11.02.2011, Jumaat - Untuk dinner malam nie Syah masak sup sayur dan minum Fiesta Fresh Orange Juice. Petang tadi Syah makan Red Dragon Fruit. Solat Jumaat hari ini pula di Masjid Nurul Iman, Bandar Rawang. Masa tunggu bas untuk ke Bandar Rawang, tiba-tiba kereta Azrin lalu di bas stop Taman Garing Utama dan dia invite Syah naik kereta dia. Actually dia hendak hantar Arip balik Seremban dan kemudian akan tidur dirumah adiknya Firdaus. Parents dia sudah pergi dahulu sebab hari ini Azura (isteri Firdaus) ada audition AF. Lepas solat, teringin nak makan laksa dan syah jalan kaki ke Pekan Rawang tetapi malangnya kedai tu tutup. Sian Syah jalan tengah panas tapi hajat tak sampai. So Syah jalan ke Bas Stand Rawang dan dah tak ada pilihan, Syah makan Rojak dan Barli Ice di kedai mamak sebelah 7E. Hampeh ............... rojak tu out betul rasanya dan Syah tak makan habispun. bas balik ke Rawang Residence agak lambat hari ini. Syah sampai rumah hampir jam 16:00hrs dan sapu depan rumah coz semalam jiran Cina Syah tu sembahyang dan bakar kertas sempena hari terakhir sambutan tahun baru cina. Habis abu kertas tu masuk area car porch Syah dan terpaksa disapu, nak buat macam mana angin yang tiup. So sekarang jam 20:18hrs dan Syah hendak dinner. Makan Semua.
No comments:
Post a Comment