Saturday, January 23, 2010

Sultan Johor Mangkat - 22.01.2010

Syah Merafak Sembah Takziah kepada Sultanah Johor, Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultanah Zanariah bt Almarhum Tunku Ahmad dan Kerabat DiRaja Johor atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Syah menelefon Istana Bukit Serene dan dimaklumkan bahawa Almarhum mangkat pada hari ini 22hb Januari 2010 jam 07:15pm di Hospital Pakar Puteri Johor Baharu. Sebab-sebab kemangkatan tidak dapat dipastikan lagi. Jenazah Almarhum akan ditempatkan di Istana Besar Johor Baharu. Rakyat jelata boleh memberi penghoratan terakhir bermula jam 09:00am hingga 10:30am manakala untuk orang-orang kenamaan bermula jam 11:00am hingga 12:30am. Almarhum akan dimakamkan di Makam DiRaja Bukit Mahmoodiah jam 02:00pm. Dengan kemangkatan ini Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor. Istiadat Permasyhuran Sultan Johor yang baru akan diadakan esok di Istana Besar Johor Baharu sebelum Jenazh Almarhum di bawa ke Permakaman DiRaja.

Almarhum pertama kali berkahwin pada 05hb Januari 1956 dengan seorang warga British, Che Kalsom bt Abdullah atau Josephine Ruby Treverrow of Torquay Cornwall. Walau bagaimanapun Almarhum telah berpisah dengannya pada 09hb Jun 1962. Berkahwin kali kedua pada 20hb Ogos 1961 dengan seorang kerabat Diraja Kelantan Tengku Zanariah binti Tengku Ahmad dan kemudiannya bergelar Sultanah Zanariah. Hasil daripada dua perkahwinan ini, Almarhum Baginda meninggalkan 2 orang putera dan 8 orang puteri :-


  1. Tunku Mahkota Johor DYAM Tunku Ibrahim Ismail - 22.11.1958 - Che Kalsom
  2. YAM Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail - 20.07.1970 - Sultanah Zanariah
  3. YAM Tengku Puan Panglima Diraja Selangor Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Al-Hajjah - Che Kalsom
  4. YAM Tengku Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah - 20.10.1957 - Che Kalsom
  5. KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Maimunah Iskandariah - 05.08.1960 - Che Kalsom
  6. YAM Tunku Hajjah Mariam Zahrah - 04.09.1962 - Sultanah Zanariah
  7. YAM Tunku Norain Fatimah - 17.07.1963 - Sultanah Zanariah
  8. YAM Tunku Maimunah Ismailiah - 20.10.1967- Sultanah Zanariah
  9. YAM Tunku Muna Najiah - 12.04.1973 - Sultanah Zanariah
  10. YAM Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahira Iskandariah - 06.06.1979 - Sultanah Zanariah

No comments: