Friday, January 22, 2010

Dinner - 22.01.2009

Inform Muss tak jadi balik Rumah Rawang. Syah sampai rumah jam 08:45pm. Muss call coz CD minta tolong masak nasi dan keluarkan udang dalam freez kerana dia nak buat Udang Masak Lemak. Sebelum mandi Syah masakkan nasi. Selepas solat Syah masakkan udang tu kerana bukanya susah sangatpun. Jadi bila mereka balik boleh makan, tak payah nak tunggu lama memasak. Syah masak udang masak lemak dan goreng telur. Roti John tu Muss belikan Syah. Cd kata beli dua tadi satu panjang dan satu pendek. Yang panjang mereka habiskan dalam kereta masa jalan jem di Ampang. Masak lemak udang cili api nie senang jer. Masukkan santan, daun kunyit, bawang merah tumbuk dengan cili api dan udang. Bubuh sedikit aji no moto dan garam. Biarkan mendidih dan angkat. Mudahkan. Telur goreng pula pecahkan telur dalam mangkuk, letakkan cili kisar, hirisan bawang merah dan daun sup. Kacau dan bubuh garam. Masukkan dalam kuali panas dan goreng hingga masak.

1 comment:

Nur Sarina said...

Salam ,banyak maklumat berkaitan dengan kesultanan melayu yang saudara tulis,maklumat ini sangat berguna bagi generasi kita dan yang akan datang.kebenaran untuk link ke
http://hazis.wordpress.com/salasilah-sultan-pahang/