13.02.2011, Ahad - Semalam Syah menghadiri kenduri kahwin saudara Syah di Langat, Selangor. Anak Mak Uda Unong kahwin. Mak Uda Unong atau nama sebenarnya Siti Zaniah nie dahulu pernah bertunang dengan Uncle Syah, Al-Marhum Mon Al-Haj tetapi tak ada jodoh dan akhirnya dia berkahwin dengan Encik Abu, seorang kakitangan Istana Negara (sekarang telah pencen). Dari Rawang Syah naik Bas Metro dan kemudianya megambil LRT ke Ampang dan naik bas ke Ampang Campuran. Kami bertolak selepas Zohor. Balik dari kenduri kahwin Syah temankan Kak Lang Ella dan suaminya, Azam kekedai elektrik kerana Kak Lang hedak beli lampu bagi rumahnya yang sedang direnovate. Setelah selesai, azam hantar Syah ke stesyen LRT Ampang. Syah sempat singgah di Pasar Malam Jalan Tunku Abdul Rahman dan makan laksa. selepas tu Syah balik ke Rawang dengan bas.
Sunday, February 13, 2011
Semalam dan Hari Ini
Semenjak balik malam tadi, syah macam terbau bau busuk dalam rumah. Mula-mula Syah ingat sebab lantai tu berbau kerana salah mop ker semalam. Kemudian terfikir pula malam semalam blackout dan Syah buka tingkap belakang dan mungkin bau nie bau tahi ayam jiran (ayam serama) terperangkap dalam rumah. Akhirnya tergerak hati nak bersihkan peti sejuk dan bila Syah periksa rupannya ada air bertakung. Peti sejuk Syah nie jenis yang lama dan tempat takungan air tu dibelakang peti sejuk (janganlah ketawa yer...) dan bukannya didepan seperti sekarang. Rupanya bau masam tu dari air yang bertakung tu. Syah cuci satu peti sejuk dan mop semula lantai. Sekarang baru tak ada bau tu. Pagi tadi Syah sempat basuh baju dan sementara nak tunggu iannya siap dicuci Syah jalan kaki keliling taman. Masa Sapu depan rumah anjing jiran sebelah Syah si "King' tuannya lepaskan dan masuk dalam car porch Syah dan kemudianya dia menyalak kat Syah. Lepas tu saja tanya jiran Syah, awak lepaskan anjing pagi tadi? dia jawab yer bagi dia exercise jalan-jalan. Syah inform dia masuk rumah saya dan dia hanya senyum jer....yer lah takkan nak nangis pula kan. Hehehehe..................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment