Friday, January 15, 2010

Anak Soleh - 15.11.2010

Baru tadi Syah dengar dan lihat di berita TV dan akhbar tempatan mengenai kes seorang bapa ditinggalkan dipusat dialisis oleh anak kandungnya sendiri sehingga ianya diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Inilah anak derhaka namnya. Sedih dan rasa berlinang airmata mendengarnya dan lagi tersentuh hati Syah bila mengetahui bahawa YMM Pemangku Raja Kelantan telah mengimamkan sendiri solat hajat untuk ayahandanya yang sedang gering (sakit). solat hajat ini telah diadakan di Stadium Sultan Muhamad IV, Kota Bahru, Kelantan semalam. Ini adalah contoh role-model ahlak seorang anak yang soleh.

Tetapi anda semua yang mempunyai anak jangan sesekali lupa, sebenarnya proses mendidik anak-anak yang soleh adalah tanggungjawab penuh ibu/bapa. Kita sebagai Ibubapa harus memberikan pendidikan sempurna yang berkaitan dengan fardu ain dan fardu kifayah kepada anak-anak terutamanya dalam mengharungi kehidupan serba mencabar yang mempengaruhi paten kehidupan masyarakat sekarang ini terutamanya anak-anak. Jika kita sebagai anak, jadilah anak soleh yang berpijak dibumi nyata. Jika tidak ada mereka, anda tidak akan wujud didunia ini. Hormatilah ibubapa kita, kerana tak rugi kita berkorban masa dan wang untuk mereka kerana mereka bukannya akan hidup menongkah dunia. Mungkin esok, lusa mereka akan diambil oleh Yang Maha ESA daripada kita. Jadi berikanlah mereka segala-galanya supaya kita tidak terkilan disuatu hari nanti. Bak kata pepatah Melayu menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.


Sabda Rasulullah s.a.w :


" اِذَا مَاتَ ابْنِ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ ".

Maksudnya : Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”.


No comments: