04 April 2013, Khamis :-
Hari ini Undang Luak Rembau, Yang Teramat Mulia Dato' Lela Maharaja Dato' Muhamad Sharip bin Haji Othman telah berkenan memberi sumbangan sebanyak RM10,000.00 untuk Tabung Wira Lahad Datu. Upacara penyerahan replika cek kepada wakil Media Prima, Fizal Abas telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Undang Luak Rembau di Balai Undang Luak Rembau. Turut serta dalam majlis ini adalah Pegawai Daerah Rembau, Mohamad Rawi Baharom.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment