Saturday, February 26, 2011

Sultan Kedah Hadiri Tayangan DiRaja Filem Hikayat Merong Mahawangsa

26.02.2011, Sabtu - Malam tadi Sultan Negeri Kedah Darul Aman, KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menghadiri Tayangan Diraja Hikayat Merong Mahawangsa atau The Chronicles of Merong Mahawangsa. Hikayat Merong Mahawangsa mengisahkan mengenai Merong Mahawangsa yang merupakan pengasas Kerajaan Negeri Kedah yang dikatakan dari keturunan Iskandar Zulkarnain. Filem terbitan KRU Studios yang menelan kos perbelanjaan RM8 Juta ini akan ditayangkan kepada umum pada 10.03.2011 di Malaysia dan diperingkat antarabangsa dengan menggunakan 70% Bahasa Inggeris dan 30 Bahasa Melayu Klasik. Para pendokong wataknya terdiri daripada pelakon tempatan dan antarabangsa diantaranya Stephen Rahman Hughes, Jing Lu, Gavin Stenhouse, Henrik Norman, Wan Hanafi Su, Khir Rahman, Dato' Rahim Razali, Nell Ng, Craig Fong, Keith Chong, Jehan Miskin, Cat Farish, Deborah Henry, Ravi Sunderlingam, Kuswadinata, Mano Maniam, Cico, Vanidah Imran dan lain-lain. Semuga filem Melayu ini mendapat tempat bukan sahaja di Malaysia malah diperingkat antarabangsa. Marilah kita beramai-ramai penuhkan panggung dan menyokong industri filem tempatan kita sendiri. Jika filem barat boleh penuh panggung dengan orang Malaysia, mengapa tidak kita naikkan mertabat filem negara kita sendiri. Sama-samalah kita tunggu maklumbalas berhubung filem ini nanti. Mudah-mudahan iannya seperti yang dirancangkan. AMIN.

2 comments:

Putra Blog said...

Assalamualaikum Tengku syah..datang ke sini berziarah sambil membawa video tentang YAM Permaisuri Siti Aishah..

http://www.youtube.com/watch?v=GJWgfBizoxk

jangan lupa promote..hehe

tengkusyah said...

telah dipost ke Facebook Saya