFAR MAJID, MAHAMUD ZAKARIA, IDRIS SULAIMAN, MUKHTAR ALI, POAD DABUS, ZULKIPLI NOOH, RAHIM YUSOF, PAUZI & NOORSHAH.

SEDAR TAK KAMU,,, GAJI ANDA PADA TAHUN HADAPAN (2014) AKAN NAIK 1% SEDAR TAK???? JANGAN JADI BUTA N BODOH.................

SEDANGKAN JAAFAR MAJID DIBERIKAN KENAIKAN TAHUNAN 20% + SEBUAH KERETA PERDANA DARI KHALIS SECARA PERCUMA, SEMUA DITANGGUNG OLEH TM......

INI ADALAH PERMAINAN JAHAT & PERANCANGAN SYAITAN DARI 2 EKOR MAKHLUK SETAN INI,,,

KALAU MASIH TIDAK SEDAR,,, MARUAH ANDA ADALAH 1% DAN BOLEH DIJUAL BELI,,,,,,,,,

BODOHNYA AHLI NUTE