Saturday, February 5, 2011

Syah and My Dragon Fruit


05.02.2011, Sabtu - Dalam minggu nie dua kali Syah mengalami sembelit. Teringat pula Syah semasa bersembang with my colleague, Kak Ros katannya kalau ada masalah sembelit makan Dragon Fruit. Hari tu ke Mydin berhampiran Platinum Walk di KL Residence tetapi mereka tak jual buah tu. Semalam selepas Solat Jumaat, Syah ke Giant Supermarket Rawang dan terjumpa buah tu dan terus beli empat biji dengan harga RM1.89 sebiji. Malam tadi Syah belah buah tu sebiji dan untung dapat yang putih sebab Syah tak prefer warna merah kerana bahan buangan kita nanti akan bewarna merah .............. scary lah pulak walaupu mengikut pakar pemakanan dan perubatan yang merah lebih khasiatnya. Pagi tadi memang tak ada masalah untuk buang air besar, memang betul bebeno kata Kak Ros. Actually Syah dah guna banyak petua dan suppliment dari farmasi tapi sekejap jer ok lepas tu jadi balik.

Mungkin ramai yang tak pernah mencubanya atau tak berminat hendak makan kerana bentuk dan rupannya agak pelik yang bewarna merah dan bersayap-sayap, sebabtulah dinamakan Buah Naga atau Dragon Fruit. Kalau nak makan buah nie senang jer belah dua dan scope menggunakan sudu. Anda tak perlu kupas dia macam kupas buah betik tau? Buah ini tergolong dalam keluarga species kaktus dan sekarang ini ramai yang menanamnya samada untuk dimakan sendiri atau secara komersial.

Dengar-dengarnya buah naga ini exspecially yang bewarna merah kaya dengan zat dan mineral. Iannya kaya dengan potasium, ferum, sodium, serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet), protin (mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung), fosferos (pertumbuhan tisu badan) dan kalsium (menguatkan tulang) . Iannya jauh lebih baik daripada buah-buah import. Diantara khasiatnya :-

  • Meningkatkan Daya Tahan dan mengurangkan metabolisma dalam badan
  • Baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah
  • Memberikan tindak balas memberangsangkan untuk kita mengurangkan tekanan emosi dan menuteralkan toksin dalam darah
  • Mencegah Kanser Usus, mencegah dan menurunkan kadar Kolestrol yang tinggi dalam darah dan mengurangkan lemak
  • Menjaga kesihatan jantung
  • Menambah darah
  • Mengawal kepanasan
  • Menambah kelicinan dan kehalusan kulit serta mencegah jerawa

Hopefully petua yang ini akan kekal untuk diet Syah yang bertepatan dengan masalah yang Syah hadapi manakala khasiat-khasiatnya memang menepati ciri-ciri yang Syah kehendaki. Apa lagi sudi-sudikanlah mencuba Buah Dragon yang kaya dengan Vitamin C, B1,B2 dan B3 nie. Apa tunggu lagi Jom Kita Mendragon .......................

No comments: