Wednesday, July 10, 2013

Dua Kubah Dikiri dan Kanan Singahsana Di Balairong Seri Istana Syarqiyyah


10 Julai 2013, Rabu :-

Ini adalah Singahsana baru di Balairong Seri Istana Syarqiyyah yang merupakan Istana rasmi Sultan Terengganu. Singhsana ini merupakan singahsana yang baru dibuat dan bukannya diambil daripada Balairong Seri Istana Maziah yang merupakan istana rasmi sebelum ini.  Singahsana di Balairong Seri Istana Maziah masih dikekalkan di Istana berkenaan. Tentunya kita tertanya-tanya apakah fungsi dua buah kubah dikiri dan kanan singahsana berkenaan kerana iannya tidak ada sebelum ini.  

Kubah disebelah kiri adalah tempat bersemayam Yang di-Pertuan Muda Terengganu dan isteri baginda. Buat masa ini Yang di-Pertuan Muda Terengganu masih lagi bujang, sebab itulah hanya diletakkan sebuah kerusi sahaja. Manakala kubah yang disebelah kanan adalah untuk persemayaman bonda kepada Tuanku Mizan iaitu Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu, Dato' Seri Sharifah Nong Asegaff dan Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja yang merupakan Nenda Tiri kepada Tuanku Mizan.  Gambar ini diambil sempena Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu ke-51 pada 07 Julai lepas.  Tiada kerusi diletakkan dibawah kubah berkenaan kerana bonda dan nenda tiri baginda tidak hadir pada istiadat berkenaan.

Sungguh mulia hati Tuanku Mizan yang tidak melupakan bonda tersayang dan nenda tiri baginda untuk bersama-sama berada diatas singahsana untuk setiap majlis rasmi kerajaan negeri Terengganu.  Bonda Tuanku Mizan merupakan isteri kedua kepada Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah Al-Haj.

Dirgahayu Tuanku Patik. 

Sumber :- Husam / Protokol Istana Syarqiyyah

1 comment:

dAnIeL iSkAnDaR said...

rekaan balairong sri seakan akan balairong sri Istana Negara Jalan Duta