Hari ini Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah berkenan mencemar duli menerima mengadap Panglima Briged Sempadan, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Ramli Jaafar. Majlis mengadap diadakan di Istana Arau di Arau, Perlis. Dalam majlis ini Tuanku Syed Sirajuddin telah diberi taklimat mengenai Projek Pembinaan Kem Markas Briged Sempadan dan 6 Skn RAJD. Turut serta dalam majlis ini adalah Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Sumber :- Bernama
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment