24.02.2011, Khamis - Shukur alhamdulillah driver bas biasa yang bawa kami semua ke Pekan Rawang sudah mula bertugas semula. Bas nie dinamakan Bas Tabung dan tiada konduktor tapi brother tu sentiasa bawa seorang perempuan dan Syah katakan sebagai isterinya bersama sebagai konduktor dan cepatlah sikit kami sampai ke Bandar Rawang kerana dia ada konduktor. Cut the cycle time, mana taknya jika tiada konduktor bas akan berhenti sehingga habis kutip duit penumpang dan kasi tiket baru jalan. Tapi jika ada konduktor bas hanya ambil penumpang dan terus jalan. Itulah yang Syah maksudkan cut the cycle time tadi tu. Perjalanan lagi cepat dan kurang terganggu.
Ada beberapa version pasal drive nie menghilangkan diri :
- Aunty jual nasi lemak dekat bus stop Rawang Residence inform Syah driver tu sakit pinggang dan balik kampung untuk berubat.
- Ada Indian girls yang baik dengan isteri driver bus tu inform Syah, mereka balik kampung kerana ada majlis perkahwinan adik mereka di Pulau Pinang.
- Ada driver ganti inform Syah " Dia balik kampung dan macam dia seorang jer ada kampung" Heheheh funny kan?
Syah rasa....... jawapan yang betul dia cuti kerana ada kenduri kahwin. Sya lihat jari Isterinya penuh dengan inai. Betullah jawapan No. 2 diatas. Tapi siapa yang kahwin tak tahulah. lama juga mereka cuti iaitu lebih 10 hari. Syah nampak isterinya macam cantik pula pagi nie. Atau entah-entah mereka yang baru kahwin, itu Syah tak tahulah. Hehehehhehehe.
No comments:
Post a Comment