Wednesday, February 2, 2011

Menerima Tetamu Istemewa Di Rawang Residence

Depan dari Kiri ke Kanan, Makcik dan Beha. Dibelakang pula Angah, Muss dan Cd dihadapan Rawang Residence syah.

Hasil "Air Tangan Syah" hari ini untuk tetamu istemewa di Rawang Residence. Kerabu Petola Ala Maharum, Daging Salai Masak Lemak Cili Api dengan kentang, Sea Food Vegi Paprik, Ikan Pari Masak Asam Pedas dan Ayam Goreng Berempah Kak Cik Style. Makan dengan Nasi Putih. Minuman Orange Juice dan Hot Strawberry Tea.


02.02.2011, Selasa - Beberapa hari lepas Syah maklumkan pada Muss untuk menjemput Ibu Cd ke Rawang Residence. Esok mereka akan balik ke Kuantan so Syah invite Muss, CD, Makcik, Angah dan Beha lunch di Rawang Residence Hari ini. Semalam Syah di KL Residence sebab tunggu perabut Muss sampai dan selepas Insyak Muss dan Cd hantar Syah ke Rawang Residence. Sebelum tu Syah singgah di NSK Selayang untuk membeli keperluan untuk memasak. Lama juga Syah di NSK dan sampai Rawang Residence hampir jam 23:00hrs. Selepas punggah barang, Muss rehat sekejap sementara Cd tunggu dalam kereta kerana kurang sihat. Selepas Muss balik, Syah sediakan preparation untuk memasak coz jika nak buat semuanya hari ini memang tak menang tangan sebab Syah seorang.

Syah potong sayur, kupas bawang, halia, cili api,kentang, siang udang dan sotong serta potong daging salai. Tugas-tugas Syah selesai hampir jam 02:00hrs dan lepas tu Syah terus tidur. Pagi tadi Syah bangun hampir jam 07:00hrs. Selepas cuci kain dan kemas rumah sedikit Syah mula memasak jam 10:00hrs dan selesai hampir waktu zohor. Muss bertolak selepas Zohor dan sampai Rawang Residence hampir jam 14:30hrs. Lepas makan Muss dan Cd tertidur manakala Makcik, Beha dan Angah menonton TV. Masa kami bersembang di ruang tamu, Azrin dan Arip datang dan inform mereka baru balik dari berkelah di Tampler. Sebelum balik ke KL Residence Muss singgah di rumah Azrin untuk ambil buah pelam dan limau nipis. Lepas solat Maghrib tadi, Syah panggil Azrin makan kerana masih banyak lagi lauk yang Syah masak tapi Azrin minta hantarkan makanan tu kerumah dia kerana ada orang datang. So Syah hantarkan makanan tu ke rumah Azrin sebab Syah tak boleh makan kerana sedang "jaga Makan".


Ibu dan adik Cd, Makcik dan Beha

No comments: