Wednesday, January 13, 2010

Seorang Lagi Cucunda Sultan Brunei - 13.01.2010

Ini seorang lagi cucunda KDYMM Sultan Brunei yang telah dilahirkan pada hari Rabu, 16 Disember 2009 bersamaan 28 Zulhijah 1430 jam 06:59am. Baby ini adalah puteri kepada YTM Paduka Seri Pengiran Anak Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim bin Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaludin Al-Haj.

Pada 24 Disenber 2009, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar, Grand Chamberlain memaklumkan bahawa KDYMM Sultan Brunei telah berkenan untuk menamakan cucundanya sebagai Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raqeeqah Raayatul Bolqiah bt Pengiran Maharaja Setialaila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahman.

No comments: