Monday, January 25, 2010

Tun Ghazali Selamat Dikebumikan - 25.01.2010

Hari ini Syah ke Masjid Negara untuk menghadiri Istiadat Pengkebumian Negara untuk Allahyarham Tun Ghazali Shfie. Thanks to Boss Syah, Moin kerana izinkan Syah kelaur sekejap. Shukur Alhamdulilah Jenazah Allahyarham Tun Ghazali Shafie yang meninggal dunia semalam jam 07:45pm dalam usia 88 tahun telah selamat dikebumikan dengan penuh adat istiadat Pengekebumian Negara di Makam Pahlawan, Masjid Negara sebentar tadi. Turut hadir semasa pengkebumian adalah KDYMM Sultan Ahmad Shah Pahang, TYT Melaka Tun Khalil Yaakub, Mantan PM Malaysia Tun Abdullah, MB Pahang, ahli-ahli politik, duta-duta, kerabat diraja, kaum keluarga Allahyarham Tun dan masyarakat Kuala Lumpur. Semuga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh di alam barzakh. Alfatihah. Amin.

No comments: