Monday, April 1, 2013

Pengiran Muda Mahkota Brunei Saksikan Kejohanan Liga S

01 April 2013, Isnin :-

Malam tadi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah telah berkenan menyaksikan Kejohanan Liga S perlawanan diantara  pasukan DPMM (Duli Pengiran Muda Mahkota) FC melawan Woodlands Wellington FC.  DPMM FC menang tipis 1-0 malam tadi tetapi ianya berbaloi untuk pasukan dari Brunei ini bagi mengutip 3 mata sekali gus dan telah mengubah kedudukannya dari tangga ke-9 ke tangga ke-5 merebut tempat yang diduki oleh Woodlands Wellington FC.  Pasukan Woodlands Wellington FC turun satu anak tangga sekalipun berkongsi 8 mata dengan DPMM FC namun dipisahkan oleh perbezaan jaringan.

Turut serta menyaksikan perlawanan ini adalah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim dan Yang Amat Mulia Pengiran Muda 'Abdul 'Aleem berserta ahli kerabat diraja yang lain.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei / Pelitabrunei

No comments: