Tuesday, April 30, 2013

Penampilan Pertama Raja Belanda Di Beranda Istana Diraja


30 April 2013, Selasa :- 

Kelihatan Raja Belanda yang baru King Willem-Alexander berada di beranda Istana Diraja untuk penampilan pertama baginda sebagai Raja yang baru bersama permaisuri baginda, Queen Maxima dan bonda baginda Princess Beatrix. Queen Beatrix telah menandatangani surat turun tahta di Istana Diraja sebentar tadi lebih kurang jam 10:00hrs waktu Belanda  (16:00hrs waktu Malaysia) dan secara automatik Putera Sulungnya bergelar His Majesty King Willem-Alexander of the Netherlands.  Selepas turun dari tahta gelaran baru bagi Bekas Ratu Belanda ini adalah Her Royal Highness Princess Beatrix of the Netherlands, Princess of Orange-Nassau, Princess of Lippe-Biesterfeld.

Sumber :- TheGuardian / Wikipedia

Istiadat Pemasyhuran Raja Belanda Berlangsung Hari Ini

HM Queen Beatrix of the Netherlands bersama suami baginda Mendiang Prince Claus semasa Istiadat Pemasyhuran baginda pada tahun 1980.

30 April 2013, Selasa :- 

Pada hari ini jam 10:00hrs waktu Belanda  lebih kurang jam empat petang waktu Malaysia akan diadakan Istiadat Permasyhuran Crown Prince Willem-Alexander sebagai Raja Belanda yang baru. Pada 28 Januari 2013, Baginda Queen Beatrix telah membuat pengumuman keseluruh Belanda melalui siaran TV dan Radio berhubung keputusan baginda untuk turun dari tahta dan memberi laluan kepada Putera Sulong baginda untuk menjadi Raja Belanda. Dengan pemasyhuran  ini nanti akan menjadikan Crown Prince Willem yang berusia 46 tahun itu  sebagai Raja paling muda menaiki tahta di Eropah.  Baginda juga merupakan Raja Belanda Lelaki yang pertama ditabalkan semenjak kemangkatan Raja Willem III pada tahun 1890 iaitu kira-kira 123 tahun Ketua Negara Belanda didominasi oleh pewaris wanita. 

Gambar terbaru Queen Beatrix of the Netherlands bersama Crown Prince Willem-Alexander dan Crown Princess Maxima.

Istiadat ini nanti akan dimulai dengan Baginda Queen Beatrix of the Netherlands akan menandatangani surat turun tahta baginda dan kemunculan Baginda Queen Beatrix of the Netherlands, Crown Prince Willem dan Crown Princess Maxima di beranda Istana Diraja dan memberi ucapan kepada para hadirin di Dam Square. Mereka kemudiannya akan berangkat ke Amsterdam Niew Kerk (New Church)  yang merupakan sebuah gereja yang berusia 600 tahun yang terletak bersebelahan dengan Istana Diraja untuk Istiadat Pemasyhuran.  Dalam istiadat ini nanti,  Crown Prince Willem  akan mengangkat sumpah sebagai Raja Belanda.  Raja-Raja Belanda tidak pernah dimahkotakan (dipakaikan Mahkota Kerajaan), walau bagaimanapun dalam istiadat ini nanti Mahkota Kerajaan hanya diletakkan bersebelahan baginda sepanjang istiadat berlangsung bersama alat-alat kebesaran diraja lainnya.

Dalam istiadat ini nanti baginda akan memakai jubbah diraja yang telah digunakan untuk  pemasyhuran raja-raja Belanda semenjak tahun 1815.  Jubah ini telah dibuat dua kali  pengubahsuai untuk istiadat pemasyuharan bonda dan nenda baginda sebagai Ratu (Queen) Belanda. 

Tradisi Turun Tahta ini sudah menjadi kebiasaan bagi Raja-Raja Belanda.  Bonda Queen Beatrix sendiri iaitu Queen Juliana melepaskan tahtanya pada 1980 ketika sambutan ulangtahun baginda yang ke 71 manakala Queen Wilhemia turun tahta pada tahun 1948 dalam usia 68 tahun bagi memberi laluan kepada Queen Juliana menjadi Raja Belanda. Malang sekali Istiadat ini tidak dapat dihadiri oleh Adinda Crown Prince Willem iaitu Prince John Frisco yang kini berada dalam keadaan koma setelah terlibat dalam kemalangan runtuhan salji di Austria pada 17 Februari 2012. Begitu juga kedua ibu dan bapa Crown Princess Maxima tidak dapat menghadiri istiadat ini kerana mereka tidak dibenarkan menghadiri sebarang majlis rasmi di  Belanda.

Sila click Entry Syah terdahulu berhubung perkara ini seperti dibawah:-


Sumber :- BBC / MBS / India TImes

Monday, April 29, 2013

Dari Putera Mahkota Kepada Raja Belanda

29 April 2013, Isnin :-

Tanggal 30 April ini akan mengubah cara hidup Crown Prince Willem-Alexander, Prince of Orange daripada seorang Putera Mahkota kepada Raja Belanda yang mana akan berlaku perubahan besar dalam kehidupan seharian baginda sebagai Ketua Negara. Esok baginda akan diistiharkan sebagai Raja Belanda menggantikan bonda Baginda Her Majesty Queen Beatrix of the Netherlands yang akan turun tahta bagi memberi laluan kepada Crown Prince  Willem sebagai Raja yang baru.

Baginda yang baru sahaja menyambut hari keputeraannya yang ke 46 tahun pada 27 April lepas akan mencipta sejarah sebagai  Raja Belanda lelaki yang ditabalkan buat pertama kalinya semenjak 1890 kerana Raja Belanda sebelum ini adalah Perempuan.  Selepas ini Queen Day yang merupakan sambutan Hari Keputeraan baginda Queen selepas ini akan dikenali sebagai King Days akan disambut setiap tahun pada 27 April.  Walau bagaimanapun selepas ini pewaris tahta akan kembali semula kepada perempuan apabila anakanda sulung baginda, Princess Amalia bergelar Princess of Orange.  Buat masa ini baginda dikurniakan dengan tiga orang puteri, Princess Amalia berusia sembilan tahun, Princess Alexia berusia tujuh tahun dan Princess Ariane berusia lima tahun.

Bagi memberi tumpuan terhadap tugas baru baginda sebagai Raja, baginda juga telah melepaskan beberapa jawatan  yang disandang sebelum ini.  Baginda juga telah menamatkan keahlian baginda dalam International Olympic Committee dan sebagai Pengerusi United Nations board on water and sanitation.  Apabila turun dari tahta, baginda Queen Beatrix akan bersemayam di Drakensteyn Castle di  Large Vuursche.

Sumber :- Hello Daily News

Tunku Abdul Rahman Rasmikan Perkampungn Orang Asli Pertama Di Malaysia

29 April 2013, Isnin :-

Hari ini dalam tahun 1967, Perdana Menteri Malaysia pertama Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah merasmikan pembukaan perkampungan Orang Asli pertama yang terletak di Ayer Baning, Negeri Sembilan. Perkampungan yang terletak kira-kira 83.2km dari Seremban ini dinamakan Kampung Putra dan telah menjadi perkampungan contoh bagi orang asli pertama dibuka oleh Perdana Menteri. Kos pembinaan kampung ini berjumlah $60,000.00 dan didatangkan dengan kemudahan 33 buah rumah, kelinik, balairaya dan sebuah sekolah yang dilengkapi dengan asrama. Ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk menaik taraf hidup kaun Orang Asli setaraf dengan masyarakat umum dan dalam masa yang sama mengekalkan identiti serta nilai-nilai positif budaya masyarakat Orang Asli.

Ketibaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke kampung ini disambut oleh Ketua Orang Asli, Batin Hassan bin  Bate ; Menteri Tanah dan Galian, Haji Abdul Rahman Ya'akub ; Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' (Dr.) Mohamad Said bin Mohamad dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Orang Asli, Dr. Haji Iskandar Carey.

Sumber :- Arkib Negara

Sunday, April 28, 2013

Buku Istana Negara Menjadi Milik Syah

28 April 2013, Ahad :-

Shukur Alhamdulillah dan Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kekanda Syah, Suria kerana telah menghadiahkan Syah Buku Istana Negara "Lambang Kedaulatan dan Keagungan Raja-Raja Melayu" sempena ulang tahun keputeraan Syah.  Beliau telah bank-in sebanyak RM400.00 kedalam akaun Syah untuk Syah beli buku ini sebagai hadiah hari keputeraan Syah tahun ini.  Kebetulan petang semalam Syah ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Putra World Trade Center atau PWTC. Tiba-tiba Syah terjumpa buku ini di booth GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd berhampiran pintu masuk utama.  

Syah tahu harga buku ini RM350.00 sebab Syah hendak membuat tempahan kepada urusetia penerbitan buku ini di Jalan Duta.  Nasib baik Syah tak beli lagi kerana GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd bagi offer 10% dan Syah dapat buku ini dengan harga RM315.00 sahaja.  Itulah rezeki namanya kerana urusetia penerbitan buku berkenaanpun tidak boleh memberikan diskaun bila Syah tanya berhubung perkara ini.  Di booth lain ada juga Syah nampak buku ini dijual tetapi mereka tidak memberi sebarang diskaun. Pesta buku ini bermula 26 April lepas dan akan berakhir pada 05 Mei 2013 dan jika anda ingin memiliki buku ini dengan harga diskaun bolehlah datang ke booth GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd. Jangan lepaskan peluang keemasan seperti ini kerana memang susah hendak mendapatkan diskaun bagi buku-buku "cofee table" yang baru dipasarkan seperti ini walaupun dari penerbit atau pengedarnya kecuali jika kita membeli dengan kuantiti yang banyak.

Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Keputeraan Yang Ke-87 Tahun YAM Tengku Aris Temenggong Selangor

28 April 2013, Ahad :-

Selamat menyambut hari ulangtahun keputeraan yang ke 87 tahun kepada Tengku Aris Temenggong Selangor Yang Amat Mulia Tengku Muhamad Yusof Alhaj ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah. Yang Amat Mulia Tengku Aris Temenggong Selangor diputerakan pada 28 April 1926 oleh bondanya yang ketika itu bergelar Tengku Ampuan Selangor iaitu Almarhumah Tengku Ampuan Fatimah binti Almarhum Sultan Idris Murshiidul Aadzam (Sultan Perak). Malam Semalam telah diadakan sambutan hari keputeraan YAM Tengku Aris Temenggong Selangor di Holiday Villa Hotel & Suites di Subang dan tepat jam dua belas diadakan upacara memotong kek hari keputeraan.  Majlis ini dihadiri oleh kaum keluarga terdekat Yang Amat Mulia. Kelihatan Yang Amat Mulia bersama salah seorang menantunya yang dikenali sebagai Raja Putra Shah dalam majlis yang diadakan malam semalam. 

Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Keputeraan yang ke-87 tahun kepada Tengku Aris Temenggong Selangor Yang Amat Mulia Tengku Muhamad Yusof Alhaj ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah semuga Yang Amat Mulia dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta diberkan kesihatan yang baik.  Amin.

Entry Syah mengenai Tengku Ampuan Fatimah :- 

sumber :- Tengku  Soraya / Raja Putera Shah

Saturday, April 27, 2013

Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak Ke-85 Tahun


27 April 2013, Sabtu :-

Satu Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat sempena ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah yang ke-85 tahun telah diadakan di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenaan berangkat kemajlis ini. Turut serta adalah Duli Yang Amat Mulia Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan Raja Jaafar bin Raja Muda Musa, Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan Raja Dato' Seri Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah dan Yang Teramat Mulia Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan Dato' Raja Ahmad Nazim bin Raja Ashman Shah.

Sumberr :- Fairul / Wan Khairul

Sultan Johor Dianugerahkan D.K.1 Terengganu

27 April 2013, Sabtu :-

Sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang ke-51 semalam, seramai 324 orang telah terpilih untuk menerima darjah kebesaran negeri Terengganu yang akan diadakan pada 09 Julai depan. Istiadat penganugerahan darjah kebesarn ini akan diadakan di Balai Istiadat, Istana Bukit Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu. Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan  Iskandar mendahului senarai penerima darjah kebesaran Terengganu dan merupakan penerima tunggal Darjah Kebesaran Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia Darjah Pertama (DK).

Darjah kebesaran ini mengandungi Kalung (rantai), Bintang, Selempang dan Lencana (Dokoh).  Setiap penerima darjah kebesaran ini hendaklah memakai Bintang Darjah Kebesaran Kerabat berkenaan disebelah kiri pakaian luar dan Lencana yang terganung pada pita (Selempang) dipakai bersandang di atas bahu kiri ke rusuk kanan.  Bagaimanapun pada masa tertentu lencana itu hendaklah digantungkan pada kalung(rantai).

Sumber :- Berita Harian / Bernama

Thursday, April 25, 2013

Sultan Iskandar Berangkat Pulang Ke Johor Setelah Menamatkan Tempoh 5 Tahun Sebagai Yang di-Pertuan Agong

25 April 2013, Khamis :-

Pada 25 April 1989, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang telah menamatkan tempoh 5 tahun baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII telah berangkat pulang ke Johor dari Kuala Lumpur. Keberangkatan tiba baginda ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada jam 13:05hrs disambut oleh anggota kerabat diraja dan raakyat negeri Johor dengan lagu  "Bangsa Johor" dan Negaraku" diikuti dengan tebakan meriam sebanyak 21 das.  Bacaan doa selamat disempurnakan oleh Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Johor, Dato' Haji Mohamed Khuzairi Haji Dainuri.  Baginda kemudiannya memeriksa kawalan keselamatan yang terdiri daripada pegawai dan anggota pasukan Timbalan Setia Negeri.

Baginda dipilih sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII dalam Persidangan Majlis Raja-Raja yang ke-129 berkuat kuasa mulai 26 April 1984 hingga 25 April 1989 untuk tempoh lima tahun. Baginda telah ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII pada 15 November 1984.  Baginda menggantikan Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang juga merupakan Biras Baginda yang telah menamatkan tempoh lima tahun sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 25 April 1984. Baginda kemudiannya pula telah digantikan oleh Sultan Azlan Muhibbuddin Shah sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX bermula 26 April 1989 untuk tempoh lima tahun.

Sumber :- Arkib Negara / Portal Yang di-Pertuan Agong

Wednesday, April 24, 2013

Hari Ulangtahun Keputeraan Syah

24 April 2013, Selasa :-


Salam dan Selamat Tengahari kepada semua.  Shukur Alhamdulillah hari ini merupakan hari ulangtahun keputeraan Syah yang ke-46 tahun.  Banyak yang bertanya mengapa Syah nampak lebih muda dari usia Syah.  Syah pun sendiri tidak tahu kenapa tetapi berterima kasih kepada Allah S.W.T. atas anugerah yang telah diberikan kepada Syah. Syah juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua atas sokongan yang anda berikan  kepada tengkusyah.blogspot.com. Tanpa anda semua siapalah tengkusyah.blogspot.com.

Almarhum Sultan Abu Bakar (Johor) Melawat Turki

Salah satu pemandangan didalam Istana Yildiz di Istambul. Istana ini dibina pada akhir abdad ke-19 dan awal abad ke-20. Iannya merupakan tempat persemayaman Sultan Turki dan kaum kerabat diraja. Yildiz membawa maksud "Bintang".

24 April 2013, Rabu :-

Tahukah anda bahawa pada 24 April 1893, Sultan Johor, Almarhum Sultan Sir Abu Bakar ibni Almarhum Daing Ibrahim dan rombongan telah melakukan kunjungan hormat kepada Sultan Turki, Sultan Abdul Hamid II di Istana Yildiz, Istambul. Dalam kunjungan ini Sultan Abu Bakar telah dikurniakan Darjah Utama Khilafah Othmaniyyah yang merupakan bintang kebesaran Osmanieh Kelas 1 manakala Syed Mohammed Al-Sagoff dan  Kapten F. De Vee Creighton yang merupakan ADC Komandan Johor Military Force menerima pingat kebesaran Medjidie Kelas ke-2, Dr. Nightingale menerima pingat kebesaran Osmanieh Kelas ke-3 dan Setiausaha Sulit  Sultan Abu Bakar, Inche Kasim menerima pingat kebesaran Medjidie Kelas ke-3.


Sultan Abu Bakar dan rombongan telah diberi sambutan meriah dan mendapat penghormatan daripada Sultan Turki sewaktu baginda berada di Turki.  Atas titah perintah Sultan Abdul Hamid II, Sultan Abu Bakar telah diiringi oleh General Ahmed Ali Pasha dan pasukan berkuda sepanjang Sultan Abu Bakar dan rombongan berada di Turki.

Sumber :- Kesultanan Johor / Loveisspeed.blogspot.com

Tuesday, April 23, 2013

Gambar Terbaru Bekas Raja Permaisuri Agong Ke-11, YAM Permaisuri Siti Aishah


23 April 2013, Selasa :-

Kepada anda yang rindu dan ingin melihat wajah Bekas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke-11 iaitu Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah ini adalah wajah terbaru Yang Amat Mulia yang diambil semalam 22 April 2013 oleh Kuess, anakanda kepada Almarhum Sultan Idris Iskandar Shah, Sultan Perak ke-33.  Menurut Kuess, dalam pertemuan ini, Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah telah berkenan menyampaikan ucapan khas untuk  rakyat yang masih mengenali baginda. Ucapan ringkas ini telah dimuat naik dalam Youtube oleh Kuess dibawah tajuk "Eksklusif : Ucapan Ringkas  Permaisuri Siti Aishah".  Titah ringkas baginda  adalah seperti berikut :-
  • Alhamdulillah, Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan padu daripada peminat-peminat saya.  Insyallah doakan saya selamat dunia akhirat dan dijauhi dari azab api neraka dan dimatikan dalam keadaan Husnul Khatimah atau mati syahid.  Amin ya rabbal alamin.
Syah mendoakan agar Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah sentiasa berada dalam kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta dilindungi Allah hendaknya.  Amin.

Monday, April 22, 2013

Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tun Syed Zahiruddin Meninggal Dunia

22 April 2013, Isnin :-

Allahyarham Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan telah meninggal dunia dikediaman keluarganya dalam usia 95 tahun pada malam Sabtu lepas bersamaan 20 April 2013 dan telah selamat dikebumikan semalam di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara jam 12:00hrs. Sebelum meninggal dunia, Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital Pakar Damansara semenjak 10 hari lepas kerana menghadapi masalah buah pinggang dan sakit tua. Allahyarham merupakan Orang Besar Empat (Negeri Perak) yang membawa gelaran Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja.  Allahyarham dilantik ke jawatan berkenaan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah pada 1984 dan Allahyarham juga merupakan Ahli Dewan Negara Perak. Allahyarham juga merupakan Mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-4 (1975 - 1984).

Allahyarham dilahirkan pada 11 Oktober 1918 di Pondok Tanjung, Kerian, Perak.  Anak jati Perak ini merupakan anak sulong dari enam adik beradik hasil perkongsian hidup diantara Syed Hassan bin Syed Ibrahim dan Raja Halimah binti Raja Abdullah. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Toh Puan Halimah Md. Noh berusia 88 tahun, 10 orang anak serta lebih 30 orang cucu dan cicit.

Al-Fatihah ......... Semuga Roh Allahyarham Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin.

Entry Syah terdahulu berhubung jawatan Bendahara di Perak :-
http://tengkusyah.blogspot.com/2012/05/raja-bendahara-perak-terakhir-dyam-raja.html

Sumber :- Kosmo / Sembang Kuala / MBS

Sunday, April 21, 2013

Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin Sempena 100 Hari Kemangkatan Tengku Khaladiah Berjalan Lancar

21 April 2013, Ahad:-

Shukur Alhamdulillah Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin  sempena 100 hari kemangkatan Allahyarhamah YAM Tengku Khaladiah binti Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah berjalan lancar malam tadi. Majlis yang diadakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Bandar Diraja Klang ini dihadiri oleh kaum keluarga terdekat Allahyarhamah dan tetamu jemputan.  Makam Allahyarhamah di Makam Diraja Klang masih lagi dalam proses pembinaan.

Al-Fatihah............ Semuga Roh Allahyarhamah YAM Tengku Khaladiah binti Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin.

Sumber :- Raja Alauddin / Gambar dari Tengku Yasmin

Saturday, April 20, 2013

Sultan Brunei Tinjau Persiapan Asian Summit Kali Ke 22

20 April 2013, Sabtu :-

Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mencemar duli berangkat ke bangunan baru Jabatan Perdana Menteri dan meninjau persiapan Asian Summit kali ke 22 yang akan diadakan di bangunan Baru Jabatan Perdana Menteri pada 24 hingga 25 April 2013. Dalam lawatan ini, KDYMM Paduka Seri Sultan Brunei telah berkenan menandatangani plak keberangkatan ke bangunan ini.

Turut serta mengiringi baginda adalah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei

Majlis Tahlil & Bacaan Yasin Sempena 100 Hari Kemangkatan Allahyarhamah YAM Tengku Khaladiah

20 April 2013, Sabtu :- 

Malam ini nanti selepas Solat Maghrib akan diadakan Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin  sempena 100 hari kemangkatan Allahyarhamah YAM Tengku Khaladiah binti Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah.  Majlis akan diadakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, Selangor.  Allahyarhamah mangkat pada 17 Januari 2013 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor dalam usia 88 tahun.

Al-Fatihah............ Semuga Roh Allahyarhamah YAM Tengku Khaladiah binti Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin.

Sumber :- Raja Alauddin / MBS

Friday, April 19, 2013

Hari Keputeraan Sultan Perak Yang Ke-85


19 April 2013, Jumaat:-


DAULAT TUANKU
Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah 
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
Sultan,n Yang Di-Pertua dan Raja Pemerintah
Negeri Perak Darul Ridzuan
Sempena
Hari Keputeraan Yang Ke-85 
"Semuga Allah Merahmati Tuanku"


Sembah Takzim Daripada

Prince Maharum Bugis Syah

Sultan Selangor Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarhamah Tan Sri Aishah Ghani

19 April 2013, Jumaat :-

Hari ini Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah menzahirkan ucapan takziah kepada anggota keluarga Allahyarhamah Tan Sri Aishah Ghani yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 12:50hrs tadi di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur kerana sakit tua dalam usia 90 tahun.  Kenyataan ini dikeluarkan oleh Orang Besar Daerah Gombak merangkap Anggota Dewan Diraja, Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh.

Diantara titah baginda :-
  • "Moga-moga Allahyarham mendapat ganjaran yang setimpal dengan bakti yang telah dikorbankan kepada masyarakat"
  • Baginda juga bertitah bahawa sepanjang hidup beliau, Allahyarhamah banyak menabur bakti kepada rakyat Selangor dan Malaysia.

Allahyarhamah Tan Sri Aishah Ghani merupakan wanita pertama Malaysia yang dilantik sebagai Senator dan wanita kedua menjadi menteri selepas negara mencapai kemerdekaan.  Vetran UMNO ini menyertai UMNO Cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1949 dan dipilih sebagai Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO pada 1960 hingga 1972 dan Pengerusi Tetap Wanita UMNO pada tahun 2000. Jenazah Allahyarhamah telah dibawa ke kediamannya di Jalan Bukit Ledang, Damansara untuk disempurnakan dan telah dikebumikan selepas Solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara.  Anak jati Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor ini meninggalkan empat orang anak, 12 cucu dan lima cicit.  

Sebagai menghargai sumbangan dan jasanya, Allahyarhamah juga telah dinobatkan sebagai Tokoh Wanita Negeri Selangor 1996, Tokoh Warga Emas Selangor 2002, Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1423 Hijrah/2002, Anugerah Pejuang Kemerdekaan Selangor dan Anugerah Mutiara Pertiwi daripada Puteri UMNO pada 2007. Bekas Wartawan Pelita Malaya dan Berita Harian ini pernah mengikuti kursus kewartawanan di London School of Journalism pada tahun 1955 dan pernah menghasilkan autobiografinya bertajuk Aishah Ghani Memoir Seorang Pejuang pada 1992.

Takziah Syah ucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Tan Sri Aishah Ghani semuga kalian tabah menghadapi dugaan ini.  Kami juga merasai kehilangannya dan pemergian Allahyarhamah ini merupakan kehilangan besar dalam arina politik negara kita dan perjuangan wanita. Al-Fatihah ............... Semuga rohnya Allahyarhamah Tan Sri Aishah Ghani ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin

Sumber:- Bernama

Thursday, April 18, 2013

Baginda Queen Elizabeth II dan Duke of Edinburgh Hadiri Majlis Pengkebumian Negara Mendiang Baroness Margaret Thatcher


18 April 2013, Khamis :-

Akhirnya semalam setelah 9 hari meninggal dunia akibat serangan angin ahmar dalam usia 87 tahun pada 08 April 2013 di The Ritz, London, Mendiang Baroness Margaret Thatcher telah selamat dikebumikan didalam satu majlis Pengkebumian Negara serta diberikan Penghormatan Negara sama seperti majlis pengkebumian Mendiang Princess Diana dan Mendiang Queen Mother (bonda Baginda Queen Elizabeth II).  Baginda Queen Elizabeth II dan suaminya Duke of Edinburgh telah memecah tradisi diraja dengan menghadiri majlis pengkebumian yang diadakan di St Paul's Cathedral.  Mengikut tradisinya Baginda Queen Elizabeth II dan Duke of Edinburgh tidak menghadiri sebarang majlis pengkebumian untuk orang-orang kebanyakan kecuali Majlis Pengkebumian Negara bagi bekas Perdana Menteri Britain, Sir Winston Churchill pada tahun 1965.  Baginda Queen Elizabeth II amat berdukacita selepas menerima berita kematian mendiang dan telah menghantar ucapan takziah secara peribadi kepada keluarga mendiang. Baginda juga telah memberi perkenan untuk memberikan penghormatan Negara dan mengadakan Majlis Pengkebumian Negara bagi mendiang atas mengenang jasa-jasa mendiang terhadap Britain. Baginda sebelum ini pernah menganugerahkan darjah kebesaran the Order of Garter and Order of Merit kepada mendiang.  Baginda Queen Elizabeth 11 hadir dengan imej yang ringkas dengan memakai topi dan kot bulu bewarna hitam  disamping mengenakan hiasan rantai leher mutiara tiga lapis.

Selain daripada Baginda Queen Elizabeth II dan Duke of Edinburgh, turut serta dalam majlis pengkebumian ini adalah wakil-wakil daripada 170 buah negara termasuk Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamed dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali sebagai wakil bagi kerajaan Malaysia. Seramai 2,300 tetamu menghadiri majlis pengkebumian ini. Loceng Besar Parlimen "Big Ben bell" berhenti seketika apabila bendera Union Jack diletakkan diatas keranda mendiang dan kemudiannya keranda dimasukkan kedalam kenderaan untuk diarak ke St Clement Danes di Strand sebelum keranda diletakkan diatas pedati khas yang ditarik oleh enam ekor kuda hitam menuju St Paul's Cathedral. Beribu-ribu warga Britain berdiri sepanjang jalan bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang. Seramai 700 orang anggota tentera dengan pakaian istiadat berdiri dikiri dan kanan jalan sepanjang perjalanan keranda mendiang.  Tahap keselamatan dipertingkatkan dimana 4,000 anggota polis ditugaskan mengawal keselamatan ketika majlis pengkebumian ini ekoran daripada kebimbangan berhubung kes pengeboman di Boston Marathon dan kebimbangan berlakunya keganasan daripada kumpulan yang anti kepada mendiang.
Keranda mendiang ditutupi dengan bendera Union Jack dan diletakkan jambangan bunga bewarna putih dan sekeping nota kecil bertulis "Beloved Mother - Always in Our Hearts".  Pasukan pancaragam Tentera Laut Diraja Britain mendahului perarakan dengan memainkan lagu-lagu pengkebumian dari Chopin, Beethoven dan Mendelssohn manakala kedengaran tembakan meriam daripada Tower of London.  Kumpulan anti mendiang terutamanya mereka yang tidak berpuas hati terhadap plan reformasi  pasaran bebas mendiang yang dianggap terlalu redikal sehingga menyebabkan kehilangan beribu-ribu pekerjaan bagi pekerja industri di Britain telah membuat bantahan semasa majlis ini.  Apabila keranda mendiang melalui mereka, mereka beramai-ramai membelakangi keranda mendiang sebagai tanda bantahan. Ada diantara mereka menjerit dengan mengeluarkan perkataan "waste of money" (membazir wang)  dan kemudiangnya membuat bunyi "boo" kepada keranda mendiang.  Majlis pengkebumian ini dianggarkan menelan belanja 8 juta pound dan telah mendapat kritikan dari pelbagai pihak kerana mereka beranggapan mendiang tidak perlu diberi penghormatan sebegitu tinggi sehingga menyamai majlis pengkebumian kerabat-kerabat diraja kanan Britain.

Sila Click Entry Syah terdahulu mengenai majlis ini :-
http://tengkusyah.blogspot.com/2013/04/queen-elizabeth-ii-perkenankan.html

Sumber :- Hello Daily News / The Sun / MBS

Tuanku Mizan Terima Zakat Perniagaan Daripada Tabung Haji

18 April 2013, Khamis :-

Pagi tadi Sultan Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenaan mewakili Jabatan Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) untuk menerima zakat perniagaan daripada Lembaga Tabung Haji.  Replika cek berjumlah RM3,300,636.83 diserahkan oleh Abdul Halim Md. Jamil yang merupakan Pengurus Besar Kanan, Pengurusan Hartanah dan Pentadbiran Tabung Haji kepada Tuanku Mizan dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Istana Terengganu, Jalan Kia Peng off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.  Pengagihan zakat ini merupakan sebahagian daripada perolehan keuntungan pendapatan yang dicatatkan oleh Tabung Haji untuk tahun kewangan 2012. Turut serta dalam majlis ini adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato' Mazlan Ngah.

Sumber :- Bernama 

Apakah Tiara Yang Akan Digunakan Oleh Crown Princess Maxima Pada 30 April Ini

18 April 2013, Khamis :-

Sekarang ini ramai yang tertanya-tanya apakah tiara atau mahkota yang akan dipakai oleh Crown Princess Maxima of the Netherlands pada 30 April ini apabila suaminya dimasyhurkan sebagai Raja Belanda menggantikan bondanya Her Majesty Queen Beatric of the Netherlands. Pada hari berkenaan juga, Crown Princess Maxima akan mendapat gelaran  Isteri kepada Raja Belanda atau Queen Consort. Mutiara merupakan kegemaran Crown Princess Maxima dan Queen Beatric untuk tiara yang dipakai oleh mereka. Crown Princess Maxima selalu meletakkan mutiara ditengah-tengah tiara yang dipakainya. Semasa pertabalan Queen Beatric pada tahun 1980, baginda menggunakan tiara yang dihiasi dengan mutiara dan berlian yang dipadankan dengan set anting-anting, rantai leher dan brooch.  

Crown Princess Maxima mungkin akan terpengaruh dengan hiasan tiara yang digunakan oleh bonda mertuanya untuk memilih tiara yang bakal digunakan pada 30 April nanti. Walaupun mutiara menjadi pilihan utama Crown Princess Maxima, baginda juga pernah menggunakan tiara yang dihiasi dengan batu-batu permata seperti nilam, zamrud dan delima. Walau bagaimanapun berlian telah dijadikan sebagai hiasan utama bagi tiara-tiara berkenaan. Ada yang mengatakan bahawa tiara berlian yang dipakai oleh Crown Princess maxima sewaktu lawatan rasmi ke Qatar baru-baru ini mungkin akan digunakan untuk istiadat berkenaan. Apa-apapun sama-samalah kita tunggu dan lihat apabila tiba waktunya nanti samada Crown Princess Maxima akan memakai tiara yang sediada atau menggunakan tiara yang baru.

Tiara bermotif bunga yang dipakai ketika mengadakan lawatan rasmi ke Qatar dikatakan sebagai satu pilihan klasik untuk istiadat berkenaan.

Tiara yang diperbuat daripada permata dengan potongan bunga rose yang besar merupakan pilihan utama Crown Princess Maxima dan telah dipakai sebanyak 10 kali dalam majlis rasmi kerajaan Belanda.
Tiara yang dipanggil Burung Merak ini mengabungkan penggunaan berlian dan batu delima

Lima Bintang Berlian menghiasi Tiara berlian yang dipakai oleh  Crown Princess Maxima

Tiara Batu Delima daripada Mellerio ruby ini pernah digunakan dalam 3 majlis rasmi

Tiara daripada Berlian dan Batu Zamrud ini hanya digunakan sekali sahaja oleh Crown Princess Maxima


Tiara Berlian dan Batu Nilam ini pernah dipakai oleh Crown Princess Maxima sewaktu sambutan Hari Keputeraan Her Majesty Queen Margrethe of Denmark.

Tiara daripada Light Blue Aquamarine Jewels ini pernah dipakai oleh Her Majesty Queen Beatrix of the Netherlands. 

Tiara daripada Mutiara Titisan Airmata ini merupakan koleksi antik House of Orange-Nassau dan dikatakan salah satu daripada koleksi peribadi mutiara kepunyaan Princess Amelia diabad ke-17 yang terkenal sebagai pengumpul koleksi mutiara.

Sumber :- Hello Daily News

Wednesday, April 17, 2013

Tuanku Zarith Sofiah Ziarahi Asrin Harun Di Hospital Sultanah Aminah


17 April 2013, Rabu :-

Semalam isteri kepada Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah telah berkenan mencemar duli menziarahi seorang pekerja Istana Johor, Asrin Harun yang terlibat dalam kemalangan dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah pada 15 Februari lepas. Turut mengiringi Tuanku Zarith Sofiah adalah anakanda baginda, Tunku Temenggong Johor, YAM Tunku Idris Iskandar ibni Sultan Ibrahim.  Asrin Harun ditempatkan di Wad HDU (High Dependency Unit), Tingkat 4, Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu, Johor kerana perlu mendapat perhatian khas akibat kecederaan yang dihadapinya. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar beliau cepat sembuh.  Amin.

Sumber :- Kesultanan Johor / Hospital Sultanah Aminah

Tuesday, April 16, 2013

Buku Program Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

16 April 2013, Selasa:-

Petang tadi Syah terima bungkusan Pos Ekspres dari posman dan bila Syah buka rupa-rupanya buku program untuk Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Negeri Pulau Pinang di Seri Mutiara.  Syah minta  buku ini daripada Husam Al-Haj, salah seorang cucunda Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas. Terima kasih Syah ucapkan kepada Hussam atas kiriman buku ini dan buku ini akan dijadikan salah satu koleksi peribadi Syah di Maharum Bugis Syah Mini Royal Library.






Sila click Entry Syah  berhubung majlis ini :-


Sultan Brunei Berangkat Ke Filipina

16 April 2013, Selasa :-

Petang semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berangkat ke  Republik Filipina untuk lawatan rasmi negara pada 15 hingga 16 April 2013. Sebelum berangkat meninggalkan Istana Nurul Iman, bacaan doa selamat telah dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. 

Turut mengucapkan selamat jalan kepada KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei di Hanger Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba adalah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir  Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Bolkiah, DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik, YTM Paduka Seri Duli Pengiran 'Abdul Wakeel, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, Pengiran-pengiran Cheteria, Speaker Majlis Mesyuarat Negara, Menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-timbalan Menteri, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei dan Kuasausaha Sementara Kedutaan Besar Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam.

Keberangkatan tiba KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei dan rombongan di Terminal 11, Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino disambut oleh Celia Ann Feria, Chief of Presidential Protocol dan kemudiannya diperkenalkan kepada Timbalan Presiden Filipina , H.E Jejomar C. Binay dan Setiausaha Department of Foreign Affairs, Albert F. Del. Rosaria. KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei kemudiannya berkenan berangkat melakukan pemeriksaan barisan Static Guard. KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei kemudiannya berangkat ketempat persemayaman baginda di Hotel Makati Shangri La. Dihotel berkenaan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei disambut oleh Andrew Den Oudsten, Pemangku Pengurus Umum hotel berkenaan sebelum beramah mesera dengan rakyat dan pelajar Brunei yang berada di Filipina yang turut menyambut keberangkatan tiba baginda.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei / Pelita Brunei

Monday, April 15, 2013

BLGA Raikan Sambutan Hari Ulang Tahun Kelahiran YTM Pengiran Anak Sarah

15 April 2013, Isnin :-

Pada 14 April 2013 lepas, Persatuan Golf Wanita Brunei (BLGA) telah meraikan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Salleh Ab. Rahaman dalam satu majlis sempena hari ulang tahun kelahiran YTM Pengiran Anak Sarah yang ke-26 tahun. Keberangkatan tiba YTM Pengiran Anak Sarah ke Tarindak d’Polo Restaurant, Royal Brunei Polo and Riding Club disambut oleh Pengerusi Persatuan Golf Wanita Brunei (BLGA),  Datin Seri Utama Dayang Hajah Rosnah binti Abdullah. YTM Pengiran Anak Sarah yang juga merupakan penaung diraja kepada BLGA telah berkenan mencemar duli menghadiri sesi bergambar bersama-sama ahli persatuan sebelum upacara memotong kek, persembahan cenderahati dan dihiburkan dengan pelbagai persembahan seni oleh anggota BLGA.

Datin Seri Utama Dayang Hajah Rosnah dalam ucapannya mengucapkan terima kasih atas kesudian YTM Pengiran Anak Sarah menghadiri majlis berkenaan serta menyembahkan penghargaan di atas sokongan berterusan baginda kepada BLGA. Datin Ser Utama juga memaklumkan bahawa BLGA telah menyertai pelbagai kejohanan dalam dan luar Negara disamping menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Golf Wanita Borneo ke-16 pada tahun hadapan.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei / Pelita Brunei

Sunday, April 14, 2013

Maharaja & Maharani Jepun Menari

14 April 2013, Ahad:-

Pada 12 April lepas, His Imperial Majesty The Emperor of Japan, Maharaja Akhito dan  Her Imperial Majesty The Empress of Japan, Maharani Michiko telah menari dalam satu majlis amal yang diadakan di Hotel Tokyo di Tokyo, Jepun. Uniknya tarian ini adalah kerana iannya merupakan tarian pertama kali dalam masa 20 tahun baginda berdua menari di khalayak ramai.  Maharaja Akhito berusia 79 tahun manakala Maharani Michiko berusia 78 tahun.

Sumber:- Profimedia.cz

Saturday, April 13, 2013

Mengapa Ibubapa Crown Princess Maxima Tidak Dibenarkan Menghadiri Sebarang Upacara Rasmi di Belanda

13 April 2013, Sabtu :-

Setiap ibubapa tentunya gembira  untuk menghadiri majlis perkahwinan anak-anak mereka apatah lagi jika bakal menantu mereka itu adalah anak raja dan bakal menjadi Raja sesebuah negara atau negeri. Bila sebut sahaja berkahwin dengan kerabat diraja, kita membayangkan semuanya yang indah-indah belaka tetapi tak semua berakhir dengan kegembiraan kerana keluarga diraja juga adalah manusia dan tak lari daripada masalah. Itulah yang berlaku kepada kedua ibubapa Crown Princess Maxima yang bakal menjadi Isteri kepada Raja Belanda pada 30 April ini nanti apabila suaminya menggantikan bonda mertuanya sebagai Raja Belanda pada tarikh berkenaan.

Tahukah anda bahawa Ibubapa Crown Princess Maxima tidak dibenarkan menghadiri sebarang upacara rasmi di Belanda termasuklah Majlis Perkahwinan anak mereka iaitu Crown Princess Maxima dengan Crown Prince Willem-Alexander, Prince of Orange pada tahun 2002.  Gambar diatas adalah kedua ibubapa Princess Maxima iaitu Jorge Horacio Zorreguieta Stefanini berusia 85 tahun dan Maria del Carmen Cerruti Carricart. Zorreguieta pernah menjadi Menteri Pertanian Argentina pada 1979 hingga 1981 sewaktu pemerintahan regim diktator tentera Presiden Jorge Rafael Videla. Parlimen Belanda telah mengadakan penyiasatan berhubung penglibatan beliau dalam Dirty War semasa rejim Presiden Jorge Rafael Videla dimana 10,000 hingga 30,000 orang telah diculik dan kemudiannya dibunuh dalam tindakan ketenteraan sebelum regim berkenaan dijatuhkan dan sistem demokrasi dilaksanakan di Argentina pada 1983.  

Dalam kenyataanya, beliau memaklumkan bahawa beliau telah berhenti dari kabinet setahun sebelum kejatuhan rejim Videla dan sebagai orang awam beliau tidak mengetahui mengenai Dirty War. Profesor Bud yang menjalankan siasatan bagi pihak Parlimen Belanda dalam kesimpulannya memaklumkan bahawa adalah tidak rasional bagi seorang yang mempunyai kedudukan politik yang tinggi dalam kerajaan sepertinya tidak mengetahui mengenai Dirty War.  Beliau didapat bersalah dalam hal ini tetapi Perlimen Belanda telah memberi keizinan untuk perkahwinan anak beliau kerana Maxima tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung isu berkenaan. Perkahwinan Raja dan Pewaris Raja di negara Barat perlu mendapat restu Parlimen dan jika tidak mendapat restu dan perkahwinan diteruskan juga, mereka akan kehilangan hak sebagai Raja atau Pewaris Tahta.

Disebabkan kesalahan ini, Jorge Horacio Zorreguieta Stefanini tidak dibenarkan menghadiri sebarang upacara rasmi di Belanda termasuklah majlis perkahwinan anaknya yang merupakan majlis rasmi negara. Walau bagaimanapun beliau dan isterinya dibenarkan ke Belanda untuk menghadiri majlis "christening" cucunda-cucundanya kerana ianya adalah majlis yang dibuat secara peribadi dan bukannya merupakan upacara rasmi negara. Sewaktu majlis ini mereka yang menentang rejim bekas tentera Argentina yang berada di Belanda telah membuat bantahan mengenai kehadiran Zorreguieta dan isterinya. Sudah pastinya pada 30 April ini nanti Zorreguieta dan isterinya tidak boleh menghadiri majlis bersejarah penyerahan tahta kepada menantunya sebagai Raja Belanda dan Princess Maxima sebagai Isteri kepada Raja Belanda (Queen Consort) yang akan berlangsung di Amsterdam yang merupakan ibu negara Belanda.

Jika anda sebagai ibubapa tentu anda berasa sedih dengan apa yang berlaku tetapi terpaksa diterima demi kebahagian anak-anak bak kata orang "ditelan mati emak diluah mati bapa". Itulah salah satu contoh pengorbanan ibubapa terhadap anaknya, beliau telah memberi izin untuk perkahwinan ini tetapi dalam masa yang sama, beliau dan isteri yang merupakan warga Argentina terpaksa akur dengan tindakan yang telah ditetapkan oleh Parlimen Belanda.

Sumber:- Wikipedia/MBS 

Crown Princess Princess Maxima Bakal Bergelar Isteri Kepada Raja Belanda

13 April 2013, Sabtu :-

Ini adalah gambar terbaru Crown Princess Princess Maxima of the Netherlands yang bakal menjadi Isteri kepada Raja Belanda (Queen Consort) apabila suaminya Crown Prince Willem-Alexander, Prince of Orange menaiki tahta pada 30 April 2013 ini nanti. Gambar ini diambil sewaktu beliau dan suami serta ibu mertuanya menghadiri majlis sempena memperingati ulangtahun ke-125 Amsterdam's Royal Concert Hall baru-baru ini. Pada petang 28 Januari 2013, bonda mertua beliau iaitu Queen Beatric of the Netherlands yang berusia 75 tahun telah membuat kenyataan yang mengejutkan melalui siaran TV dan radio keseluruh Belanda bahawa baginda akan turun tahta pada 30 April 2013 bagi memberi laluan kepada anak sulungnya menjadi Raja. Princess Maxima diputerikan pada 17 May 1971 dalam satu keluarga aristokrat Argentina. 

Pasangan ini  mengumumkan pertunangan mereka pada 30 Mac 2001 dan pada 17 Mei 2001 beliau telah diberi kewarganegaraan Belanda dan sekarang beliau mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Argentina dan Belanda. Princess Maxima berkahwin secara civil pada 02 Februari  2002 di Beurs van Berlage, Amsterdam manakala upacara perkahwinan secara keagamaan  pula diadakan di Amsterdam's Nieuwe Kerk. Hasil daripada perkahwinanini, beliau dianugerahkan dengan tiga orang puteri iaiatu :- 
  1. Bakal Puteri Mahkota (Princess of Orange) Princess Catharina-Amalia (07 Disember 2003)
  2. Princess Alexia (26 Jun 2005)
  3. Princess Ariane (10 April 2007)

Sumber :- Hello Daily News / Wikipedia