Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra
Sultan dan Yang Di-Pertuan Bagi Negeri Kelantan Darulnaim
Puan Elia Suhana bt Abdul Hamid
Isteri Kedua Al-Sultan Kelantan
Yang Maha Mulia
Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra
Pemangku Raja Kelantan
Yang Amat Mulia
Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra
Tengku Bendahara Kelantan
Yang Amat Mulia
Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Sultan Ismail Petra
Tengku Temenggong Kelantan
Dilantik sebagai Tengku Temengong Kelantan oleh Ayahandanya pada tahun 2001. Berkahwin dengan seorang model Indonesia Manohara Odelio Pinot pada 26 Ogos 2008 dengan mendapat gelaran Cik Puan Temengong. Walau bagaimanapun pada 31 Mei 2009 Manohara melarikan diri dengan bantuan pihak Singapura semasa melawat Tuanku Sultan yang mendapatkan rawatan di Singapura. Manohara mendakwa telah didera oleh suaminya. Perkahwinan ini tidak dikurniakan cahayamata. Kes ini telah dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah dan kes ini dimenangi oleh Tengku Fakhry. Ibu Manohara pula mendakwa akan membawa kes ini ke Mahkamah Antarabangsa. Pada 13 September 2009 beliau telah menerima surat perlucutan sebagai pewaris tahta kerajaan Kelantan dari Majlis Perajaan Negeri Kelantan. Kerana tidak berpuashati dengan keadaan ini, pada 18 Disember 2009 beliau telah menfailkan saman kepada Pemangku Raja Kelantan, Setiausaha Kerajaan Negeri kelantan, Mufti Negeri Kelantan dan empat orang kerabat DiRaja. Pada Disember 2009 beliau telah telah membuat kejutan dengan mengeluarkan surat penarikan balik darjah kebesaran bergelar datuk kepada tujuh orang tokoh. Surat berkenaan telah dihantar kepada setiausaha kerajaan negeri kelantan, Datuk Mohd Asri Alias dan salinan kepada Nik Aziz. Keadaan ini seolah-olah membelakangkan kekandanya sebagai Pemangku Raja. Beliau juga akan berbincang dengan panel peguamnya untuk mengambil tindakan terhadap kerajaan negeri kerana tidak berpuas hati terhadap Ahli Panel Perubatan yang membuat laporan kesihatan Tuanku Al-Sultan Kelantan. Beliau mendakwa Raja Perempuan tidak dimaklumkan berhubung penubuhan panel ini dan tiada sebarang lawatan dan pemeriksaan dilakukan oleh panel ini keatas Tuanku sejak menerima rawatan di Singapura.
Yang Amat Mulia
Tengku Amalin A'ishah Putri bt Sultan Ismail Petra
Beliau merupakan puteri tunggal dan bungsu Tuanku. Dilahirkan pada tanggal 26 Jun 1985. Mendapat pendidikan dari University Islam Antarabangsa dalam bidang undang-undang. Pada 20 Jun 2006 beliau memulakan tugasnya sebagai majistret di Kelantan. Dengan perlantikan ini bermakna Beliau telah melakar sejarah sebagai Majistret Wanita pertama di Kelantan.
KDYMM Tengku Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim
Al-Marhum Tengku Yahaya Petra diputerakan pada 10 Disember 1917 di Istana Balai Besar, Kota Baharu, Kelantan. Naik tahta pada 10 Julai 1960 dan dikenali sebagai Sultan Yahya Petra. Sultan dan Yang Di-Pertuan Negeri kelantan yang ke 27. Baginda adalah anak lelaki kedua Sultan Ibrahim. Berkahwin dengan Yang Mulia Tengku Zainab pada 04 Jun 1939 dan dikurniakan dengan tujuh orang cahayamata iaitu seorang putera dan enam puteri tetapi 2 daripada puteri-puterinya mangkat sewaktu kecil. Dikurniakan gelaran Tengku Temenggong pada 21 Julai 1939, Tengku Bendahara pada tahun 1945 dan Tengku Mahkota Kelantan pada 01 Febuari 1948. Dilantik sebagai Timbalan Yang DiPertuan Agong pada 22 Julai 1970 dan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Ke VI (keenam) pada 19 Jun 1975. Baginda mangkat secara mengejut semasa menjadi Yang Di-Pertuan Agong Malaysia di Istana Negara pada tanggal 29 Mac 1979 jam 03:45pm dalam usia 61 tahun, 3 bulan dan 19 hari. Jenazah Baginda dibawa ke Kelantan dan dimakamkan di Makam DiRaja Langgar, Kota Baharu, Kelantan dengan penuh adat istiadat DiRaja Kelantan.
Bonda Tuanku Ismail
DYMM Tengku Zainab bt Almarhum Tengku Muhammad Petra
Raja Perempuan Kelantan
Diputerikan pada 07 Ogos 1917. Ayahandanya adalah Tengku Seri Utama Raja, Tengku Muhammad Petra manakala bondanya Tengku Kembang Petri bt Sultan Muhammad IV, Sultan Kelantan. Dianugerahkan gelaran Tengku Ampuan Mahkota pada 09 Ogos 1956, Raja Perempuan Kelantan pada 10 Julai 1910. Dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pada 19 Jun 1975. Baginda mangkat pada 10 Januari 1993 dalam usia 75 tahun di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan dan dimakamkan di Makam DiRaja Langgar, Kota Baharu, Kelantan.
No comments:
Post a Comment