Friday, February 4, 2011

Sultan Pahang Melawat Mangsa Banjir

04.02.2011,Jumaat - Semalam KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah telah mencemar duli melawat mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Bandar Tun Razak, Bandar Muadzam Shah. Baginda sempat beramah mesra dengan mangsa banjir dan mendengar masalah yang dihadapi oleh mereka. Mengikut stastik yang dikeluarkan hari ini, mangsa banjir yang dipindahkan di Pahang semakin meningkat dengan 1777 orang yang terdiri daripada 226 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan seluruh Pahang. Baginda menitahkan agar pihak berkuasa meningkatkan sistem pengurusan banjir bagi memastikan mangsa menerima bantuan sewajarnya tanpa mengira waktu. Baginda telah diberi taklimat oleh Pegawai Daerah Rompin, Dato' Syed Ahmad Fuad Syed Taha.

No comments: