Selamat menyambut hari ulangtahun keputeraan yang ke 87 tahun kepada Tengku Aris Temenggong Selangor Yang Amat Mulia Tengku Muhamad Yusof Alhaj ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah. Yang Amat Mulia Tengku Aris Temenggong Selangor diputerakan pada 28 April 1926 oleh bondanya yang ketika itu bergelar Tengku Ampuan Selangor iaitu Almarhumah Tengku Ampuan Fatimah binti Almarhum Sultan Idris Murshiidul Aadzam (Sultan Perak). Malam Semalam telah diadakan sambutan hari keputeraan YAM Tengku Aris Temenggong Selangor di Holiday Villa Hotel & Suites di Subang dan tepat jam dua belas diadakan upacara memotong kek hari keputeraan. Majlis ini dihadiri oleh kaum keluarga terdekat Yang Amat Mulia. Kelihatan Yang Amat Mulia bersama salah seorang menantunya yang dikenali sebagai Raja Putra Shah dalam majlis yang diadakan malam semalam.
Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Keputeraan yang ke-87 tahun kepada Tengku Aris Temenggong Selangor Yang Amat Mulia Tengku Muhamad Yusof Alhaj ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah semuga Yang Amat Mulia dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta diberkan kesihatan yang baik. Amin.

Entry Syah mengenai Tengku Ampuan Fatimah :-
sumber :- Tengku Soraya / Raja Putera Shah
No comments:
Post a Comment