Thursday, April 18, 2013

Apakah Tiara Yang Akan Digunakan Oleh Crown Princess Maxima Pada 30 April Ini

18 April 2013, Khamis :-

Sekarang ini ramai yang tertanya-tanya apakah tiara atau mahkota yang akan dipakai oleh Crown Princess Maxima of the Netherlands pada 30 April ini apabila suaminya dimasyhurkan sebagai Raja Belanda menggantikan bondanya Her Majesty Queen Beatric of the Netherlands. Pada hari berkenaan juga, Crown Princess Maxima akan mendapat gelaran  Isteri kepada Raja Belanda atau Queen Consort. Mutiara merupakan kegemaran Crown Princess Maxima dan Queen Beatric untuk tiara yang dipakai oleh mereka. Crown Princess Maxima selalu meletakkan mutiara ditengah-tengah tiara yang dipakainya. Semasa pertabalan Queen Beatric pada tahun 1980, baginda menggunakan tiara yang dihiasi dengan mutiara dan berlian yang dipadankan dengan set anting-anting, rantai leher dan brooch.  

Crown Princess Maxima mungkin akan terpengaruh dengan hiasan tiara yang digunakan oleh bonda mertuanya untuk memilih tiara yang bakal digunakan pada 30 April nanti. Walaupun mutiara menjadi pilihan utama Crown Princess Maxima, baginda juga pernah menggunakan tiara yang dihiasi dengan batu-batu permata seperti nilam, zamrud dan delima. Walau bagaimanapun berlian telah dijadikan sebagai hiasan utama bagi tiara-tiara berkenaan. Ada yang mengatakan bahawa tiara berlian yang dipakai oleh Crown Princess maxima sewaktu lawatan rasmi ke Qatar baru-baru ini mungkin akan digunakan untuk istiadat berkenaan. Apa-apapun sama-samalah kita tunggu dan lihat apabila tiba waktunya nanti samada Crown Princess Maxima akan memakai tiara yang sediada atau menggunakan tiara yang baru.

Tiara bermotif bunga yang dipakai ketika mengadakan lawatan rasmi ke Qatar dikatakan sebagai satu pilihan klasik untuk istiadat berkenaan.

Tiara yang diperbuat daripada permata dengan potongan bunga rose yang besar merupakan pilihan utama Crown Princess Maxima dan telah dipakai sebanyak 10 kali dalam majlis rasmi kerajaan Belanda.
Tiara yang dipanggil Burung Merak ini mengabungkan penggunaan berlian dan batu delima

Lima Bintang Berlian menghiasi Tiara berlian yang dipakai oleh  Crown Princess Maxima

Tiara Batu Delima daripada Mellerio ruby ini pernah digunakan dalam 3 majlis rasmi

Tiara daripada Berlian dan Batu Zamrud ini hanya digunakan sekali sahaja oleh Crown Princess Maxima


Tiara Berlian dan Batu Nilam ini pernah dipakai oleh Crown Princess Maxima sewaktu sambutan Hari Keputeraan Her Majesty Queen Margrethe of Denmark.

Tiara daripada Light Blue Aquamarine Jewels ini pernah dipakai oleh Her Majesty Queen Beatrix of the Netherlands. 

Tiara daripada Mutiara Titisan Airmata ini merupakan koleksi antik House of Orange-Nassau dan dikatakan salah satu daripada koleksi peribadi mutiara kepunyaan Princess Amelia diabad ke-17 yang terkenal sebagai pengumpul koleksi mutiara.

Sumber :- Hello Daily News

No comments: