Sultan Johor Pertama Era Moden @ Sultan Johor Ke-21
(02.02.1862 - 04.06.1895)
Baginda berkahwin sebanyak empat kali. Isteri-isteri Baginda adalah :-
- Che Puan Besar Wan Chik bt Dato' Bendahara Sri Maharaja Tun Muhammad Tahir dilahirkan dipahang pada 1843. Ayahandanya adalah Dato' Bendahara Sri Maharaja, Pahang dan bondanya Tunku Cik bt Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah, Sultan Kedah. Berkahwin dengan Baginda pada 1858.
- Che Puan Besar Zubaidah bt Abdullah atau Cecilia Catherina Lange. Dilahirkan di Badung, Bali pada 25.11.1849. Berkahwin dengan Baginda pada 1870. Beliau mangkat di Johor Baharu pada 01.06.1936. Beliau Berketurunan campuran Belanda dan Cina.
- Sultanah Fatimah bt Orang Kaya Ringgit Abdullah. Diputerikan di Hong Kong dan mangkat di Singapura pada 24.02.1891 dan dimakamkan di Makam DiRaja Mahmoodiah. Dilantik sebagai Sultanah pada 08.07.1886. Berkahwin dengan Baginda di Singapura pada Disember 1885.
- Sultanah Khadija Khanum. Berkahwin dengan Baginda pada 22.09.1893 di Istambul, Turki. Dilantik sebagai Sultanah pada 28.02.1894 di Istana Zahara, Johor Baharu. Seorang wanita berbangsa Turki. Mangkat di Woodneuk, Tangling, Singapura pada 01.02.1904 dan dimakamkan di Makam Temenggong.
- Tunku Ibrahim Iskandar dan kemudiannya di kenali sebagai Sultan Ibrahim dari bondanya Che Puan Besar Zubaidah.
- Tunku Mariam diputerikan di Istana Bidadari, Serangoon, Singapura pada 21.12.1871 oleh Che Puan Besar Zubaidah. Mendapat gelaran Tengku Ampuan Besar Mariam selepas berkahwin dengan Sultan Pahang, Sultan Mahmud.
- Tunku Besar Puteri .
- Tunku Azizah diputerikan 07.08.1887.
- Tunku Fatimah diputerikan pada 1891 oleh Sultanah Khadija.
Sultan Johor Ke-2 Era Moden @ Sultan Johor Ke-22
(04.06.1895 - 08.05.1959)
Diputerakan pada 17.09.1873 sebagai Tunku Ibrahim Iskandar di Istana Bidadari, Serangoon, Singapura. Merupakan putera tunggal Sultan Sir Abu Bakar. Bonda Baginda adalah Che Puan Besar Zubaida bt Abdullah atau Cecilia Catharina Lange. Dilantik sebagai Tunku Mahkota pada 23.05.1891 dan menaiki takhta pada 04.06.1895. Dimasyhurkan pada 07.09.1895 dan ditabalkan pada 02.11.1895. Baginda mangkat disisi Sultana Marcela dikediman Baginda di Grosvenor, Londan pada 08.05.1959 dalam usia 86 tahun. Kebanyakan masa Baginda berada diluar Negara dan dua tahun sebelum kemangkatannya, Baginda telah menetap di London. Jenazah Baginda dibawa pulang ke Johor menggunakan kapal laut yang memakan masa selama satu bulan perjananan. Pada 04 - 06.06.1959 Jenazah telah diletakan di Istana Besar Johor Baharu untuk Istiadat Penghormatan Terakhir sebelum dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah.
Baginda berkahwin sebanyak enam kali. Isteri-Isteri Baginda adalah:
- Sultanah Maimuna dilahirkan pada 15.11.1867 dan mangkat di Istana Pasir Pelangi pada 02.09.1909 dalam usia 42 tahun. Berkahwin di Istana Tyersall, Singapura pada 05.11.1892. Ungku Maimuna ialah anak perempuan Ungku Abdul Majid ibni Almarhum Tengku Temenggong Sri Maharaja Daeng Ibrahim. Dilantik sebagai Sultanah pada 02.11.1895.
- Sultanah Ruqaiya dilahirkan pada 04.09.1880 dan mangkat pada 08.03.1926 di Istana Pasir Pelangi Baharu dan dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah. Berkahwin pada tahun 1897. Dilantik sebagai sultanah pada 30.08.1920. Ada sesetengah pihak menyatakan baginda adalah berketurunan India.
- Che Puan Hasana @ Che Dara binti Dato' Ja'afar. Beliau merupakan anak perempuan Dato Ja'afar bin Haji Muhammad,MB Johor pertama, dan adik kepada Dato' Onn Jaafar. Dilahirkan pada tahun 1877 dan meninggal dunia pada 1926. Beliau telah bercerai dengan Tuanku.
- Ungku Intan binti Ungku Ahmad. Berkahwin pada tahun 1926. Ungku Intan ialah anak perempuan Ungku Ahmad bin Ungku Muhammad.
- Sultana Helen. Dilahirkan sebagai Helen Bartholomew pada 21.12.1889 di Glasgow dan meninggal dunia di Homeland Nursing Home, Cowfol, Horsham, Sussex pada 13.08.1977. Berkahwin pada 15.10.1930 di Working, Surrey dan dilantik sebagai Sultanah pada 18.11.1931. Beliau bercerai dengan Tuanku pada 31.12.1937. Sebelum berkahwin dengan Tuanku, beliau merupakan janda kepada William Brockie Wilson, Esq., dan Sultan Ibrahim merupakan suaminya yang kedua.
- Sultanah Marcella Ibrahim. Dilahirkan sebagai Marcela Mendel di Jerman pada 07.11.1915 dan mangkat di Grosvenor House, London pada 01.06.1982. Nama Islannya Fawzia bt Abdullah. Baginda merupakan anak perempuan kepada Edgar Mendel of Rumenia. Berkahwin di Caxton Register Hall, London pada 06.11.1940.
Hasil daripada perkahwinan ini Baginda dianugerahkan empat orang putera dan seorang puteri.
- Seorang anakanda lelaki yang dilahirkan oleh Sultanah Maimuna yang mangkat pada Ogos 1893
- Sultan Ismail - dilahirkan oleh Sultanah Maimuna
- Tunku Abu Bakar diputerakan di Istana Tyersall, Singapura pada 17.02.1898 oleh Sultanah Ruqaiya
- Tunku Ahmad diputerakan di Istana Bukit Serene pada 28.07.1898 oleh Che Puan Hasana
- Tunku Miriam diputerikan di London pada 18.09.1950 oleh Sultanah Marcela
1 comment:
Hi!
You may probably be very curious to know how one can make real money on investments.
There is no initial capital needed.
You may commense to get income with a money that usually goes
on daily food, that's 20-100 dollars.
I have been participating in one project for several years,
and I'll be glad to let you know my secrets at my blog.
Please visit blog and send me private message to get the info.
P.S. I make 1000-2000 per daily now.
http://theinvestblog.com [url=http://theinvestblog.com]Online Investment Blog[/url]
Post a Comment