Selain daripada itu, Chen yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Feng Shui Kebangsaan Cina, menyarankan agar cincin pertunangan mereka yang diwarisi daripada bonda Prince William, Princess Diana dibersihkan. Pembersihan ini bertujuan untuk membuang kuasa malang pada cincin itu. Diagnosis ini berdasarkan perjalanan kehidupan Princess Diana yang sentiasa mengalami nasib malang sepanjang kehidupannya. Komen Chen lagi, cincin orang yang telah meninggal dunia sepatutnya tidak dipakai oleh orang yang masih hidup. Untuk membuang nasib malang pada cicnin berkenaan, Chen menyarankan dua kaedah iaitu :-
- Merendam Cincin berkenaan dalam air arak dalam tempoh enam hingga tujuh jam, atau
- Merendam Cincin berkenaan dalam air garam
Bagi majlis perkahwinan pasangan ini pula, Chen menyarankan agar Middletom menggunakan warna putih, keemasan dan hitam pada pakaiannya manakala Prince William dilarang menggunakan warna merah.
Walau bagaimanapun ini adalah ramalan Feng Shui sahaja dan kita sebagai umat Islam adalah dilarang untuk mempercayai perkara-perkara bersifat ramalan seperti ini kerana ditakuti akan membawa kepada Syirik. Feng Shui adalah merupakan kepercayaan tradisional orang-orang Cina untuk membawa tuah dan menghilangkan nasib malang. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa ini, kita sepatutnya menghormati amalan dan tradisi setiap kaum tetapi apa yang bertentang dengan amalan, budaya, bangsa dan agama masing-masing tidak perlu diikuti tetapi hanya untuk pengatahuan kita sahaja bagi mengerat dan merealisasikan perpaduan antara kaum dan 1 Malaysia.
1 comment:
Kuasa malang memang ada. Tapi dalam komik Wira Tunggal la. Hehe. Semoga bahagia ke anak2 cucu2 cicit3 Putera William and Kate Middleton.
Post a Comment