Thursday, April 18, 2013

Baginda Queen Elizabeth II dan Duke of Edinburgh Hadiri Majlis Pengkebumian Negara Mendiang Baroness Margaret Thatcher


18 April 2013, Khamis :-

Akhirnya semalam setelah 9 hari meninggal dunia akibat serangan angin ahmar dalam usia 87 tahun pada 08 April 2013 di The Ritz, London, Mendiang Baroness Margaret Thatcher telah selamat dikebumikan didalam satu majlis Pengkebumian Negara serta diberikan Penghormatan Negara sama seperti majlis pengkebumian Mendiang Princess Diana dan Mendiang Queen Mother (bonda Baginda Queen Elizabeth II).  Baginda Queen Elizabeth II dan suaminya Duke of Edinburgh telah memecah tradisi diraja dengan menghadiri majlis pengkebumian yang diadakan di St Paul's Cathedral.  Mengikut tradisinya Baginda Queen Elizabeth II dan Duke of Edinburgh tidak menghadiri sebarang majlis pengkebumian untuk orang-orang kebanyakan kecuali Majlis Pengkebumian Negara bagi bekas Perdana Menteri Britain, Sir Winston Churchill pada tahun 1965.  Baginda Queen Elizabeth II amat berdukacita selepas menerima berita kematian mendiang dan telah menghantar ucapan takziah secara peribadi kepada keluarga mendiang. Baginda juga telah memberi perkenan untuk memberikan penghormatan Negara dan mengadakan Majlis Pengkebumian Negara bagi mendiang atas mengenang jasa-jasa mendiang terhadap Britain. Baginda sebelum ini pernah menganugerahkan darjah kebesaran the Order of Garter and Order of Merit kepada mendiang.  Baginda Queen Elizabeth 11 hadir dengan imej yang ringkas dengan memakai topi dan kot bulu bewarna hitam  disamping mengenakan hiasan rantai leher mutiara tiga lapis.

Selain daripada Baginda Queen Elizabeth II dan Duke of Edinburgh, turut serta dalam majlis pengkebumian ini adalah wakil-wakil daripada 170 buah negara termasuk Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamed dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali sebagai wakil bagi kerajaan Malaysia. Seramai 2,300 tetamu menghadiri majlis pengkebumian ini. Loceng Besar Parlimen "Big Ben bell" berhenti seketika apabila bendera Union Jack diletakkan diatas keranda mendiang dan kemudiannya keranda dimasukkan kedalam kenderaan untuk diarak ke St Clement Danes di Strand sebelum keranda diletakkan diatas pedati khas yang ditarik oleh enam ekor kuda hitam menuju St Paul's Cathedral. Beribu-ribu warga Britain berdiri sepanjang jalan bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang. Seramai 700 orang anggota tentera dengan pakaian istiadat berdiri dikiri dan kanan jalan sepanjang perjalanan keranda mendiang.  Tahap keselamatan dipertingkatkan dimana 4,000 anggota polis ditugaskan mengawal keselamatan ketika majlis pengkebumian ini ekoran daripada kebimbangan berhubung kes pengeboman di Boston Marathon dan kebimbangan berlakunya keganasan daripada kumpulan yang anti kepada mendiang.
Keranda mendiang ditutupi dengan bendera Union Jack dan diletakkan jambangan bunga bewarna putih dan sekeping nota kecil bertulis "Beloved Mother - Always in Our Hearts".  Pasukan pancaragam Tentera Laut Diraja Britain mendahului perarakan dengan memainkan lagu-lagu pengkebumian dari Chopin, Beethoven dan Mendelssohn manakala kedengaran tembakan meriam daripada Tower of London.  Kumpulan anti mendiang terutamanya mereka yang tidak berpuas hati terhadap plan reformasi  pasaran bebas mendiang yang dianggap terlalu redikal sehingga menyebabkan kehilangan beribu-ribu pekerjaan bagi pekerja industri di Britain telah membuat bantahan semasa majlis ini.  Apabila keranda mendiang melalui mereka, mereka beramai-ramai membelakangi keranda mendiang sebagai tanda bantahan. Ada diantara mereka menjerit dengan mengeluarkan perkataan "waste of money" (membazir wang)  dan kemudiangnya membuat bunyi "boo" kepada keranda mendiang.  Majlis pengkebumian ini dianggarkan menelan belanja 8 juta pound dan telah mendapat kritikan dari pelbagai pihak kerana mereka beranggapan mendiang tidak perlu diberi penghormatan sebegitu tinggi sehingga menyamai majlis pengkebumian kerabat-kerabat diraja kanan Britain.

Sila Click Entry Syah terdahulu mengenai majlis ini :-
http://tengkusyah.blogspot.com/2013/04/queen-elizabeth-ii-perkenankan.html

Sumber :- Hello Daily News / The Sun / MBS

No comments: