Friday, January 22, 2010

Tuanku Muhriz Terima D.K. Selangor - 22.01.2010

Tahniah Syah ucapankan kepada DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir atas anugerah Darjah Kebesaran Negeri Selangor, Darjah Kerabat (D.K.) Yang Amat Dihormati, Darjah Kelas Pertama.
Tuanku Muhriz telah berkenaan menerima Darjah Kebesaran Negeri Selangor, Darjah Kerabat (D.K) Yang Amat Dihormati, Darjah Kelas Pertama daripada Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu istiadat ringkas yang telah diadakan di Istana Alam Shah, Kelang, Selangor pada hari Khamis bersamaan 21hb Januari 2010. Turut mengiringi Baginda adalah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan dan kedua-dua putera baginda, Tunku Ali dan Tunku Zain. Turut serta dalam majlis ini adalah MB Selangor dan Isteri, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Puan Sri Salbiah Tunut.


Darjah Kerabat (D.K.) Yang Amat Dihormati ini merupakan Darjah Kebesaran yang tertinggi sekali di Negeri Selangor Darul Ehsan. Darjah Kebesaran ini telah dizahirkan pada tahun 1961. Ia mengandungi seutas Kalung, Lencana Kalung, Bintang Darjah, Selepang dan Lencana Selepang. Darjah ini dikurniakan kepada kaum Kerabat Diraja di Malaysia. Di samping itu ia juga dianugerahkan kepada raja-raja negara lain sebagai tanda penghormatan dan persahabatan yang akrab dengan Baginda.

No comments: