29 September 2013, Ahad :-
Ini adalah gambar terbaru Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora Ismail yang diambil pada 27 September lepas sewaktu YAM Tunku Puan Nora menghadiri majlis pengkebumian kekandanya Allahyarhamah Dato' Tengku Noor Asiah binti Tengku Ahmad di Kota Baharu Kelantan. Kepada yang tidak mengenali Tunku Puan, beliau merupakan bekas Sultanah Johor dan permaisuri kepada Sultan Johor ke-3 Era Moden, Almarhum Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim. Beliau juga merupakan Nenda Tiri kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor sekarang. Tunku Puan berusia 76 tahun dan menetap di Green Lodge, Johor Baharu, Johor.
YAM Tunku Puan Nora Ismail sewaktu bergelar DYMM Sultanah Nora
Tunku Puan diputerikan pada 10 Oktober 1937 di Istana Dusun Green, Pasir Mas, Kelantan dan merupakan puteri kepada Tengku Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tengku Long Ahmad Panglima Raja dari keluarga Diraja Kelantan. Tunku Puan berkahwin dengan Almarhum Sultan Ismail pada 13 September 1977 dan ditabalkan sebagai Sultanah Johor pada 28 Oktober 1978 dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nora. Selepas kemangkatan Paduka suaminya pada 10 Mei 1981, gelaran hormat bagi beliau adalah Yang Maha Mulia Sultanah Nora Ismail. Perkahwinannya dengan Almarhum Sultan Ismail tidak dikurniakan sebarang cahayamata.
Walau bagaimanapun setelah Sultan Ibrahim menaiki tahta Johor pada 23 Januari 2010 sebagai Sultan Johor ke-5 Era Moden, baginda telah memberikan gelaran hormat yang baru kepada Sultanah Nora iaitu Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora. Gelaran baru ini berkuatkuasa mulai 17 Februari 2011 dan segala urusan rasmi kepada beliau hendaklah menggunakan gelaran Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora dan hendaklah dibahasakan sebagai Tunku Puan atau Tunku sahaja dan bukannya Tuanku.
Sila Click Entry Syah terdahulu mengenai Tunku Puan yang berkaitan dengan entry ini :-
- Gelaran Baru Sultanah Nora dan Sultanah Zanariah
- Tengku Long Ahmad Panglima Raja
- Dato' Tengku Noor Asiah Mangkat
Sumber :- MBS
5 comments:
perbezaan tunku n tuanku?
Tunku sama dengan Tengku cuma dibezakan oleh ejaan sahaja tetapi membawa maksud yang sama. Tengku kebanyakannya digunakan oleh keluarga diraja di Selangor, Kelantan, Terengganu dan Pahang manakala Tunku digunakan di Negeri Sembilan, Johor dan Kedah. Di Perak kebanyakannya menggunakan gelaran Raja dan Syed di Perlis.
Tuanku pula adalah panggilan Untuk Sultan/Raja/Sultanah/Raja Perempuan/Raja Muda etc dan Isteri (pertama)
Lembut betul ayat syah "diberikan gelaran baru"
Lembut betul ayat syah "diberikan gelaran baru"
:-)
Post a Comment