Jika anda semua ada kelapangan silalah melawat Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Baharu sambil membaca Al-Fatihah atau Al-Quaraan untuk Almarhum Sultan Iskandar yang amat kita kasihi. Makam ini dibawah pentadbiran Pejabat Agama Islam Daerah Johor Baharu, Pusat Islam Iskandar Johor Darul Takzim. Waktu melawat adalah dari jam 08:00am hingga 06:00pm. Tak silap Syah esok adalah hari terakhir untuk melawat makam secara rasmi. Walau bagaimanapun makam ini terbuka untuk dilawati oleh orang ramai pada bila-bila masa. Untuk sebarang keterangan lanjut anda boleh menghubungi Pejabat Agama Islam Daerah Johor Baharu atau membuat pertanyaan melalui telefon ditalian 07- 2282940/42.
Pada sebelah paginya cucunda Almarhum, Tunku Abdul Jalil berangkat ke Makam Diraja Mahmoodiah pada jam 10:00am. Beliau tidak dapat menyertai istiadat permakaman kerana berada diluar negara. - Gambar Kosmo
No comments:
Post a Comment