Wednesday, June 13, 2012

Syah balik Rawang Sekejap

13.06.2012, Rabu - Sekarang jam 11:44hrs dan Syah sampai Rawang Residence jaqm 10:30hrs tadi.  Sempat basuh AEL dan depan rumah dan kemas sedikit dalam rumah dan sekarang nak bertolak ke Ampang semula.  Syah balik sebab dah hampir seminggu lebih tinggalkan rumah. Sorry busy semenjak masuk hospital minggu lepas dan tak dapat update blog raja-raja macam biasa. Apa-apa syah update kemudian. Ok semua nak kejar bas nie nanti terlepas pula. 


Sekarang jam 13:31hrs dan Syah ada di dalam komuter on the way back to Kak Lang Ella residence @ Taman Seri Bayu, Ampang. Nak jadi cerita, dah sampai KTM Rawang Syah rasa was-was dah tutup air dan radio ker belum. Lalu tahan teksi dan tanya berapa jika pergi dan tunggu Syah sekejap dan balik KTM. Teksi minta RM 20 dan Syah tak mahu dan dia kurangkan kepada RM 15 dan Syah kata ok.


Sampai rumah everything ok rupanya, tak ada air terbuka mahupun radio.  Shukur alhamdulillah everything ok ............. bukan apa tadi Syah tergesa-gesa keluar tu yang tidak confident tu. Kat rumah tadi siap kumur-kumur dengan ubat yang Syah sepatut ambil jam 12:00hrs tadi. Sekarang komuter menuju Stesyen Sungai Buloh. Ok jumpa lagi di entry seterusnya.


Update :- Syah turun Stesyen KTM Bank Negara dan singgah solat kat surau sebelum jalan kaki ke LRT Masjid Jamek untuk ke Ampang.  On the way tu Syah beli kacang kuda rebus dua bungkus kat Jalan Masjid India.  Sampai jer Ampang,  sambil tunggu bas ke Taman Seri Bayu Syah beli Apam Balik dua.  Satu Manis dan satu kurang manis dan hanya letak sedikit gula dan jagung tanpa kacang tanah.  Syah sampai rumah Kak Lang Ella hampir jam 16:00hrs dan letih rasanya.  Oklah semua hingga berjumpa lagi dilain entry ........................ Bye

Tuesday, June 12, 2012

DYMM Raja Zarith Sofiah Rasmikan Buku Memories of Our Mothers

12.06.2012, Selasa - Hari ini Isteri Sultan Johor, DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah telah berkenan melancarkan buku Memories Of Our Mothers edaran MPH  di Kristal Ballroom, Hotel Hilton, Petaling Jaya jam 16:00hrs tadi. Turut serta dalam Majlis ini adalah Pengarah kumpulan MPH Malaysia, Datuk Dr Abdullah Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MPH, Datuk Ng Tien Chuan.  Selepas perasmian, baginda telah berkenan menerima cenderahati berupa senaskah buku berkenaan daripada Pengarah Kumpulan MPH.  Buku ini boleh diperolehi di kedai-kedai buku MPH seluruh negara dengan harga RM99.00.


Sumber : Raja Nur Janah / Bernama

Ke Assunta Hospital Berjumpa Pakar ENT

12.06.2012, Selasa - Maaf kerana lambat update blog hari ini kerana Syah ke Assunta Hospital untuk berjumpa dengan Dr Vijay dan kemudian dia referkan kes Syah kepada Dr. Chandran T.G. pakar Ear, Nose & Throat berhubung masalah rasa fish bone didalam tekak Syah. Syah terangkan kepada doktor semenjak keluar hospital tekak Syah rasa sakit dan kering dan bila menelan ada rasa macam tercekik tulang.  Syah suspect tulang ikan sebab masa dihospital menu Syah banyak ikan termasuklah porridge.  Memang Syah tak selesa dan hendak menangis rasanya. Masa tidurpun selalu terjaga dan bila menelan sakit mencucuk macam ada benda tajam kat situ.

Doktor masukkan kamera untuk melihat tekak Syah dan Syah dapat melihatnya melalui monitor.  Syah ingatkan doktor masukkan alat tu melalui mulut tetapi rupanya melalui hidung terus kedalam kerongkong dan sebelum itu dia spray mulut dan lubang hidung Syah dan Syah rasa kebas sedikit.  Akhirnya doktor kata tak ada tulang ikan atau bendasing kat kerongkong Syah cuma ada luka-luka yang Syah tengok macam ulcer bulat-bulat dan doktor kata sebelah yang Syah rasa sakit tu ada berdarah sedikit.  Doktor kata mungkin ada luka tu terbuka dan menyebabkan Syah rasa macam ada benda mencucuk seperti tulang ikan.Luka-luka ini adalah kesan daripada buat scope tempohari. 

Lega rasanya bila dengar penjelasan doktor dan kemudiannya Syah ke kaunter bayaran untuk buat bayaran dan ambil ubat.  Untuk procedure hari ini termasuk ubat mereka caj RM490.30. Bill nie kena simpan untuk  Income Tax Declaration for 2012 nanti. Rawatan hari ini TM tak cover sebab Syah sudah keluar dari Wad tetapi jika masalah ini berlaku semasa dalam wad dan Dr Vijay refer ke pakar lain baru mereka bayar.Tak apalah nak buat macam mana untuk diri kita juga sebab sakit dan duit boleh  carikan? Tak semua benda kita hendak harapkan company support apa yang TM sudah berikan kepada Syah semasa pembedahan hari tupun sudah cukup dan lebih dari memadai.  Terima kasih TM untuk pembedahan Syah minggu lepas berjumlah RM 10, 599.69

Masa tunggu ubat dan bayaran Syah call Ayahanda dan Kak Lang Ella untuk update keadaan Syah. Terima kasih kepada Kak Lang Ella yang hantar Syah sampai Stesyen Komuter Ampang dengan kereta dia sampai kereta dia kena gesel dengan kereta lain.  Bonda Ejone dan Firdaus hantar Syah sekali.  Dari Ampang Syah naik LRT Star ke Masjid Jamik dan transit ke LRT Putra dan turun di Asia Jaya. Tanya staff mengenai teksi ke Assunta Hospital dan kata mereka jika turun di Taman Jaya lagi dekat dan Syah naik semula dan berpatah balik satu stesyen sahaja.  Dari Taman Jaya LRT Syah ambil teksi ke Assunta dan tak sampai 5 minit sudah sampai dengan tambang teksi RM5.00.

Masa balik Syah naik teksi dari Assunta ke LRT Taman Jaya dan turun di LRT Masjid Jamek.  Syah balik naik bas sebab tak mahu susahkan Kak Lang fetch Syah kat Stesyen Ampang LRT.  On the way ke bus stop Syah singgah McDonnald untuk belikan anak saudara Syah Firdause dan Ku Cik McValue Lunch Set dan kemudiannya nampak gerai tepi jalan jual juice dan Syah beli Jus Celery, Orange dan Lobak Merah dengan harga RM3.80.  Sakit sedikit tekak Syah mungkin ada orange tu kot ? tetapi habiskan juga. Sampai Leboh Ampang bas SJ 79 sudah ada dan Syah naik dengan tambang RM2.50 dan turun dekat rumah flat PKNS Tasik Tambahan dan jalan kaki ke rumah Kak Lang Ella di Taman Seri Bayu.  Syah sampai rumah jam 15:30hrs dan letih rasanya.  Syah makan bubur nasi yang Kak Lang Ella buat sebelum makan pati ikan haruan dan kemudiannya solat Zohor.

Petang tadi temankan Kak Lang Ella fetch Ku Chik @ Sekolah Integrasi Islahiah di Tasik Permai, Ampang.  Sekarang Syah mentenet sambil lepak dengan Kak Lang Ella, Bonda Ejone, Firdaus dan Ku Chik.  Ok lah semua hingga berjumpa lagi dientry yang lain.

Monday, June 11, 2012

Sultan Ibrahim Sebak Di Perhimpunan Taat Setia Kepada Sultan Johor

11.06.2012, Isnin - Semalam Seramai 30,000 orang warga Johor mengadakan perhmpunan taat setia kepada Sultan Ibrahim di perkarangan Istana Pasir Pelanggi ekoran daripada tindakan bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkenaan isu bidaan plate number WWW 1 yang dimenangi oleh Sultan Johor dengan harga RM520, 000.00. Perhimpunan ini dianjurankan oleh Majlis Penyelarasan Gabungan NGO (Badan Bukan Kerajaan Melayu Negeri Johor)   Terharu dengan sokongan padu rakyat Johor terhadap baginda  menyebabkan Tuanku Sultan  sebak dan mengalirkan air mata. Sehubungan dengan itu, baginda  menyifatkan perhimpunan ini sebagai satu perhimpunan yang bersejarah dan berikrar bahawa adalah menjadi amanah bagi baginda sebagai Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Johor untuk menyayangi rakyat.

Titah baginda, "Tidak ada rakyat, tiadalah raja.  Raja dan rakyat berpisah tiada". "Jika bersatu kita akan kuat". Laungan "DAULAT TUANKU" berkumandang diudara. Baginda ditemani oleh isteri dan Tunku Makota Johor serta kerabat diraja lainnya.Baginda juga menerima lafaz ikrar taat setia wakil Gabungan, Ahmad Tarmizi Yusof serta dan kunjungan hormat 14 wakil NGO Johor..

Sumber :- Kosmo

Syah MC

11.06.2012, Isnin - Syah keluar Assunta pada Sabtu lepas dan My Brother Muss fetch Syah balik ke KL Residence dan on the way balik siggah Carrefour Wangsa maju beli keperluan dapur termasuk ikan haruan dan pati ikan haruan kat supermarket berhampiran KL Residence kerana kat Carrefour tak ada.  Masa kat Carrefour tiba-tiba tekak Syah sakit dan kering  serta rasa macam ada beda mencucuk seperti tulang dan hari Ahad Syah rasa agak rimas dengan rasa tu dan sekarang niepun ada lagi.  Mungkin Syah selalu makan ikan masa kat hospital tu kot terkena tulang. Sakitnya bergerak-gerak kejap ada kejap tak ada dan ada masanya rasa macam mencucuk kat dalam telinga lepas tu ok dan bila telan air liur ada juga rasa tu. Ada masanya bila Syah tekan kat leher kanan ada rasa sakit sedikit. Macam-macam Syah dah buat seperti makan kepalan nasi, bihun, makan buah dan lain-lain petua tetapi rasa tu ada juga rasa tu sekali sekala. Akhir sekali Syah selawat dan baca ayat-ayat yang Syah tahu dengan harapan tulang tu keluar. Tulang memang ada masanya susah hendak keluar dan Insyallah ok lah tu nanti.Doakan sekali yer

Sakit kat bahagian operation tu sudah semakin berkurangan cuma sakit sedikit bila buang air besar.  Syah sudah informed my Boss, Dek Nor.  Sekarang Syah stay kat rumah Kak Lang Ella sebab bonda Ejone ada disini.  Dah seminggu lebih Syah tak balik Rawang Residence dan risau juga rasanya.  Minta-minta rumah Syah dalam keadaan baik dan dilindungi Allah hendaknya daripada perkara-perkara yang tidak baik. Hari nie Kak Lang Ella buat bubur nasi dan anak saudara Syah Firdaus ada peperiksaan dan temuduga di IKM untuk belajar pastri.  Oklah semua, hingga berjumpa lagi dilain Entry........................

YAM Permaisuri Siti Aishah Dimasukkan Ke HKL

11.06.2012, Isnin - Ada seseorang memaklumkan kepada Syah pada malam Sabtu lepas bahawa bekas KDYMM Raja Permaisuri Agong  ke-11 dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah telah dimasukkan ke Wad Diraja Hospital Kuala Lumpur pada Mei lepas kerana mengalami masalah kesihatan. Kegeringan (sakit) baginda  tidaklah boleh Syah maklumkan disini kerana iannya hanya disampaikan kepada Syah dan Syah tidak melihatnya sendiri,   Wallahualam - Allah Yang Mahatahu sesunguhnya.   Jika benar, Syah doakan agar YAM Mulia Permaisuri Siti Aishah segera sembuh dan dilindungi Allah hendaknya, Amin. Semuga YAM Permaisuri Siti Aishah tabah menghadapi dugaan ini. 

Saturday, June 9, 2012

WWW 1 Sultan Johor Untuk Kereta Yang Mana ?

09.06.2012, Sabtu - Inilah dia kereta yang menggunakan plate kenderaan WWW 1 yang berjaya dimiliki oleh Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dengan bidaan RM520,000.00.  Tuanku Sultan Johor memang kreatif dalam segala tindakan, lihat sahajalah baginda telah berkenaan untuk menggunakan plate berkenaan bukan pada kereta mewah tetapi memberi penghargaan kepada kereta buatan Malaysia.  Jika seorang Sultan boleh mengutamakan produk/barang tempatan mengapa tidak kita.


Tunggu keluar Wad

09.06.2012, Sabtu - Sekarang jam 14:10hrs dan Syah sedang menunggu untuk keluar hospital. Jam 12:00hrs tadi doktor ganti (Dr Vijay) sahkan Syah boleh keluar. Proses discaj makan masa 3 - 4 jam. Insyallah jam tiga atau empat petang keluarlah Syah. Syah sudah lunch dan solat  dan sekarang nie sakit perut dan buang airpun cair, tak tahu kenapa tapi tak lah ceret beret yang teruk. Pagi tadi buang air besar macam biasa jer. Tak tahu mengapa mungkin disebabkan ubat lembut najis atau Syah selalu minum jus orange. Jiran budak Melayu sebelah Syah sudah keluar manakala katil depan Syah ada uncle cina masuk manakala katil satu lagi, chinese guy sepatutnya keluar hari ini tetapi disebabkan operation tulang dia menyebabkan kakinya bengkak dia kena tahan lagi, lepas nie dia nak balik Sarawak. Ok lah Syahpun nak tunggu nurse datang dan jumpa lagi dilain entry.

Friday, June 8, 2012

Bonda Ejone Ziarah Syah di Assunta Hospital

08 .06.2012, Jumaat - Malam nie Syah dapat jumpa my  beloved Bonda Saudara, Bonda Ejone pada jam 21:00hrs. Kak Lang Ella dan hubbynya datang melawat Syah dan bawa Bonda Ejon serta anak-anaknya Ku Cik dan Firdaus.  Bonda Ejone sebenarnya dari kampung dan ada appointment di HKL pada Khamis lepas dan Syah inform Kak Lang Ella supaya jangan bawa Bonda Ejone balik kampung dan biar Syah lepas operation baru hantar dia balik dan Bonda Ejon setuju. Bonda Ejone atau namanya Maizon yang sama-sama membesarkan Syah dengan my nenda Almarhumah  Maharum Al-Hajjah.  Memang Syah sayang sangat dengan dia dan begitu juga dengan Bonda Ejone. 

34 Tahun Kemangkatan Raja Ekram

09.06.2012, Jumaat - Semalam 08 Jun genaplah 34 tahun kemangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak Almarhum Raja Ekram ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah. Al-Marhum merupakan kekanda kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dari bonda yang berlainan.  Bonda Almarhum adalah Raja Perempuan Perak Almarhumah Raja Perempuan Ta'ayah. Almarhum diputerakan di  Bandar Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Almarhum mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Bukit Chandan mulai tahun 1931 hingga 1936 sebelum menyambung pendidikan di Malay College Kuala Kangsar atau MCKK.

Almarhum dilantik sebagai YTM Raja Kecil Bongsu Perak Darul Ridzuan   pada tahun 1948 ketika berusia 26 tahun. Pada Tahun 1953 ketika berusia 31 tahun Almarhum dilantik sebagai YTM Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan dan 3 tahun kemudian sebelum kemerdekaan dilantik sebagai YTM Raja Kecil Sulong Perak Darul Ridzuan pada 21 Jun 1956 dalam usia 34 tahun. Pada 01 Ogos 1962 Almarhum dilantik sebagai YTM Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan  dalam usia 41 tahun dan enam bulan kemudian dilantik sebagai Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan pada 01 Ogos 1963 dalam usia 42 tahun.


Almarhum berkahwin dengan Raja Nor Ema ketika menjadi Raja Kecil Besar Perak pada 10 May 1963 ketika berusia 41 tahun dan Raja Nor Ema ketika itu baru berusia 17 tahun. Almarhum yang diputerakan pada tahun 1922 mangkat di Istana Raja Di Hilir Perak pada 08 Jun 1978 lebih kurang jam 15:30hrs dan meningalkan seorang suri DYAM Raja Puan Muda Raja Nor Ema binti Raja Muhammad Zulkifli. Almarhum dimakamkan di Makam Diraja Al-Gufran (Makam Diraja Perak) dengan penuh adat istiadat diraja Perak sebagai seorang Raja Bergelar. Raja Puan Muda Raja Nor Ema sekarang menetap di Ipoh, Perak.


Al-Fatihah kepada Almarhum Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan Raja Ekram semuga roh baginda ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.


Nota :- Entry dibuat diatas katil Assunta Hospital, PJ

Kesihatan Syah @ Assunta Hospital

08.06.2012, Jumaat -Salam Jumaat dan selamat pagi semua. Keadaan Syah hampir sihat dan kesakitan operation tu bertambah kurang dan kalau dikira skala sakit tu antara 1 hingga 10 Syah letak 2. Cuma belum pass motion (buang air besar) lagi dan semalam Syah memang tension gila sebab Syah tunggu doktor datang tetapi senja baru datang. ceritanya begini, Selepas operation mereka ada tampal macam pad kat punggung Syah dan esok paginya Syah rasa macam ada benda keluar beberapa kali dan rasa basah dan tak selesa.  pagi tu tanya nurse bila boleh buka dan katanya tunggu doktor datang. Pagi tak datang dan petang tanya lagi dan jawapan sama juga sampai dari pagi Syah hilang mood nak makan since puasa before operation tu. Akhirnya doktor datang dan lega rasanya bila dia suruh nurse buka. Masa nak buka Syah tanya tak ganti ker dan dia nak refer kat senior dia.

Lama Syah tunggu dia tak datang dan Syah ke kaunter tak berapa lama kemudian dia datang. Kuat betul gamnya dan agak sakit sedikit sahaja. Lega rasanya dia kata boleh cuci macam biasa. Masa cuci Syah rasa macam ada ketulan kat tempat buang air besar tu dan rasa takkan piles tu ada lagi dan bila Syah tengok kat cermin ada benda warna coklat. Syah refer kat kaunter dan nurse tu kata mungkin kain atau gouse tu nurse tak cabutkan.? Tension nya Syah dan tak lama lepas tu misi datang dan tarik kain tu keluar dan Syah rasa sakit dan panjang betul kain tu. Lepas Syah cuci sakit tu beransur kurang dan Syah minta izin nurse ke 7E beli roti.

Pagi nie Syah belum pass motion lagi dan misi tanya nak ubat supaya keluarkan najis dan Syah informed mereka biar dulu sebab nak tunggu dia keluar macam normal dan jika tak buang juga hari nie baru Syah ambil ubat tu.Memang rasa lapar hari nie dan misi kata kat Syah tadi jangan terlalu risau.

Semalam member facebook Syah Yope dan Fahrul datang melawat Syah. Actually tak sangka mereka datang melawat Syah dan terima kasih Yope dan Fahrul kerana sudi melawat Syah, really appreciate it.  Sebentar tadi my boss, Dek Nor sms tanya nombor bilik Syah, mereka hendak datang hari nie agaknya.

ok lah, Syah hendak berehat sebentar dan jumpa lagi di lain entry.

Update :- Sebelum Solat Jumaat tadi my boss Dek Noor datang bersama Saiful, Abang Talib, Fadhullah dan Abang Zul melawat Syah di Assunta Hospital. Terima kasih semua kerana sudi datang melawat Syah dan terima kasih atas buahtangan yang kalian bawa. Really appreciate it.

By the way my brother call dan tanya bila keluar dan Syah kata esok. Dia informed tak datang hari nie dan akan fetch Syah esok. Hari nie dia hendak carikan pati ikan haruan yang Syah minta hari tu.


Thursday, June 7, 2012

Pembedahan Laser Hemorrhoids Selesai

07.06.2012, Khamis - Salam dan berjumpa lagi kita di hari Khamis yang Indah ini. Apa khabar anda semua, Syah agak sihat juga selepas pembedahan semalam cuma ada rasa sakit sedikit dan Syah tak boleh duduk sebab akan rasa tak selesa dan sedikit sakit. Sekarang jam 10:12hrs dan doktor tak sampai lagi. Nak ketawa dan batukpun tak boleh sebab rasa sakit kat bawah tu. Ada rasa rimas sedikit sebab kat tempat pembedahan tu ada ditampal gouse macam pad dan ada rasa macam benda keluar. Masa buat entry nie ada ketua nurse (Sister)  datang dan dia maklumkan itu semua perkara biasa selepas pembedahan.

Shukur alhamdulillah berkat doa kedua ibubapa, saudara mara dan rakan taulan di office, facebook dan blog operation semalam berjalan lancar. Masa Syah  solat zohor staff datang fetch Syak ke bilik bedah dan katanya operation jam 14:30 hrs. Lama juga Syah menunggu untuk masuk dan nurse letakkan blanket panas kat Syah sebab bilik tu sejuk sangat.  Syah cuma jumpa doktor bius sahaja manakala tak jumpa Dr Vijay.

Masa menunggu tu baca sahajalah apa yang Syah teringat nak baca dan bila masuk bilik bedah cuak juga rasanya dengan-lampu besar macam spotlight dan jadikan bilik tu terang menderang. Cakap-cakap dengar doktor bius Syahpun terlelap dan sedar jam 16:00hrs. Bila Syah pandang sekeliling rasa kabur dan cakap nak stay dulu kat nurse sebab ada rasa susah hendak bernafas walaupun dia inform Syah sudah boleh dihantar balik ke wad. Jam 17:00hrs baru depa tolak Syah naik ke wad.

Kat wad hanya boleh baring sahaja tak dibenarkan bangun sampai pagi nie. Mereka hanya bagi Syah milo sahaja dan tiada food. Pagi nie baru ada breakfast - Cereal dan low fat milk, tupun Syah makan sedikit sahaja dan tak selera nak makan. Subuh tadi member fb Syah, yopelensor datang melawat dan bawakan Syah mineral water.

Ok lah Syah hendak berehat sebentar dan jumpa lagi dientry seterusnya .

Tuesday, June 5, 2012

Entry Terakhir Hari Ini

05.06.2012, Selasa - Salam semua dan selamat petang, apa khabar anda semua.  Just nak informed, ini dan entry dibawah mengenai Raja Perempuan Ta'ayah adalah entry terakhir Syah hari ini kerana esok tengahari Syah akan melakukan operation  untuk piles Syah tu. Tengahari tadi Syah confirmkan dengan Dr vijay mengenai operation nie. lepas lunch misi datang bawa alat dan wayar, cek ECG untuk jantung sebab esok nak operation. Bersirat wayar kat kaki, tangan dan dada.

Jam 15:30hrs tadi ada nurse datang dan tanya pasial ubat kolestrol Syah dan minta Syah ambil ubat tu kerana mereka tak sediakan dan Syah angguk sahaja lagipun ubat tu tinggal satu jew. Syah tanya dia pasal bila nak mula puasa dan katanya operation jam 12:30hrs jadi Syak kena puasa start jam 06:00hrs pagi esok.  Hari nie Sah tak buang air besar lagi dan lnformed doktor tadi dan katanya akan bagi ubat tapi tak tahu bila.  Kebetulanmasa buat entry nie ada misi datang dan Syah tanya perkara ini dan katanya ada tetapi malam nanti.

Ok lah setakat ini saja entry Syah dan sehingga berjumpa lagi dilain entry dan doakan agar Syah selamat menjalani pembedahan esok. Insyaallah kita berjumpa lagi bila Syah sudah  sihat nanti yer?. Ok take care semua ............

Monday, June 4, 2012

Procedure colonscopy selesai

04.06.2012, Isnin - Salam semua dan sekarang Syah berada di Asunta hospital. Lama  juga Syah dan Muss tunggu baru dapat masuk wad. Procedure colonscopy pun dijalankan agak lewat. masa nurse tolak ke bilik bedah dia tolak Syah atas kerusi roda dan Sah inform boleh jalan sendiri dan dia kata tak apa dia akan tolak kerana itu procedure hopital.

Masuk jew bilik bedah, terkejut boboy .......  tengok peralatan dalam bilik tu exspecially yang hendak dimasukkan ikut atas dan bawah Syah tu. Lepas tu nurse cucuk jarum kat urat tangan Syah dan masukkan air serta tanya sakit tak dan Syah kata tak. Dia tanya sebab kalau tak sakit means jarum tu masuk ditempat yang betul. tak lama lepas tu doktor pun datang.

Nurse spry dalam mulut Syah dan rasa kebas dan doktor masukkan ubat apa tah dalam jarum tadi dan katanya nak bagi Syah tidur.Nurse pula masukkan macam puting kat mulut Syah dan sahlah benda tu dia nak masukkan cam uyang  Syah tengok macam pump spray sembur basuh kereta. Tiba-tiba Syah terbangun dan berada ditempat lain.

Rupa-rupanya memang tidur terus  Syah dibiusnya. Cd inform Syah masa dia buat benda nie di HKL dia dibius separuh sahaja dan dia dapat rasa camera tu dalam perut dia. Ada member office informed kawan dia buat benda nie dan rasa sakit serta tekaknya luka. Shukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar pada Syah. Setelah Syah sedar mereka tolok Syah masuk wad.

Tak lama lepas tu Kak Lang, Ku Chik, Mamat dan Izah datang melawat Syah. Lepas tu Mus, Cd dan Haziq pula sampai. Kak Lang and the geng balik dulu dan masa Mus and the geng ada, doktor sampai dan inform dalan perut Syah ada bakteria dan dia akan bagi antibiotik dan usus besar dan kecil Syah tak ada masalah.

Mengenai piles Syah pula katanya ada 3 dan besar tak boleh injek kena operation dengan laser. Dia minta Syah fikir dulu dan inform dia esok. Setelah bincang dengan Mus dan call Ayahanda, Syah ambil keputusan untuk operate dan akan informed doktor Vijay esok. Bukan apa dah terlanjur ada kat sini buat jer lah dan tak perlu tangguh lagi. Doktor informed operation tu take time 30 minit atau lebih sedikit sahaja.

Sekarang jam 23:02hrs dan tak mengantuk lagi dan agak sukar sedikit hendak update blog guna samsung iphone nie. Syah tak bawa laptop kerana kat wad tak ada wifi cuma diaras 1 Sahaja ada. Doakan Syah selamat menjalani pembedahan nie yer. Terima kasih atas doa kalian.

Bersedia ke Asunta Hospital

Gambar ni Syah ambil pada 01.06.2012 lepas dan pagi nie tak sempat hendak bergambar memandangkan keadaan tak mengizinkan.hehehehe............


04.06.2012, Isnin - Salam dan selamat pagi semua serta apa khabar.  Jam 09:00hrs nanti Syah akan bertolak dari KL Residence ke Asunta dengan my brother Muss coz  he offered himself to send me there, kalau tak Syah naik LRT dan teksi sahaja,  Shukur Alhamdulillah.  Biasanya waktu begini Syah sedang bersiap untuk ke pejabat tetapi  walaupun hari ini tak bekerja Syah tetap bangun awal jam 05:00hrs. Selepas selepas solat Subuh Syah dah mula buang air besar kesan dari ubat yang Syah makan petang semalam untuk cuci perut.  Kemudiannya Syah solat Hajat dan buang air besar lagi macam ceret beret tu beberapa kali sehingga sekarang  tetapi taklah sakit sangat cuma sesekali rasa sakit dan nilu sedikit kat testis Syah sebelah kiri.  Perut pun asik berbunyi sahaja.  Pagi nie Syah makan sebotol lagi ubat yang perlu diambil pada jam 06:00hrs.  Rupanya ubat yang Syah makan semalam tu ditulis tarikh hari ini dan satu botoll  tak bertarikh.  Ingatkan Syah salah makan tetapi bila Syah periksa semula botol tu sama sahaja dan tiada beza.  Cuma satu tu diletakkan tarikh 03/06 oleh nurse. 

Ubat Fleet Phispho-Soda nie berperisa Ginger-Lemon (45ml) perlu dicampur dengan setengah gelas air dan diikuti dengan enam gelar air kosong.  Syah baru minum tiga gelas dan sekejap lagi nak habiskan peraturan tu.  Tak tahu mengapa lepas makan ubat nie kepala Syah sakit sedikit macam malam tadi juga.  Risau juga sebenarnya dengan procedure colonscopy yang akan dibuat hari ini tetapi berdoa dan berserah sahaja pada Allah. Maaf kerana mungkin sehari dua ini Syah tak dapat update blog tetapi tengoklah macam mana keadaannya nanti, jika berkesempatan Syah akan cuba update blog jika tidak tunggu sehingga Syah keluar dari hospital. Ok semua sehingga kita berjumpa lagi dientry seterusnya, Insyallah....... Doakan agar Syah sihat dan tidak mengidap penyakit yang merbahaya yer. 

Sunday, June 3, 2012

Esok Syah Masuk Asunta Hospital





03.06.2012, Ahad - Shukur Alhamdulillah siap juga kerja-kerja Syah petang tadi walaupun tidaklah sempurna 100 peratus.  Biasalah kerja mana akan habis kerana siap satu 10 menunggu tetapi target yang sepatutnya Syah siapkan tercapai sebelum Syah masuk hospital esok. Setelah selesai Syah hantar e-mail kepada Boss Syah mengenai kerja-kerja yang Syah sudah siapkan untuk tindakan beliau seterusnya.  Semalam jam 19:00hrs Syah balik kerja dan bawa some of the document ke KL Residence untuk disiapkan dan sambung semula pagi tadi.  Syah keluar office hari nie jam 17:15hrs dan terus ke Citibank untuk bayar credit card sebab duenya esok.  Syah sampai KL Residence jam 19:00hrs dan terus makan ubat untuk clearkan my bowel untuk procedure esok.

Maaf yer Syah tak sempat nak update blog seperti biasa dan dua tiga hari nie nanti Syah akan berada dihospital dan maaf sekali lagi kepada semua sebab tak dapat nak update blog seperti biasa, tengoklah macam mana nanti jika keadaan mengizinkan Insyallah Syah update blog jika tiada entry means Syah tak dapat berbuat demikian.  Harap doakan agar Syah sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit yang serious.

Gambar kat atas tu gambar semalam Syah dinner dengan anak saudara Syah, Haziq.  Haziq belanja Syah, Muss dan Cd  makan di Seoul Garden berhampiran KL Residence kami.  1st time makan kat sini dan ada steamboat dan grill secara buffet, oklah.........  sedap juga sebab ada grill tu. RM200 tak silap Syah untuk empat orang, sekali-sekala tak apa dan thanks Haziq belanja uncle. Petang semalam Muss fetch Syah dioffice untuk makan steamboat di area Sunway tetapi biasalah hari Sabtu full house dan kami akhirnya makan kat area rumah jew.  Pagi tadi Syah breakfast Oat dan Milo, Tengahari makan Roti Wholemil dan dinner pun makan roti juga before 18:00hrs sebab nak makan ubat yang doktor beri untuk procedur esok. Syah kena puasa malam nie hingga selesai procedure esok, cuma boleh minum air sahaja.

Ok semua ............ hingga berjumpa lagi dilain entry, Insyallah......... dan jangan lupa doakan Syah yer.

Jamuan Teh Diraja Sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong

03.06.2012, Ahad - Majlis Jamuan Teh Diraja sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong berjalan lancar petang tadi dengan dihadiri oleh kira-kira 3,000 tetamu jemputan di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Majlis ini dihadiri oleh jemputan khas yang terdiri daripada menteri-menteri kabinet, duta-duta asing, kerabat-kerabat diraja dan rakyat.  Turut kelihatan adalah Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.  Majlis diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan dan upacara memotong kek hari keputeraan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Dirgahayu Tuanku Patik.

Sumber :- Bernama/TV3

Friday, June 1, 2012

TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob Dilantik Semula Sebagai Yang Di-Pertua Negeri Melaka

01.06.2012, Jumaat - Tahniah diucap kepada Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil bin Yaakob kerana telah dilantik semula untuk tempoh empat tahun lagi sebagai yang Di-Pertua Negeri Melaka. Hari ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mengurniakan surat lantikan sebagai Yang Di-Pertua Negeri Melaka kepada Tun Mohd Khalil dalam satu istiadat pengurniaan surat lantikan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka di Istana Negara hari ini.


TYT Tun Mohd Khalil dilantik buat pertama kalinya sebagai Yang Di-Pertua Negeri Melaka pada 04 Jun 2004 untuk tempoh empat tahun dan dilantik semula buat kali keduanya pada 04 Jun 2008 juga untuk tempoh  empat tahun. Dari Istana Negara, TYT kembali semula ke Melaka untuk menghadiri Majlis Mengangkat Sumpah Jawatan bagi penggal ketiga TYT sebagai Yang Di=Pertua Negeri Melaka.  Dalam majlis ini TYT telah menurunkan tanda tangan pada Surat cara Perlantikan dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Melaka, Datuk Halijah Abas,  Turut serta dalam majlis yang diadakan di Seri Negeri adalah Isteri Kepada TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Yang Amat Berbahagian Toh Puan Datuk Seri Utama Dato' Zurina binti Kassim


Sumber :- Bernama

Khutbah Jumaat Masjid Negara Hari Ini - Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Lambang Kekuatan Agama dan Bangsa

01.06.2012, Jumaat - Syah hendak berkongsi dengan anda semua text khutbah Jumaat hari ini di Masjid Negara sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-14 yang akan disambut esok iaitu pada 02.06.2012.  Syah solat Jumaat di Menara TM tetapi text ini Syah ambil daripada portal Masjid Negara seperti berikut :-.


Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Marilah kita sama-sama mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan keimanan dan ketakwaan, kita beroleh rahmat dan keredhaan hidup di dunia dan di akhirat. Sempena dengan hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong pada 2 Jun 2012; maka tajuk khutbah pada hari ini ialah "Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Lambang Kekuatan Agama dan Bangsa" .

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Sesebuah Negara sememangnya memerlukan kepada ketua atau pemimpin bagi memimpin Negara dan rakyatnya untuk kesempurnaan pentadbiran agar menjadi lebih teratur dan berjaya dalam setiap bidang. Dalam Islam kedudukan seseorang pemimpin itu adalah mulia dan tinggi kerana mereka ini disyariatkan bagi menggantikan tugas kenabian dalam memelihara agama dan mentadbir urusan dunia umat Islam. Menurut Imam al-Mawardi di dalam kitabnya al-Ahkam as-Sultaniah di antara tugas pemimpin itu adalah menjaga hal ehwal agama dan mentadbir urusan dunia. Sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dikurniakan seorang Raja dan pemimpin yang sentiasa bertanggungjawab dan kasih terhadap rakyatnya. Ini jelas dapat dilihat di mana kemajuan-kemajuan untuk kesejahteraan rakyat dilaksanakan dan dapat dicapai serta dinikmati oleh rakyat sehingga menjadikan Negara kita seiring dengan Negara-Negara maju yang lain. Demikian nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita. Firman Allah SWT di dalam surah Hud ayat 61:

Maksudnya: “ Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya. Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepada-Nya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hamba-Nya.”

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Dalam Perkara Tiga (3), Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa Islam adalah agama persekutuan atau dimaksudkan juga sebagai agama Negara. Bagaimanapun  agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. Dalam usaha mengukuhkan Islam di Negara ini Perlembagaan juga memperuntukkan dalam Perkara Sebelas (11) (4) bahawa diayah agama lain kepada umat Islam adalah dilarang. Di dalam Perlembagaan dinyatakan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri yang tiada raja seperti Pulau Pinang, Sarawak, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan. Manakala di Negeri-Negeri lain Ketua Agama Islam ialah Sultan atau Raja di negeri berkenaan.

Raja berperlembagaan bukan sahaja menjadi lambang sebuah Negara yang berdaulat, bebas dan merdeka tetapi ia juga merupakan lambang kekuatan agama dan bangsa. Justeru berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan bahawa, Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong merupakan pemerintah tertinggi, sebagai Ketua Negara dan Baginda juga sebagai Ketua Agama Islam.  Yang di Pertuan Agong, Sultan atau Raja sebagai Ketua Agama Islam adalah sesuatu yang amat istimewa di Negara kita. Umat Islam di Negara ini amat bersyukur kepada Allah SWT dan merafakkan setinggi-tinggi menjunjung kasih kepada Majlis Raja-Raja dan pemimpin- pemimpin kita yang bekerja kuat memberi kedudukan istimewa agama Islam dalam Perlembagaan Negara.

Bagaimanapun, pada akhir-akhir ini terdapat pihak-pihak tertentu cuba mempertikaikan kedudukan Islam dalam Perlembagaan, peranan Mahkamah Syariah dan bidangkuasa Raja sebagai Ketua Agama dan Adat Istiadat Melayu di Negara ini. Persoalan besar timbul ialah mengapa keadaan ini berlaku?. Berdasarkan pemerhatian, mimbar yang mulia ini berpendapat keadaan ini berlaku kerana antaranya ialah terdapat di kalangan umat Islam sendiri yang sanggup menggadai maruah dan kepentingan agama dan bangsa kerana mengejar kuasa serta ada yang sanggup bersubahat dengan pihak-pihak tertentu untuk mempertikaikannya  atas alasan bagi mempertahankan hak asasi pihak lain. Oleh itu, mimbar ini ingin mengingatkan sekali lagi bahawa jika umat Islam hilang maruah, menggadaikan agama dan bangsa, maka lambat laun umat Islam di Negara ini akan menerima nasib yang malang lagi hina di bumi sendiri.


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Negara kita mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan agama. Masing-masing berusaha memperjuangkan hak asasi budaya dan agama mereka. Kita amat bersyukur dan menjunjung kasih dalam suasana genting dan gawat, Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja telah membantu menyelamatkan ketegangan politik, menjaga kesucian Islam, adat istiadat orang Islam dan menjadi simbol perpaduan rakyat di Negara ini.

Islam adalah agama Allah yang diturunkan kepada manusia. Oleh itu sebagai Ketua Agama Islam, memperlihatkan kepada kita bahawa amanah dan tanggungjawab yang dipikul oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong amatlah berat. Maka, kita selaku rakyat yang berpayung di bawah pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong hendaklah sentiasa memberikan taat setia yang tidak berbelahbagi kepada pemerintah Negara. Ingatlah kita sebagai umat Islam telah diajar supaya taat dan patuh kepada pemerintah sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah An-Nisa’ ayat 59:

Maksudnya: " Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." .

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Sejak merdeka hingga kini telah terbukti bahawa institusi Raja-Raja memainkan peranan penting dalam mempertahankan Islam dan perpaduan rakyat di Negara ini. Bagi mengekalkan suasana aman damai ini, marilah kita sebagai rakyat Malaysia hidup penuh mahabbah serta bersatupadu dengan menjunjung institusi Raja berperlembagaan. Elakkan daripada terlibat dengan sebarang tindakan yang boleh menggugat atau mencemar institusi Raja-Raja serta mempertikai kesucian Islam sebagai agama rasmi di Negara ini. Seorang ulama Abu Abdullah menyatakan di dalam kitabnya Tahzib al-Risalah bahawa: ’Teraturnya urusan agama dan dunia adalah sesuatu yang dituntut dan ia tidak akan berlaku tanpa kewujudan pemerintah. kalaulah tidak wujudnya pemerintah, nescaya keadaan manusia akan menjadi kacau- bilau dan mereka akan saling bunuh membunuh antara satu sama lain’.

Akhir sekali, bersempena dengan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong, mimbar Jumaat pada hari ini menyeru para jemaah dan rakyat Malaysia untuk sama-sama mendoakan semoga Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong  Al-Mu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni AlMarhum Sultan Badlishah  dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah diteguhkan keimanan, dilanjutkan usia, dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan bagi mentadbir Negara dan menjalankan tugas dengan sempurna. Kita doakan juga agar Negara dikekalkan nikmat keamanan dan kestabilan politik, dijauhkan dari segala perbuatan jahat dan fitnah yang boleh membawa malapetaka dan kehancuran. Tanamkanlah rasa kasih sayang di antara rakyat yang berbilang kaum, kukuhkan perpaduan  semoga sentiasa hidup aman damai, menikmati keadilan, kemakmuran dan keselamatan sepanjang zaman. Kita juga memohon dijauhi segala malapetaka yang boleh menjejaskan  usaha membangunkan agama, bangsa dan Negara.

Maksudnya: “Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah kamu; sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar.”
(Surah al-Anfaal ayat 46)

Syah Masuk Wad Isnin Ini

01.06.2012, Jumaat - Salam Jumaat Syah ucapkan kepada semua dan harap anda dalam keadaan memuaskan disamping keluarga dan teman-teman.  Beberapa hari ini Syah terlalu sibuk dengan kerja kerana Kak Rose bercuti panjang dan Syah kena cover kerja-kerja dia.  Disamping itu keadaan kesihatan Syah pun masih belum memuaskan. Buang air kecil tu sudah tak sakit lagi cuma ada masa-masanya dalam keadaan biasa rasa nilu sebelah kiri dari bahagian pusat kebawah  peha Syah. Masalah sembelit dan piles tu beransur ok.  Hari Isnin nie Syah akan masuk wad di Hospital Asunta, Petaling Jaya dan mereka akan buat skop untuk melihat usus dan akan membuat pemeriksaan piles Syah dan mereka juga akan referkan Syah ke pakar urology juga. Doakan agar Syah sihat dan tidak mengalami penyakit yang serious yer, kawan-kawan semua? Actually minggu ini doktor advice Syah masuk hospital tetapi Syah minta tangguh kerana hendak settlekan kerja dahulu. 


Perjalanan ketempat kerja pagi ini berjalan lancar dengan pemandu gantian  cuma semalam dia lambat dan Syah ambil keputusan jalan kaki ke KTM Rawang.  Hampir 20 minit jalan kaki baspun sampai dan mulanya ingat tak hendak naik, tetapi fikir semula naik jer lah dan semalam Syah masuk lambat jam 09:00hrs tetapi Syah sudah sms my boss informed perkara ini.

Syah minta maaf kerana tak dapat nak update blog seperti biasanya dan Insyallah jika ada ruang Syah akan berkongsi cerita dengan anda seperti selalu.  Ok lah semua ................. Sehingga berjumpa lagi di lain Entry. Doakan Syah agar sihat yer..................

Thursday, May 31, 2012

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Di Masjid Negara


31.05.2012, Khamis - Malam ini Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Masjid Negara sempena Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia.  Turut serta dalam majlis bacaan Yasin dan doa selamat malam ini adalah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon.  Kedua-dua Seri Paduka Baginda berangkat sampai ke Masjid Negara pada jam 19:20hrs tadi disambut oleh Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.  Turut serta adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.  Majlis yang dimulai selepas solat Maghrib ini diketuai oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Shaikh Ismail Muhammad.

Sumber : Bernama / Masjid Negara

Wednesday, May 30, 2012

Syah Direfer Ke Asunta Hospital

30.05.2012, Rabu - Pagi tadi kad touch N Go Syah habis dan kena top-up begitu juga dengan pas komuter Rawang-KL Sentral pun dah tamat tempoh kena beli yang baru.  Sekarang nie ada offer untuk seminggu RM18.00 dan memang jimat kerana perjalanan pergi sahaja RM3.60. By the way Syah sudah jumpa doktor pakar dari Asunta masa lunch tadi di kelinik Dr Rasol dan setelah buat pemeriksaan dia minta Syah buat scope atas dan bawah untuk usus besar dan kecil Syah untuk masalah yang Syah hadapi sekarang.  Syah minta tangguh kerana banyak kerja sekarang dan mungkin minggu hadapan Syah buat.  Dah bincang dengan my Boss, Dek Noor tadi dan dia tak ada masalah cuma Syah akan siapkan kerja Syah yang pending sahaja dahulu.  Doakan agar Syah tak mengalami sakit yang serious yer.......... ok gtg nak sambung kerja semula........jumpa  lagi.

Tuanku Hajah Haminah Perihatin Terhadap Isu Pembuangan Bayi dan Keldai Dadah Dikalangan Kaum Wanita

30.05.2012, Rabu - Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun begitu mengambil berat berhubung isu kes pembuangan bayi yang semakin meningkat serta penglibatan wanita muda sebagai keldai dadah yang semakin berluluasa sekarang ini. Kebimbangan baginda dizahirkan sewaktu menyampaikan titah dalam perasmian Persidangan dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia 2011/2012 semalam yang berlangsung di Ipoh, Perak.

Diantara titah baginda :-
  • "Maka dengan ini adalah satu tugas penting pemimpin dan pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memberi kesedaran kepada anggota Pandu Puteri khasnya dan masyarakat remaja dan wanita muda amnya betapa pentingnya seorang gadis dan wanita menjaga harga diri dan tidak mudah diperdaya oleh pihak tertentu".
  • "Beta berharap setiap pemimpin dan pesuruhjaya mesti memastikan ahli-ahli remaja mempunyai minat dalam sesuatu bidang untuk mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang memberi manfaat".
Dalam majlis ini, Tuanku Hajah Haminah yang juga merupakan Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia turut melancarkan Duit Syiling Peringatan sempena ulang tahun ke-100 Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia yang dikeluarkan oleh Bank Negara.  Terdahulu, Tuanku Hajah Haminah bersama-sama Raja Nor Mahani dan Datin Seri Rosmah telah melepaskan ikan di Sungai Kinta dan menanam pokok di kawasan berkenaan sempena pelancaran projek "kempen bumi hijau" dengan tema "Pandu Puteri Boleh Menyelamatkan Bumi Kita".

Turut serta berangkat dalam majlis perasmian Persidangan dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia 2011/2012 adalah  Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Bainun binti Mohd. Ali ; Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim ; Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Nor Mahani binti Raja Shahar Shah dan isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sumber :- Bernama


Tuesday, May 29, 2012

Hari Nie

29.05.2012, Selasa - Nielah juadah makan malam Syah hari ini salad - Ada daun salad, tomato, bawang, betik, minyak zaiton dan garam.  Lepas makan Syah ambil ubat untuk sakit Syah tu dan sekarang perut Syah rasa macam mual.  tak tahulah agaknya makanan nie tak ngam dengan ubat syah tu ker? Tak tahulah.  Rasa nilu tu masih ada lagi dan petang tadi on the way balik Syah singgah Guardian Rawang beli Cranberry Juice sebagai supplement untuk masalah buang air kecil Syah. By the way esok pula staff Dr Rasol buatkan appointment Syah dengan doktor pakar dari Asunta Hospital mengenai masalah piles Syah jam 13:00hrs.  Actually hari tu mereka buatkan appointment jam 17:30hrs jumaat nie tetpi tadi mereka call kata esok dan Syah ok jew. Perjalanan pergi/balik hari nie macam biasa dan since tak sihat nie Syah macam tak selera sangat hendak makan.  Kerja kat office pula bertimbun-timbun dan Syah perlu mengejar masa sebelum akhir bulan nie yang berbaki dua hari lagi untuk settlekan semuanya tambahan pula Syah sedang tak sihat sekarang .............. Dugan, ............  mungkin ada hikmah disebaliknya ........ apa-apapun be happy and "the show must go on". 

Tunku Mahkota Johor Buat Kenyataan Di Twitter Berhubung Isu Bidaan Nombor Pendaftaran WWW 1

29.05.2012, Selasa - Ekoran daripada berjaya memiliki nombor pendaftaran WWW 1 dengan bidaan RM 520,000.00, Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan  Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah dilemparkan dengan berbagai tuduhan yang tidak berasas oleh beberapa individu sebagai menggunakan duit rakyat untuk membayar bidaan berkenaan.  Sehubungan dengan itu, Putera sulung baginda yang juga merupakan Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim membuat kenyataan di twitter berhubung isu ini dan terjemahnya dalam Bahasa Malaysia seperti berikut :- 

  • "Keluarga Diraja Johor tidak pernah mengambil apa-apa Wang daripada kerajaan sejak zaman Almarhum Sultan Ibrahim. kamu boleh bertanya mana-mana MB atau pegawai Kerajaan berkenaan kenyataan saya ini. Wang yang diperuntukkan kepada Bapa saya dan saya setiap bulan sebagai Sultan dan Tunku Mahkota dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim. Ini bertujuan (Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim) untuk membantu rakyat dan Kerajaan Negeri Johor. Sejak saya menjadi Raja Muda, tidak sekali-kali saya mengambil 1 sen daripada kerajaan hingga ke hari ini. Ia Wang Rakyat saya. Jadi sebelum Anda buka mulut anda, sila selidik."

Mahkota Yang Dipakai Oleh Queen Elizabeth Untuk Setiap Istiadat Pembukaan Parlimen Akan Dipamirkan Kepada Umum


29.05.2012, Selasa - Mahkota yang sentiasa menjadi hiasan di jembala Baginda Queen Elizabeth II  yang digunakan ketika baginda menghadiri  Istiadat  Pembukaan Parlimen semenjak tahun pertama pemerintahannya pada 1952 hingga kehari ini akan dipamirkan untuk tatapan umum sempena sambutan Jubli Intan 60 tahun pemerintahan Baginda Queen Elizabeth II.  Imej baginda memakai mahkota ini juga boleh dilihat  pada stem pos dan  wang kertas serta duit siling pound. Mahkota ini akan dipamirkan di Buckingham Palace.  Mahkota yang dihiasi dengan mutiara dan 1,333 butir berlian termasuk batu-batu bewarna kuning kelabu empat karot. Berlian-berlian ini disusun dalam bentuk bunga ros, “thistle” dan “shamrock” yang merupakan lambang bagi England, Scotland dan Ireland.    Mahkota ini direka khas untuk pertabalan King George IV pada 1821 dengan kos ketika itu sebanyak 8,000.00 pounds sterling.

Mahkota ini kemudiannya  diwarisi oleh Baginda Queen Victoria sekitar 1837 yang mana imej baginda mengayakan mahkota ini boleh dilihat dalam gambar atau lukisan baginda. Terdapat juga imej baginda menggunakan mahkota ini dalam setem pos pada awal pemerintahan baginda.  Mahkota ini bertukar tangan dari satu generasi ke generasi keluarga Diraja Britain yang lain seperti Queen Alexandra, Queen Mary dan Queen Elizabeth I sebelum dimiliki oleh Baginda Queen Elizabeth II. Jika anda ke London dalam waktu terdekat ini bolehlah melawat pameran ini yang akan berlangsung pada 30 Jun hingga 08 Julai dan 31 Julai hingga 07 Oktober 2012


Sumber :-Mail Online

Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Johor Tersenarai Diantara Yang Berjaya Membida Nombor Pendaftaran Kenderaan WWW



29.05.2012 -  Tahniah diucapkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah kerana telah berjaya membinda nombor pendaftaran kenderaan WWW 5 dengan harga RM22,000.00 manakala Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berjaya membida nombor WWW 1 dengan harga RM520,000.00 dan secara langsung memecah rekod yang dicatatkan oleh nombor pendaftaran MCA 1 pada 2010 dijual pada harga RM300,100.00. Tandatanya siapakah pembida yang berjaya membida nombor pendaftaran WWW 1 terjawab  apabila Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ)  mengeluarkan senarai permohonan tender yang berjaya didalam portal rasminya semalam. Bidaan ini dibuka selama 15 hari bermula 30 April hingga 14 Mei 2012. Dianggarkan jumlah kutipan daripada pembida yang berjaya bagi nombor pendaftaran kenderaan WWW adalah sebanyak RM11.3 juta. Jumlah ini dikatakan 10 kali ganda melebihi kutipan biasa yang diperolehi untuk nombor pendaftaran siri lain sebelum ini. Sila click link dibawah untuk mengetahui senarai-senarai pembida yang berjaya.

Sumber :- Portal JPJ

Monday, May 28, 2012

Syah Tak Sihat

28.05.2012, Isnin - Sepertimana yang Syah maklumkan terdahulu,  dalam tiga minggu nie Syah busy   kerana Member Syah Kak Rose ke USA melawat mertuanya dan Syah kena cover kerja-kerja dia.  Jadi agak sukar untuk Syah update blog kerana ada masanya waktu lunchpun busy dan bila balik rumah memang "penat gila" kata budak-budak sekarang ....Hehehheheh.  By the way Syah tak sihat hari nie dan jika ikutkan hati hendak MC tetapi kerja banyak dan Boss Syah, Dek NoR pun suruh Syah balik tetapi Syah tak mahu.

Actually sakit lama Syah kembali semula, Dah lah ada masalah piles lately nie dan pagi tadi ada masalah hendak buang air kecil.  Rasa nilu dan pedih macam dulu-dulu tu dan Syah jumpa Dr Rasol dan dia bagi uabt antibiotik dan ubat lawas kencing. Syah rasa agak ok sekarang nie cuma ada masa-masanya rasa nilu dari pusat kebawah sebelah kiri.  Ada kalanya perkara nie berlaku pada Syah dan tak tahulah kenapa. Dr Rasol pun sudah faham dengan masalah Syah dan minta Syah jangan risau sangat dan makan ubat ikut peraturan.dan dia juga ada bagi contoh katanya dia juga ada mengalami sakit seperti Syah nie .

Lunch tadi Syah lari sekejap ke KLCC untuk beli hadiah cabuan bertuah untuk TM Award Nites 2012. Setiab bahagian kena contribute 7 hadiah yang bernilai sekurang-kurangnya RM300.00.  Syah beli minyak wangi Polo 5 kotak dan 2 set tali pinggang dan wallet Bonia.  Sampai office Syah wrap hadiah-hadiah tu dan kemudiannya lari sekejap ke Mutiara Bangsar  untuk hantar hadiah nie kerana committee cabutan bertuah nie officenya kat situ.

Oklah semua hingga berjumpa lagi dilain Entry ...Doakan Syah sihat yer semua dan Syah juga doakan agar anda semua sihat jua hendaknya.

Raja Muda Perak Darul Ridzuan Menghadiri Majlis Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh ke-39



28.05.2012, Isnin - Hari ini Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh ke-39 yang berlangsung di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, Perak.  Kelihatan Raja Nazrin Shah menyampaikan Anugerah Lencana Penuh (Full Colours Award) Sekolah Berasrama Penuh 2011 kepada Syaza Nadiah Azmi dari Sekolah Tun Fatimah, Johor Baharu, Johor.


Sumber :- Bernama

Sunday, May 27, 2012

Cik Puan Azrinaz Mahzar Hakim Muncul Di Rancangan On Air

27.05.2012, Ahad - Sebentar tadi Syah menonton TV dan telihat Cik Puan Azrinaz Mahzar Hakim muncul  dalam siaran ulangan rancangan Astro 104 - On Air bagi tugasan berkonsep Stand Upper.  Secara ringkasnya Stand Upper merupakan aktiviti melaporkan apa yang berlaku ditempat kejadian. Cik Puan Azrinaz yang merupakan bekas isteri kepada Sultan Brunei pernah dinobatkan sebagai Ratu Stand Upper telah diberi penghormatan oleh Astro untuk menjadi juri dan pengacara yang berkonsepkan Stand Upper.  Lama tak nampak Cik Puan Azrinaz di kaca TV semenjak beliau mengundurkan diri daripada TV3 pada 2005 dan bertuah dapat melihat kemunculannya kembali bersiaran di On Air tetapi hanya untuk seketika sahaja dan selepas ini tak tahulah bila akan melihatnya lagi. All the best to you Cik Puan Azrinaz Mahzar Hakim semuga tabah menghadapi segala dugaan dalam hidup Cik Puan.

Saturday, May 26, 2012

Tak Dapat Update Blog

26.05.2012, Sabtu - Maaf semua kerana hari nie tak dapat nak update blog mengenai raja-raja keran Syah busy dengan kerja.  Sekarang jam 21:28hrs dan Syah baru setengah jam sampai rumah dan penat benar rasanya.  Syah rehat sekejap dan lepas nie nak mandi dan solat.  Lepas tu hendak sambung kerja dan Syah bawa beberapa dokumen balik kerumah untuk disiapkan.  Tension rasanya hari ini tetapi under control.  Ok semua hingga berjumpa lagi.

@ Office Hari Nie

26.05.2012, Sabtu - Salam semua dan sekarang Syah berada di pejabat kerana tak boleh buat kerja dari rumah kerana data-data yang diperlukan ada dipejabat dan masalah kalau nak bawa balik ke rumah.  Pagi tadi Syah keluar jam 07:00hrs dan naik KTM ke KL Sentral.  Malangnya komuter tersangkut di Stesyen Segambut hampir satu jam kerana ada masalah landasa dihadapannya dan on the way ke KL Sentral tadi nampak pekerja-pekerja menguruskan landasan yang bermasalah tu.  Penumpang Kenalahlah tunggu dan bersabar kerana train tak boleh jalan sesuka hati dan hanya satu landasan sahaja digunakan, nanti bertembung pula dengan train yang lain dan lagilah mencari nahas namanya.

Sampai KL sentral Syah ke food court "tapaw"  Young Tau Foo untuk lunch nanti dan beli buah betik 2. Sampai Menara TM macam biasa kena ikut prosidur datang kerja hari cuti, kena isi buku pendaftaran keluar/masuk pejabat. Gambar kat atas tu masa dalam LRT dari KL Sentral ke Kerinchi.  Ok lah semua, Syah baru lepas breakfast Milo Panas + Oat dan ambil Habbatus Sauda dan hendak sambung kerja. Jumpa lagi dilain Entry ..............

Friday, May 25, 2012

Tuanku Ahmad Shah Menerima Anugerah "Order of Merit" Daripada FIFA

25.05.2012, Jumaat - Ucapan sembah tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah kerana telah menerima anugerah berprestij FIFA iaitu "Order of Merit" pada hari Khamis bersamaan 24.05.2012.  Anugerah disampaikan oleh Prisiden FIFA, Joseph Sepp Blatter pada majlis pembukaan Kongres ke-62 badan bola sepak antarabangsa FIFA yang berlangsung di Budapest, Hungry. Tuanku Ahmad Shah merupakan Presiden Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) dan bekas presiden Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada 1944 hingga 2002.  Baginda juga menerima Anugerah Berlian daripada AFC pada tahun lepas.

Sumber : Bernama / Inside AFC

25.05.2012, Jumaat - Pagi nie Syah terpaksa tumpang bas sekolah untuk ke KTM Rawang kerana driver biasa tu cuti serta bas ganti tak datang macam biasa dan disebabkan masalah nie, Syah lambat masuk pejabat hari ini.  Hari ini macam biasa tak menang tangan buat kerja ... hehehehe ...letih tetapi best gak ... Tengahari tadi solat kat masjid depan pintu masuk UM coz dulu selalu solat kat situ dan ada orang jual barang-barang setiap hari Jumaat macam kat Masjid Negara tu tetapi rupanya dah tak ada lagi cuma yang ada satu gerai makan sahaja.  Lagipun dah bertahun Syah tak kesini dan masjidpun dah agak lain sedikit kerana ada penambahan ruangan.

Lepas solat Syah singgah kat gerai tepi jalan on the way balik office untuk makan Laksa, Donut dan Barli Panas.  Lepas makan Syah terus balik ke office sambung kerja yang sedia menunggu disamping macam-macam masalah vendor yang perlu diselesaikan.  Sebelum balik tadi Yayasan TM buat sedikit farewell untuk pelatih industr]i mereka.  Hari ini balik jam 17:00hrs dan Syah sampai Rawang Residence hampir jam 19:00hrs.  Sebelum masuk Syah sapu sampah depan rumah dan siram pokok.  Lepas tu sediakan bahan-bahan untuk masak Wantan Mee Bayam Sup Sayur macam biasa tu.  Setelah selesai sediakan bahan-bahan tu, Syah mandi dan solat Maghrib baru masak dan makan.  macam biasa lepas tu makan ubat.

Sekarang jam 21:32hrs dan Syah sudah selesai solat Insyak dan tengah mentenet sambil tengok TV.  Oklah semua, sehingga kita berjumpalagi dilain Entry .............

Raja Bendahara Perak Terakhir - DYAM Raja Abdul Rashid ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Azam Shah

25.05.2012, Jumaat - Ini adalah Duli Yang Amat Mulia Raja Bendahara Perak, Raja Abdul Rashid ibni Sultan Idris Murshidul 'azam Shah I (Marhum Rahmatullah). Raja Abdul Rashid merupakan Raja Bendahara Perak yang terakhir.  Selepas kemangkatannya pada tahun 1958,  Sultan perak pada ketika itu, Paduka Seri Sultan Sultan Yussuf Izzuddin Shah (Marhum Ghafarullah) yang merupakan Paduka Ayahanda kepada Tuanku Azlan Shah,  telah menghapuskan gelaran Raja Bendahara yang mana penyandangnya merupakan pewaris kedua tahta negeri Perak selepas Raja Muda. Gelaran yang disandang oleh kerabat diraja Perak selama 200 tahun ini telah dikembalikan  semula kepada "orang kebanyakan" sepertimana asalnya dan dikenali dengan panggilan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja hingga kehari ini.  

Raja Abdul Rashid diputerakan pada 12.07.1889 di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak dari bondannya Che Ngah Uteh Mariah.  Raja Abdul Rashid dilantik sebagai Raja Kecil Tengah pada 10.05.1934, Raja Di Hilir pada 01.10.1939 dan kemudiannya Raja Bendahara pada 15.07.1948.  Raja Abdul Rashid  mangkat pada 24.11.1958 dan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar atau sekarang dikenali sebagai Makam Diraja Al-Ghufran dengan penuh adat istiadat Diraja Perak sebagai seorang "Raja Bergelar".  Jenazah Raja Abdul Rashid diturunkan daripada kediaman Sharifah Rokiah yang merupakan isteri ketujuh Raja Abdul Rashid sebelum dibawa ke kawasan permakaman diraja

Allahyarham berkahwin sebanyak 8 kali dan isteri-isteri serta anak-anaknya adalah seperti berikut :-
  1. Raja Lun Zubaidah bt Raja Ahmad :- Melahirkan Raja Shoran Shah (1909-1997), Raja Nor'uyun (1911 - 15.05.1943), Raja Nor Muhidayah (1912-1946), Raja Amri (1915-1946) dan Raja Nor Shima (mangkat 10.06.1939)
  2. Che Rafidah bt Uda Maa'mor :- Melahirkan Raja Nor Siha @ Intan, Raja Nor Mahiyan dan Raja Nor Ima
  3. Che Maheran bt Abdullah :- Melahirkan Raja Nor Mida dan Raja Nor Ajam
  4. Raja Kimas bt Raja Sir Chulan :- Melahirkan Raja Nor Shihan (mangkat 17.04.1938) dan Raja Nor Shiba
  5. Raja Halimah :- Tiada anak
  6. Cik Aminah bt Awang :- Melahirkan Raja Badrul (06.04.1912 - 09.07.1988)
  7. Sharifah Rokiah bt Syed Kassim :- Melahirkan Raja Nor Ashikin (mangkat 05.07.1947), Raja Mariam, Raja Puan Besar Nor Izan (mangkat 14.07.1998), Raja Fatimah dan Raja Abdul Rahman (1948 - 07.08.2001)
  8. Raja Puan Kecil Raja Aishah bt Raja Saidin :- Melahirkan Raja Ahmad Baharuddin (25.12.1933), Raja Teh Hasnah, Raja Mohamed, Raja Zaharah (14.11.1941), Raja Ubaidah, Raja Mohd Tajuddin dan Raja Sakinatul Akmar @ Zainab (1953)


Al-Fatihah ........... Semuga Roh Allahyarham Raja Abdul Rashid ibni Sultan Idris Murshidul Azam Shah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin


Sumber : Sembang Kuala/ Raja Nur Janah / RoyalArk