Pejam celik pejam celik sudah 13 hari Allahyarham Tun Tan Sri (Dr) Fatimah meninggalkan kita semenjak tarikh 10hb Januari 2010. Tergerak hati Syah hendak melawat kuburnya pada hari ini sambil bersolat Jumaat di Masjid Negara.
Beginilah rupanya kubur Allahyarham Tun. Tiada taburan bunga mawar yang Syah lihat, mungkin tiada saudara yang datang melawat pagi tadi tak tahulah petang nanti. Terasa sunyi dan sepi kawasan ini. Jemaah pun masih belum ramai lagi memasuki Masjid. Sempat Syah sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham dan penghuni-penghuni Makam Pahlawan. Walau bagaimanapun Allahyarham tidak bersendirian disini. Ia ditemani oleh suami tercinta, Allahyarham Tan Sri Dato Hj Abdul Kadir bin Haji Yusof yang telah lebih awal disemadikan di Makam Pahlawan pada 14hb April 1992. Bertuah Allahyarham Tun dapat disemadikan bersebelahan suami tercinta. Semuga Rohnya (Allayarham Tun dan Suami) dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan muslimin/muslimat yang soleh. AMIN.
No comments:
Post a Comment