Hari Ini Syah ke Masjid Negara kerana ingin menyaksikan Istiadat Pengkebumian Negara untuk Tun (Dr) Fatimah Hashim yang meninggal dunia malam tadi. Sebelum itu Syah hendak cerita sedikit mengenai persediaan istiadat berkenaan sepertimana yang Syah saksikan di Masjid Negara. Syah sampai di Masjid Negara lebih kurang jam 12:00 tengahari. Cuaca agak panas hari ini. Allahyarham disemadikan bersebelahan dengan kubur suaminya, Tan Sri Abdul Kadir Yusoff bekas Ketua Hakim Negaran dan Menteri Undang-Undang dan Pembangunan Negara.Tugas-tugas istiadat pengkebumian negara ini diselengara oleh Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri dan Angkatan Tentera Malaysia. Kelihatan kakitangan BIUPA dan ATM menyelenggara kerja-kerja mengali kubur. Pekerja sedang bertungkus lumus menyediakan liang lahat untuk Allahyarham Tun.Nampaktak dekat kepala pekerja ini ada kabel elektrik tak silap Syah. Tak tahulah macam mana perancangan pihak berkenaan semasa menyediakan makam ini. walau bagaimanapun ianya tidaklah begitu menggangu kerana terkena sedikit sahaja. Walau bagaimanapun terdapat besi konkrit dalam liang lahat dan para pekerja terpaksa mendrill dan memotong besi berkenaan kerana jika tidak dibuang akan menggangu jenazah. Kedudukannya adalah dibahagian punggung jenazah. Itu yang Syah dengar semasa perbincangan mereka. Kerja-kerja ini mengambil masa sedikit tetapi tidak menjejaskan jadual asal pengkebumian.
Beberapa orang AJK sedang berbicang untuk memastikan segala urusan pengkebumian negara ini berjalan dengan lancar mengikut protokol yang telah ditentukan. Syah dengar ada yang bertanya kerana text itu covernya bewarna kuning takut nanti ada comment daipada pihak Istana. Mereka kata tak mengapa.
Para pekerja sedang sibuk membuat pesiapan terakhir Istiadat Pengkebumian Negara untuk Allahyarham Tun di Makam Pahlawan. Karpet dan kipas disediakan untuk para tetamu yang menghadiri istiadat pengkebumian negara ini.
No comments:
Post a Comment