Friday, February 4, 2011

Solat Subuh Di Sejadah Pusaka Almarhumah Bonda Saudara Syah, Almarhumah Che' Zan Al-Hajjah

Sejadah Pusaka Almarhumah Che' Zan Al-Hajjah
Dibahagian atas adalah sejadah bewarn kuning dan biru manakala lapisan bawahnya adalah karpet dari Iran.


04.02.2011, Jumaat - Pagi tadi semasa hendak solat subuh tiba-tiba Syah teringin hendak solat di Bilik Utama Syah kerana biasanya Syah solat dibilik menonton kerana Syah tidur disitu sebab malas hendak turun naik tangga. Kebetulan juga Syah hendak mengambil kain/pakaian yang Syah kemas semalam untuk dicuci. Selapas berwuduk Syah ambil Sejadah Pusaka Kepunyaan Bonda Saudara Yang Amat Syah Sayangi dan Hormati iaitu Almarhumah Che' Zan Al-Hajjah yang Syah panggil Ucu. Sejadah nie memang Syah simpan selepas kemangkatan Almarhumah Ucu. Almarhumah mangkat kerana masalah paru-paru dalam usia 53 tahun pada 18.04.2002. Almarhumah masih bujang tetapi merupakan seorang wanita yang Tabah, Cekal, Berani dan Berwibawa dan Syah ingin memiliki sifat-sifat begitu yang diwarisi daripada monyang kami, Almarhum Abdul Rahman Sending Alhaj. Almarhumah juga seorang yang mengambil berat kebajikan keluarganya. Sebenarnya dalam tahun 1990an Almarhumah Ucu telah dimasukkan ke Hospital Tawakal hampir enam bulan kerana tidak boleh berjalan. Kalau ikut kaedah tradisional dikatakan terkena buatan orang dan dipihak hospital mereka ada diagnosis sendiri.


Batu Nisan Almarhumah Che' Zan Al-Hajjah diperbuat daripada Batu Granite Hijau Tua manakala kepuk atasnya berbentuk rehal dan dasarnya berbentuk empat segi (bahagian bawah) diperbuat dari Terazzo. Struktur Binaan dan design Makam adalah mengikut spesifikasi Syah. Makam ditempah daripada Pakcik Damanhori yang selalu membina makam-makam diraja di Malaysia dan Brunei.

Akhirnya Almarhumah Ucu pulih tetapi perlu bergantung pada ubat dan keadaannya tidak seperti dahulu dan akhirnya Almarhumah membuat keputusan untuk mengambil Medical Board. Setelah melalui beberapa prosidure Medical Board, akhirnya iannya diluluskan dan Almarhumah mendapat Pencen Elat daripada SOCSO. Disebabkan gaji Almarhumah memang tinggi, maka pencen berkenaan boleh menampung kehidupan Almarhumah malah aktiviti perbelanjaan Almarhumah berjalan seperti biasa seperti masa dia bekerja juga. Almarhumah pernah beri Syah wang RM2,000 dan Ucap tahniah kerana beli kereta tetapi dalam masa yang sama dia sound Syah mengapa beli kereta tak bincang dengan dia sebab Syah tak ada lesen dan tak tahu memandu. Katanya lagi kalau bincang dengan dia mungkin dia boleh bayarkan down payment untuk kereta Syah. Tetapi benda dah jadi, Almarhumah beri Syah Cek RM2,000.00 dan tulis nota Tahniah lagi.

Pada tahun 1990an, masa Syah sakit kerana ada masalah urin berdarah, Almarhumahlah yang banyak bantu Syah. Dia bawa Syah ke HKL dan biayai kos rawatan pakar Syah di Hospital Tawakal dan pada masa tu dia masih bekerja dan tak sihat tetapi sanggup cuti dan jaga Syah dikampung. Ayahanda Syahpun tak buat macam tu kat Syah, sebab tu Syah sayangkan Almarhumah. Itulah contoh-contoh kebaikan Almarhumah pada kami anakanda-anakanda saudaranya. Banyak lagi yang Almarhumah buat untuk Syah tapi tak semua boleh dikongsi disini.

Gambar tahun 2008, Cucunda Saudara Almarhumah Che' Zan Al-Hajjah membersihkan makam Almarhumah pada petang Hari Raya Aidilfitri. Dari Kiri ke Kanan, Mamat, Haziq, Firdaus dan kanak-kanak tu Ku Cik @ Izat.

Semasa kecil kami semua memang mewah dan dimanjakan oleh Almarhumah Ucu terutamanya Syah dan Kak Long Zainab, walaupun begitu kami memang takut dan kecut perut dengan Almarhumah Ucu kerana dia seorang yang serious dan garang. Bila di ingat kembali, atas sifat serious dan garang Almarhumahlah yang mengajar Syah erti berdikari dan tidak mengharapkan orang lain dalam hidup ini. Maksud Syah kalau Syah minta tolong dengan orang lain dan mereka tidak dapat membantu atas sebab-seba tersendiri, Syah takkan marah kerana Syah akan buat benda tu sendiri walaupun terpaksa menghadapi kesuklaran dan rintangan bersendirian. Begitu juga dalam menguruskan kehidupan seharian Syah.

Setelah mendapat medical board dan pencen, Almarhumah Ucu balik ke kampung dan tinggal bersama Almarhum Nenda Syah dan Bonda Ejon serta Kak Ngah dan anak-anaknya. Apabila Almarhumah Ucu mangkat dan disebabkan Almarhumah masih bujang, pencen berkenaan diturunkan secara automatik kepada Nenda Syah iaitu Ayahanda Almarhumah atas dasar dibawah tanggungan Almarhumah. Duit berkenaan digunakan untuk menampung perbelanjaan harian Almarhum Nenda Syah, Ahmad Al-Haj sehingga Almarhum meninggal dunia. Begitu juga dengan harta dan wang simpanan Almarhumah Ucu yang bernilai ratusan ribu ringgit telah diagih-agih tanpa pengetahuan kami ke dalam akaun yang di create atas nama kami anakanda-anakanda saudara serta cucu-cucu saudaranya melalui buku-buku simpanan Tabung Haji.

Segala Asetnya juga telah ditukarkan kenama anak-anak saudaranya juga tanpa pengetahuan kami. Kami hanya mengetahuinya selepas kemangkatan Almarhumah. Almarhumah berbuat demikian mungkin tak mahu kami bertelagah mengenai hartanya kerana Almarhumah masih bujang. Ada juga saham dan wang simpanan yang jumlahnya dibawah RM 50K tetapi tidak dinamakan dan Syah uruskan dengan Amanah Raya dan diagih-agihkan mengikut faraid dikalangan adik beradik Almarhumah. Almarhumah juga telah membuat upah haji untuk nenda-nenda dan abang Almarhumah (berlainan ayah). Almarhumah juga sponsor Syah, Almarhum Nenda (Ahmad Al-Haj), Kak Ngah Normah dan Bonda Ejon mengerjakan Umrah selama dua minggu.

Ayahanda Syah membacakan Tahlil di Tanah Perkuburan Islam Bt 40. Gambar ini diambil pada tahun 2008. Dibelakang sekali (berkain kuning) adalah Nenda Syah, Almarhum Ahmad Al-Haj, disebelahnya Almarhumah Che' Zan Al-Hajjah, Kain hijau pula Almarhumah Sadu Al-Hajjah yang merupakan Nendan Saudara Syah dan depan sekali Almarhumah Maharum Al-Hajjah yang Syah panggil Mak kerana membela dan membesarkan Syah.

Almarhumah Mangkat di Hospital Tengku Ampuan Jemaah pada 18.04.2002. Sebelum mangkat, anak saudara Syah Mamat telefon dan Syah dengar nafas Almarhumah berbunyi kuat dan Syah rasa macam ada yang tak kena dan minta dia hantar ke hospital. Syah terus call Kak Long Zainab dan minta dia balik cepat ke Sabak Bernam secepat mungkin. Syah balik naik bas. Kali terakhir Syah jumpa Almarhumah adalah beberapa minggu sebelum dia meninggal kerana dia suruh Syah balik juga untuk ambil air selusuh kerana Kak Lang Ella hendak bersalin. Nak marah pun ada masa tu kerana Syah terpaksa balik tetapi taklah marah sangat. Dia pesan jaga air tu baik-baik dan begitulah perangai Almarhumah yang sentiasa risaukan anak-anak saudarnya terutamanya Kak Lang Ella yang sarat mengandung. Sebelum balik Syah cium Almarhumah dan dia kelihatan macam semput.

Mungkin dia tahu Syah marah sedikit tapi Syah taklah marah sangat. Biasanya dia hantar tapi Syah tak bagi kerana dia nampak tak sihat. Sambil berjalan ke stesyen bas Syah toleh ke belakang dan nampak Almarhumah duduk di buayan sambil tengok muka Syah dan dia macam sedih. Mungkin dia tahu hidupnya tak lama sebab dia selalu berjumpa doktor cuma tak beritahu kami. Rupa-rupanya itu adalah kali terakhir dia lihat Syah. Sampai sekarang Syah teringat benda nie dan bila teringat Syah akan menangis. Sekarangpun berjurai air mata Syah buat entry nie. Ucupun pernah test drive kereta Syah.

Almarhumah terpaksa mengambil ubat dari Hospital dan ubat itu mengandungi morfin dan doktor kata iannya akan memberi kesan kepada paru-paru beliau. Akhirnya paru-paru Almarhumah menjadi keras. Almarhumah selalu tercungap-cungap apabila penat atau berjalan jauh sedikit dan kerap batuk-batuk. Walau bagaimanapun Almarhumah masih boleh memandu untuk ke pasar atau menghadiri ceramah agama. Almarhumah kerap ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah untuk mendapatkan rawatan mengikut appointment yang telah ditentukan. Beberapa bulan sebelum kemangkatannya dia ada inform Syah mengenai paru-parunya dan Syah kata Syah taku nak dengar dan harap dia cepat sembuh. Satu hari tu Almarhumah nampak Syah belajar kereta Syah pusing-pusing kat tanah lapang di kampung dan dia inform one of my cousin "kalau aku matipun aku puas sebab dah nampak atan bawa kereta".

Syah dan sepupu juga telah tunaikan hajat Almarhumah Ucu untuk buat Korban Unta bagi dirinya yang Syah pesan dengan seorang sahabat Syah yang mengerjakan Haji. Almarhumah pernah berhajat tetapi tak sempat melakukannya. Syah juga telah tempahkan makam yang Syah reka sendiri strukturnya untuk Almarhumah. Selepas solat Syah selalu sedekahkan Al-fatihah kepada Almarhumah Ucu dan Semua Kaum Kerabat Syah yang telah mengadap Yang Maha ESA.

Dapat tak anda semua gambarkan jasa Almarhumah Ucu Syah daripada beliau hidup sehingga mangkat baktinya yang ditabur kepada keluarga tak pernah putus, contohnya pencen Almarhumah dapat menampung perbelanjaan Almarhum Nenda Syah disamping sumbangan dari kami semua, begitu juga dengan duit simpanan dan aset yang telah diagih-agihkan kepada kami bagi menampung kehidupan kami agar menjadi lebih baik dan selesa.


UCU ............... ATAN Rindukan UCU ...............

No comments: