26 September 2013, Khamis :-
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un (انا لله وانا اليه راجعون). Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang Kerabat Diraja Kelantan, Dato' Tengku Noor Asiah binti Tengku Ahmad mangkat diInstitut Jantung Negara sebentar tadi (25 September) lebih kurang jam 22:30hrs. Allahyarhamah Dato' Tengku Noor Asiah merupakan kekanda kepada Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora Ismail dan Yang Amat Mulia Tunku Puan Zanariah (Mantan Sultanah Johor) dari bonda yang berlainan. Allahyarhamah Dato' Tengku Noor Asiah berusia 83 tahun ke IJN untuk mendapatkan rawatan perubatan pada Ahad lepas dan dimasukkan ke wad pada Isnin. Allahyarhamah Dato' Tengku Noor Asiah dilaporkan berada dalam keadaan stabil sehinggalah Allahyarhamah diserang 'minor heart attack" tengahari semalam dan keadaan Allahyarhamah bertambah serius sehingga menggunakan alat bantuan hayat sebelum disahkan mangkat pada sebelah malamnya.
Jenazah akan diterbangkan dari Kuala Lumpur ke Kota Baharu bersama-sama YAM Tunku Puan Nora Ismail dan YAM Tunku Puan Zanariah dan dijangka tiba pagi ini jam 09:30hrs. Jenazah akan dibawa ke kediaman Allahyarhamah Dato' Tengku Noor Asiah di Taman Nor Mansor, Jalan Teipot, Kota Baharu, Kelantan sebelum dimakamkan di Makam Diraja Langgar, Kota Baharu, Kelantan mungkin selepas Solat Asar. Raja Perempuan Perlis dijanga akan menghadiri majlis permakaman Allahyarhamah Dato' Tengku Noor Asiah.
Allahyarhamah Dato' Tengku Noor Asiah meninggalkan seorang suami, Abdul Nasir Abdul Rahman berusia 45 tahun beserta tujuh anak lelaki dan dua perempuan hasil daripada dua perkahwinan terdahulu Allahyarhamah Dato' Tengku Noor Asiah dengan suaminya Tengku Shamsudin dan Mohd Zain.
Al-Fatihah ......... Semuga Rohnya Allahyarhamah Dato' Tengku Noor Asiah binti Tengku Ahmad ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin
No comments:
Post a Comment