Monday, April 8, 2013

Sultan Brunei Adakan Pertemuan Dengan Julia Gillard dan Christine Madeleine Odette Lagrade

Gambar atas menunjukkan KDYMM Paduk Seri Baginda Sultan Brunei bersama Perdana Menteri Australia, Julia Gillard manakala gambar dibawah KDYMM Paduk Seri Baginda Sultan Brunei bersama Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (I.M.F), Christine Madeleine Odette Lagrade.

08 April 2013, Isnin :-
Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang sedang berada di Republik Rakyat Cina telah berkenan mengadakan Majlis Perjumpaan Dua Hala secara berasingan bersama Perdana Menteri Australia, Julia Gillard dan Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (I.M.F), Christine Madeleine Odette Lagrade. Majlis diadakan di King Palm Room, Pusat Persidangan Antarabangsa Forum bagi Asia di Bandaraya Sanya, Wilayah Hainan, Republik Rakyat Cina.  KDYMM Paduk Seri Baginda Sultan Brunei telah bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu dua hala, serantau dan antarabangsa dengan Perdana Menteri Australia manaka dengan Pengarah Urusan IMF KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei berbincang dan bertukar-tukar pandangan mengenai hal-hal ekonomi dan kewangan global yang mempunyai kepentingan bersama.

Turut serta dalam majlis ini adalah YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ;  Menteri Kewangan Kedua (II) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim ; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng ; Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Pehin Datu Singamanteri Kolonel (Bersara) Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Rakyat China,  Datin Paduka Magdalene Teo Chee Siong serta pegawai-pegawai kanan kerajaan yang lain.

Sumber :- Pelita Brunei

2 comments:

Unknown said...

Macammana nak contact Syah? Saya Adam.Saya selalu mengikuti blog Syah. Dan saya happy bila dapat tau Syah tinggal di Rawang. Saya tinggal di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Boleh kita jumpa dan berkenalan? Ini contact no saya 019-6156191. Hubungilah saya, kalau Syah ada masa.

Unknown said...

Saya minat google kisah- kisah sejerah Kesultanan Melayu. Saya juga pengikut setia bllogger Si Merah Silu. Kebetulan beliau juga tinggal di Rawang.