Wednesday, January 13, 2010

Kemelut Istana dan Sesi Penerangan - 13.01.2009

Istana Kelantan telah mengadakan siri pertemuan dengan rakyat bagi memperjelaskan kemelut yang melanda institusi beraja di negeri cik siti wan kembang ini. Sebagai permulaan seramai 2000 tetamu terdiri daripada kakitangan kerajaan termasuk iman dan penghulu telah dijemput untuk menghadiri taklimat yang diadakan di Istana Balai Besar, Kota Baharu, Kelantan pada 12hb Januari 2010 bermula jam 02:00pm. Taklimat disampaikan oleh Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, diikuti Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias serta Exco kerajaan negeri.
Pengelola Istana DiRaja, Datuk Abdul Halim Hamad sedang memberi penerangan kepada hadirin semasa sessi penerangan berkenaan yang diadakan pada 12 Januari 2009.
Nota - Gambar diambil daripada Berita Harian.
Dalam ucapannya beliau memaklumkan "tidak elok bercakap mengenai istana di kedai kopi. Jangan cakap sebarangan untuk mencari publisiti murahan serta mengambil kesempatan mencari populariti secara menyinggung perasaan orang lain. Pemerintahan Kesultanan Kelantan sudah melalui beberapa proses pemodenan dan antara yang terpenting ialah kewujudan Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, yang membuktikan kesedaran undang-undang dan peraturan bagi menjamin kesejahteraan rakyat serta pemerintahan. Akibat segelintir rakyat tidak memahami dengan mendalam mengenai undang-undang ini, ia mengundang tindakan yang tidak sepatutnya berlaku, yang memberi kesan terhadap keharmonian negeri ini"
..........................................................................................................................................................................

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias dalam ucapannya berkata, "kerajaan negeri akan memberi penerangan mengenai isu semasa dalam negeri kepada kakitangan kerajaan dari semasa ke semasa. Ini bagi mengelakkan kekeliruan disebabkan oleh unsur yang tidak bertanggungjawab sehingga timbul keadaan tidak diingini di negeri ini. Oleh itu, saya meminta kakitangan kerajaan negeri supaya berinteraksi di kalangan mereka secara manfaat dengan menumpukan kepada perkara yang mustahak saja,"
Pemangku Raja Kelantan, YMM Tengku Muhammad Faris Petra

Baguslah tindakan Istana Kelantan ini, kerana hanya dengan cara ini sahaja akan dapat memberi pengatahuan dan membuka minda rakyat berhubung perundangan tubuh kerajaan negeri dan keadaan sebenar yang berlaku dalam institusi diraja negeri ini. Kesimpulannya Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan tidak memberi sebarang kuasa kepada orang lain untuk campur tangan dalam urusan istana dan kerajaan negeri selain daripada kuasa yang dimiliki oleh Pemangku Raja Kelantan, Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra. So rakyat kelantan sekarang seharunya anda semua tahu What Do and Dont.

No comments: