Terlebih dahulu nak ucapkan tahniah kepada kawan Syah Rohizad Ismail kerana dapat baby baru. Ini adalah anak keempat Rohizad dan sebelum ini dia ada dua anak perempuan dan seorang lelaki. Teringat Syah, dulu bila ditanya pasal anak katanya dah tutup kilang tapi tiba-tiba pula dengar cerita isterinya mengandung. Kilang beroperasi semula lah yer atau kes "kebocoran tiub" heheheh jangan marah gurau jer. Itulah rezeki namnya kan.
Isterinya bersalin di Kajang Medical Center pada 09 Jan 2010 jam 11:43 pagi secara normal. Shukur Alhamdulilah kerana tiada apa-apa komplikasi. Rohizad dapat Baby boy yang beratnya 2.9kg dan diberi nama Luqman Hakim bin Rohizad. Mengikut Rohizad mungkin Sabtu ini dia akan hantar isterinya dan Luqman balik ke kampung mertuanya di Parit, Perak untuk berpantang disana dalam 2 atau 3 minggu. Company Syah beri cuti ehsan 3 hari kepada suami yang isterinya bersalin tak kira anak keberapa. Haaa amacam Rohizad boleh tambah satu lagi tu.................... kuota ada lagi nie?
Satu hari sahaja mereka di hospital dan esoknya sudah balik kerumah. Apa-apapun take care yer Rohizad dan jaga anak yang kat rumah tu baik-baik jangan sampai macam hari tu goreng telur untuk anak jari yang masuk minyak dulu telur kemudian, Telur ayam yer tuan/puan semua, sampai MC satu hari. Hehehhehehehe.
No comments:
Post a Comment