Thursday, September 30, 2010
Tuanku Mizan Berkenan Menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam - 30.09.2010
Breakfast, Lunch & Dinner - 30.09.2010
Syed Nasrul Faisal Meninggal - 30.09.2010
Ingat tak entry Syah bertarikh 25.09.2010 bertajuk Kemalangan di Jalan Duta
Rupa-rupanya mangsa tersebut adalah kakitangan di Syarikat Syah bekerja TM. Beliau adalah Allahyarham Tuan Syed Nasrul Faisal bin Syed Mahmud yang bertugas sebagai Pembantu Pegawai Teknik daripada Unit DDN Development, Core Tx/DDN & Wireless, IT&NT, Menara TM berumur 31 tahun. Allahyarham meninggal dalam kemalangan pada malam 24 September 2010 bersamaan 15 Syawal 1431H jam 10:30 malam akibat kemalangan jalanraya. Jenazah Allahyarham telahpun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 2 Gurap, Jalan Kuala Kangsar, Ipoh Perak sebelum waktu Asar pada 25 September 2010. Pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar kepada kami di TM dan sukar untuk dicari ganti. Dengan ini marilah sama-sama kita hadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah dan mendoakan agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Insya Allah. AL-FATIHAH.
Dalam entry Syah tu, Syah kata Jalan Duta tapi sebenarnya Lebuhraya Mahameru. Allahyarham dikatakan baru sahaja lepas minum dengan kawan-kawannya di Mutiara Bangsar iaitu 3km dari tempat kejadian. Allahyarham memandu Proton Perdana bewarna merah. Kejadia berlaku apabila sebuah kereta Toyota Harier dikatakan dipandu laju dari arah Jalan Tun Razak telah terbabas dan merempuh pembahagi jalan dan kemudiannya melayang ke arah bertentangan. Kebetulan kereta Allahyarham tiba dan dirempuh keseluruhannya disebelah kanan oleh Toyota Harrier berkenaan. Mangsa telah cedera parah dan meninggal ditempat kejadian. Pemandu Toyata dikatakan telah melarikan diri. Kemalangan ini telah melibatkan lima buah kenderaan. Keadaan waktu itu hujan.
Gelaran Tengku Temenggong Kelantan, YAM Tengku Muhammad Fakhry Petra Ditarik - 30.09.2010
Wednesday, September 29, 2010
Selesai Urusan Hari Ini - 29.09.2010
Sampai RR Syah sempat sapu lantai car porch dan dalam rumah, kemas barang yang hendak dibawa ke KL dan cari buku ASB dan tak jumpa. Leka cari buku tu tak sedar sudah hampir jam 01:45pm dan Azrin call suruh datang sekarang juga sebab appointment Bak jam 01:00pm. Terus tergesa-gesa keluar takut Bak lambat pula nanti. Azrin leka bersembang dan tak lalupun KTM dan Syah inform dia turunkan sahaja di McDonald dan Syah dan Mamat jalan kaki ke KTM. Sampai KL Sentral hampir jam 03:00pm dan call Muss dan Muss minta Syah tunggu di KL Sentral Departure, pada mulanya ingatkan hendak naik LRT. Muss hendak ke Nilai 3 tapi Syah ajak dia jumpa kawan dia yang jual kereta kerana Mamat hendak beli kereta. So we all ke Jalan Semarak dan berbincangan dengan Abang Hamzan. Mamat serahkan semua dokumen untuk diproses untuk buat loan dan inform Abang Hamzan downpayment 20K untuk kurangkan bayaran bulanan. Mamat hendak beli Satria Neo. Dari Semarak terus balik ke KL Residence dan Mamat relex sekejap dan lepas tu balik ke Sunway. Syah solat dan Muss kemas sangkar kucing kerana sebentar lagi nak keluar minum petang walaupun jam sudah hampir 06:00pm. Selepas kemas kucing Cd pula balik dan we all tunggu Cd mandi dulu sebelum keluar. By the way, terima kasih Mamat, Azrin dan Muss kerana memudahkan urusan Syah pada hari ini.
UL - 29.09.2010
Keadaan kesihatan Syah macam biasa sekejap sakit sekejap elok tapi taklah sakit sangat, mungkin beransur pulih kot?. Sakit nie kadangkala kata orang jangan difikirkan sangat nanti melarat. Pagi tadi masa buang air besar dan kecil macam biasa tak sakit tapi lepas tu bila buang air besar/kecil sekali lagi dan sakit tu datang balik. Sakit sekejap jer. Kepada anda semua mohon doakan Syah sembuh yer.
Sultan Johor Rasmi Bangunan Baru TNB Muar - 29.09.2010
Ku Li Akan Rampas Kerusi Galas - 28.09.2010
Tengku Razaleigh memaklumkan bahawa dia akan bekerja keras bersama pemimpin lain bagi menentukan kerusi DUN Galas yang telah dimenangi oleh PAS dalam Pilihan Raya 2008 dengan majoriti 646 undi itu kembali semula ketangan Barisan Nasional (BN). Tambah YBM lagi, UMNO Gua Musang tidak mempunyai sebarang masalah untuk menghadapi Pilihan Raya kecil berkenaan dikawasan yang pernah menjadi kubu BN itu. Buat masa ini YBM sedang berada diluar negara atas urusan penting yang perlu diselesaikan dan telah menyerahkan kepada tiga kepimpinan bahagian itu untuk mengatur persiapan awal sehingga beliau kembali semula ke Kelantan dalam waktu terdekat ini.
Tips untuk mengelakan Perut Buncit - 29.09.2010
1 - Makan Dengan Perlahan
Elakkan makan secara berdiri dan cuba kunyah dengan perlahan kerana makanan yang tidak dihadam sempurna akan menimbulkan banyak gas. Ketika anda menelan terlalu gelojoh, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut. Oleh yang demikian duduklah ketika makan dan kunyahlah (dan telan) makanan secara perlahan-lahan.
2 - Kurangkan Pengambilan Garam
Terlalu banyak garam hanya menambahkan lagi sodium dalam badan dan melambatkan pengeluaran air keluar dari sel. Akibatnya perut akan terase penuh dan buncit.
3 - Jangan Minum Arak
Aku tahu, sebagai umat Islam memanglah tidak boleh minum arak kerana agama sudah menegahnya, tapi peringatan ini ditujukan khas buat mereka yang bukan beragama Islam. Jangan minum arak jika anda tidak mahu perut anda buncit.
4 - Jangan Minum Teh
Daun Teh boleh mengakibatkan protein daripada makanan mengeras dan sukar dicerna.
5 - Jangan Tidur Selepas Makan
Makanan yang baru diambil pastinya tidak dapat dicerna dengan sempurna dan boleh mengakibatkan penghasilan gas dan ketidakselesaan perut. Beri masa kepada perut sekurang-kurangnya 2 jam sebelum melabuhkan kepala di atas bantal.
6 - Jangan Mandi Selepas Makan
Mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke kawasan perut. Ini akan melemahkan perjalanan sistem pencernaan anda. Seboleh-bolehnya mandilah dahulu sebelum makan.
7 - Minum Banyak Air
Jika perut penuh disebabkan oleh air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah ini dengan minum lebih banyak air. Ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sekaligus meningkatkan jumlah air yang dikeluarkan dari sistem tubuh. Jangan kurangkan pengambilan air ketika berdiet, kerana banyak bahan yang sukar dicernakan hanya akan menyebabkan perut menggelembung jika kekurangan air.
8 - Hindari Sembelit,ambil lebih serat
Sembelit, atau bahasa pasarnya 'penyakit susah nak berak' hanya akan membuatkan stok tahi berkumpul-kumpul dalam usus. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.
9 - Bersenam
Bersenam membantu menggerakkan cairan (fluid) dalam perut, disamping meningkatkan lagi kecekapan sistem pencernaan. Fokus kepada senaman berorientasikan aerobik (kardio).
10 - Rajin-rajinlah bersendawa
Namun tak bermaksud anda boleh bersendawa dihadapan rakan-rakan, teman lelaki/wanita yang baru dikenali, atau di tempat-tempat awam kerana amalan tersebut sungguh tidak senonoh. Cover cover lah sikit ok?
Tuesday, September 28, 2010
Ke Kelinik Zarif - 28.09.2010
Mimpi Syah - 28.09.2010
Pagi nie pula Syah mimpi rasa macam di stesyen LRT/Monorail dengan Azrin. Syah naik train ke platform atas dan azrin kat platform bawah. Kemudian dia naik keatas ikut Syah. Syah pijak satu bahagia tepi landasan dan Syah lihat kebawah rasanya macam Syah berdiri atas sekeping kayu nipis dan kat bawah tu macam gaung yang dalam. Dalam hati Syah kata untung tak jatuh dan Syah beralih ke tempat yang selamat. Lepas tu Syah terjaga.
Sakit Syah - 28.09.2010
Raja Muda Perlis Melawat Cina - 28.09.2010
Sunday, September 26, 2010
Cd Open House - 26.09.2010
Saturday, September 25, 2010
Sultan Brunei Menghadiri Mesyuarat Ketua Negara ASEAN-USA - 25.09.2010
Semalam 24.09.2010 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah selamat tiba di di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy, New York, Amerika Syarikat bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Negara ASEAN-Amerika Syarikat kali kedua. Mesyuarat diadakan pada hari berkenaan di Hotel Waldorf Astoria, New York dan telah dipengerusikan oleh Presiden Nguyen Minh Triet dari Vietnam, selaku Pengerusi ASEAN dan Presiden Barack Obama. Di Mesyuarat ini, kalangan ketua negara ASEAN dan Amerika Syarikat dijangka menumpukan perbincangan mengenai langkah-langkah bagi mempertingkatkan dan mengeratkan lagi dasar Amerika Syarikat terhadap hubungannya dengan ASEAN. Turut serta adalah Perdana Menteri Malaysian yang amat kita kasihi Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,Perdana Menteri Kemboja Hun Sen, Naib Presiden Indonesia Boediono, Presiden Laos Choummaly Sayasone, Presiden Vietnam Nguyen Minh Triet, President Filipina Benigno Aquino III, Menteri Luar Myanmar U Nyan Win, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva.
Jiran Angkat Kain - 25.09.2010
Ok lah nak solat dulu.
Sakit Syah - 25.09.2010
Isteri ke-12 Raja Mswati III didapati Curang - 25.09.2010
Dube dikatankan sering menyelinap keluar dari Istana Lozitha semasa ketiadaan Mswati dengan menyamar menggunakan pakai tentera untuk memudahkan dia keluar /masuk dari Istana tanpa disyaki. Di luar Istana ada sebuah kereta akan menunggu beliau untuk dihantar ke Hotel Royal Villas yang jaraknya hanya 10km sahaja dari istana berkenaan.
Semalam, sebuah akhbar melaporkan Raja Mswati III telah memecat Menteri Kehakimannya dan dijangka akan dihukum penjara atas kesalahannya bermukah dengan Isteri Raja. Dube pula diletakkan dibawah pengawasan 24 jam dibawah jagaan Bonda Raja, Empress Ntombi Tfwala atau lebih dikenali sebagai Inkhosikati (queen) LaTfwala supaya dia tidak dapat melarikan diri keluar dari Swaziland. Hukuman keatas beliau masih belum ditetapkan lagi. Sebelum ini dua orang dari isteri Raja Mswati III juga pernah melakukan perkara yang sama dan dapat melarikan diri keluar negara.
Raja Mswati III dilahirkan pada 19.04.1968 berumur 42 tahun masih kuat mengamalkan tradisi berkahwin ramai dan seorang yang terkenal dengan kehidupan yang mewah. Ayahandanya dahulu mempunyai 70 orang Isteri. Buat masa ini baginda mempunyai 14 orang isteri. Menjadi Raja pada 25 April 1986 menggantikan Ayahandanya Sobhuza II. Raja Mswati III mengamalkan sistem Absolete Monarch, walau bagaimanapun baginda terikat dengan adat tradisi Swazi dimana baginda tidak mempunyai hak untuk menentukan pengganti baginda.
Raja Mswati III berkahwin dengan Nothandoo Dube (22 tahun) pada 11.06.2005 semasa berumur 17tahun dan masih bersekolah lagi dan selepas perkahwinannya, beliau dikenali sebagai Inkhosikati (queen) LaDube. Hasil perkahwinan ini beliau dikurniakan dengan sepasang cahayamata iaitu Princess Makhosothando (2005) dan Prince Betive (2007). Dube merupakan bekas ratu cantik remaja Swaziland semasa beliau berumur 16 tahun.
Raja Zarith Sofiah Canselor Baru UTM - 25.09.2010
HC PLD Open House - 25.09.2010
Kemalangan di Jalan Duta - 25.09.2010
Friday, September 24, 2010
Aktiviti Semalam - 24.09.2010
Selepas makan we all menuju ke Multimedia College, Jalan Semarak coz Ayahanda hendak melawat tempat dia bertugas 15 tahun lepas. Rindu dia agaknya dan Syah bawa dia masuk ke Multimedia College. Dulu Ayahanda bertugas di sini dan waktu itu kolej ini dikenali sebagai Pusat Latihan Telekom. My sister, Intan membesar didalam Kolej ini dari sekolah rendah hingga menengah kecuali SYah yang dibesarkan oleh Nenda Syah di Sabak Bernam, Selangor. Kak Lang Ella dan Muss juga pernah tinggal di rumah Ayahanda didalam Kolej ini. Diblock V ini dulu, rumah Ayahanda di Aras 16. Agaknya dia rindu dengan bangunan ini sebab itu dia minta we all semua naik ke tingkat atas block ini. Dulu, masa we all stay disini, KLCC tiada sekarang dengan jelas boleh nampak mercutanda Kuala Lumpur itu dari Block V.
Ayahanda, Encik dan Intan dihadapan Asrama Block V. Disinilah tempat Ayahanda tinggal semenjak bertugas di Kolej ini hingga pencen sebelum pulang ke kampung di Sabak Bernam. Terbayang kegembiraan dia bila melihat pembangunan yang berlaku di kawasan kolej ini. Dengan bangganya dia inform security yang menjaga Asrama tu bahawa dia bertugas disini 15 tahun lepas.
Kad Hari Raya Sultan Johor - 24.09.2010
Kakitangan TM Meningal Dunia - 24.09.2010
Pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar kepada kami & TM dan sukar untuk dicari ganti. Dengan ini marilah sama-sama kita hadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah dan mendoakan agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Insya Allah. AL-FATIHAH.
Salam - 24.09.2010
Wednesday, September 22, 2010
MPN Tidak Akan Cabar Petisyen Tuanku Ismail - 22.09.2010
Mantan Raja Nepal dilarang Menghadiri Majlis Keagamaan - 22.09.2010
Gyanendra Bir Birkam Shah Dev semasa zaman kegemilangannya sebagai King of Nepal
Semalam 21.09.2010 Kerajaan Nepal telah menghalang beliau daripada menghadiri satu majlis keagamaan yang dikenali sebagai Majlis Kesyukuran Tahunan disebuah kuil di Katmandu. Upacara sembahyang dan doa ini adalah sebagai tanda bermulanya Perayaan Indra Jatra bagi membolehkan raja dan pemerintahnya ditadbir dengan aman dan damai. Semasa era pemerintahan beraja di Nepal, Raja Nepal akan menerima doa seorang kanak-kanak perempuan bernama Kumari disebuah kuil sebagai satu program rasmi negara. Jurucakap Menteri Dalam Negeri, Jayamukunda Khanal, berkata keputusan untuk melarang mantan Raja Nepal daripada menghadiri majlis itu dibuat atas sebab keselamatan tetapi enggan memberi keterangan lanjut. Insiden ini telah menyebabkan rasa tidak puas hati dan mencetuskan kemarahan serta mendapat kutukan keras daripada penyokong raja dan sami kuil berkenaan.
Raja Zarith Sofea Canselor UTM yang Baru - 22.09.2010
Majlis Pengisytiharan Canselor Baru UTM akan diadakan pada hari Sabtu ini 25.09.2010 sebelum Majlis Konvo ke-45 UTM bermula. Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar akan turut serta dalam majlis ini dimana Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan membacakan watikah perlantikan berkenaan. Program dijangka bermula seawal jam 08:00am.
Menurut Naib Canselor UTM, Datuk Dr. Zaini Ujang, Perlantikan YMM Raja Zarith Sofea bertepatan dengan latar belakang baginda yang berpendidikan tinggi, mempunyai minat dalam bidang penulisan dan aktif dalam bidang sukarelawan & badan amal. Beliau berharap agar dengan perlantikan ini YMM Raja Zarith Sofiah akan dapat meningkatkan imej UTM dan memertabatkan UTM setaraf dengan pusat pengajian terkemuka didunia.
Sakit Syah - 22.09.2010
By the way semalam ingat nak balik ke Rawang tapi tak jadi coz nak jumpa member yang baru balik dari UK tapi last minute cancelled dan Syah lepak sekejap di office kemudiannya balik ke KL Residence. Kebetulan hari Selasa ada pasar malam di area LRT Taman Melati dan Syah singgah untuk beli Laksa dan wade'. Syah beli laksa lebih sedikit. Harganya RM3.00 tapi Syah minta dia kuah dan laksa lebih, so kakak tu cadangkan Syah beli dengan harga RM3.50 dan Syah beli dua untuk CD sekali. Sampai rumah Cd tak balik lagi. Lepas solat Magrib sambil menonton Berita Syah makan laksa tu, memang banyak. Heheheheheheh........ Lapo kata orang Perak ......mungkin siang tadi tak makan makanan berat kot? Bila Cd balik dia kemas sangkar kucing dan lepas tu baru makan. Cd tanya banyak yer laksa nie? dan Syah beritahu dia memang special order. Lepas tu Syah basuh kain.
Tuesday, September 21, 2010
Kad Raya Tunku Zain - 21.09.2010
Tuanku Ibrahim Kunjungi Tuanku Muhammad Faris - 21.02.2010
Petisyen Mencabar Pemasyhuran Al-Sultan Kelantan - 21.09.2010
Barisan peguam Tuanku Ismail Petra terdiri daripada Raja Aziz Adruse (ketua), Datuk Param Cumaraswamy, Datuk Hazeeq Pillay, Abdul Halim Bahari, Nizam Bashir, Malik Imtiaz Sarwar, Gobind Singh Deo dan Abdul Rahsid Ismail. Semasa sidang akhbar semalam Raja Aziz tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan manakala Gobind Singh Deo dan Malik Imtiaz Sarwar tidak dapat hadir kerana terlibat dalam inkues kematian Teoh Beng Hock.
- Memandangkan Tuanku Ismail telah memfailkan petisyen, adalah terlalu awal untuk Tuanku Muhammad Faris menggunakan Perkara 23A.
- Komposisi MPN dipertikaikan, boleh memilih dan melantik Pemangku Sultan sebagai Sultan.
Monday, September 20, 2010
Nik Aziz Lawat Keluarga Allahyarham Datuk Sosilawati - 20.09.2010
“Dia mati teranaya, oleh itu kita doakan segala dosa-dosanya minta Tuhan ampunkan dan pahalanya minta dilipatgandakan” kata YAB Dato' MB kepada pemberita di kediaman Allahyarham.
Hasil siasatan polis mendapati Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya dipercayai telah dibunuh dengan kejamnya pada malam 30.08.2010 bersama tiga individu lain iaitu pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsuddin (44 tahun), Pegawai Bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad (38 tahun) dan Peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim (32 tahun). Kempat-empat mereka telah dipukul hingga mati sebelum dibakar dan abu mereka dibuang kedalam sungai berhampiran Ladang Gadong, Banting, Selangor. Kesemua mangsa dilaporkan hilang semenjak 30.08.2010 selepas dikatakan ke Banting atas urusan pembelian tanah di Pulau Pinang dengan suspek utama kes ini iaitu seorang peguam dan juga broker tanah berbangsa India yang menggunakan gelaran Datuk palsu. Pihak polis telah menahan 12 individu yang terlibat dalam pembunuhan ini. Pihak polis telah menemui cebisan tulang dibeberapa lokasi berdasarkan keterangan suspek yang merupakan pekerja ladang peguam berkenaan. Walau bagaimanapun keputusan profil DNA mangsa masih belum dikeluarkan lagi oleh Jabatan Kimia kerana mereka perlu menjalankan beberapa ujian selanjutnya yang mengambil sedikit masa.
Kad Raya Tuanku Muhriz - 20.09.2010
Mizi datang Rumah - 20.09.2010
En Ismail Jamaluddin Meninggal Dunia - 20.09.2010
Sultan Azlan Shah Naik tren ETS balik Ipoh - 20.09.2010
Persidangan Khas DUN Kelantan berhubung Isu Kebajikan Mantan Al-Sultan Kelantan - 20.09.2010