Sunday, January 31, 2010

Toya Outstation - 31.01.2010

Today Muss outstation ke Kota Tinggi, Johor dan balik Jumaat nanti. Dia pergi dengan membernya Che Mazlan. Kali ini guna kereta Muss. Ok Take care and drive carefully. Muss minta syah balik KL today tapi tak boleh sebab ada urusan di Rawang. Katanya CD seriau tinggal seorang coz salim dah nak beranak. Hehehhehehehe

Aktiviti Hari Ini - 30.01.2010

Today Syah & Azrin watching Legion @ One Utaman, Damansara. Kononnya cerita nie mengisahkan yang Tuhan telah hilang keyakinan terhadap manusia yang sentiasa bermusuhan, berperang dan membunuh sesama mereka dan telah menghantar satu pasukan Legion untuk menghapuskan manusia. Katanya akan lahir seorang bayi yang akan menyelamatkan dunia dan terdapat bermacam-macam kejadian untuk memastikan bayi tu tak lahir kedunia. Disinilah malaikat bernama Michael dan Gabrial memainkan peranan mereka. Hehehehe no comment. So untuk ketahui lanjut apa dia.......... kena tengok sendiri cerita nie di panggung wayang atau beli cd atau layari internet untuk mengetahui kisah selanjutnya.
Dari One Utama ke Setapak/Danau Kota untuk beli VCD dan Makan. Dinner today @ Malis Corner, Syah makan ayam goeng jer dan azrin makan kew teow & ayam goreng, minuman teh ais dan milo panas, semuanya RM15.60. Lepas tu ke kedai CD. Salah satu CD yang dibeli The Bodyguard and Assassins. Azrin beli not me. Ingat nak beli The Tudor kisah TV series mengenai King Henry VIII Raja England. Nantilah kemudian........

Saturday, January 30, 2010

Raja Baru di Malaysia - 30.01.2010

Tahukan anda terdapat dua orang Raja-Raja Melayu yang baru bertahta dalam Institusi Beraja di Negara kita. Mereka ini adalah Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang telah ditabalkan pada 26.10.2009 sebagai Yam Tuan yang baru menggantikan Paduka Ayahanda Saudara Baginda, Almarhum Tuanku Jaafar yang telah mangkat pada 27.12.2008. Manakala Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang baru pada 23.01.2010 menggantikan Paduka Ayahanda Baginda Almarhum Sultan Iskandar yang telah mangkat pada 22.01.2010.
Semuga Allah Lanjutkan Usia Tuanku Berdua dan Dapat Memerintah Negeri Dengan Aman dan Damai.
Daulat Tuanku.....Daulat Tuanku....Daulat Tuanku.
Dirgahayu Tuanku Patik.
DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Tunku Ampuan Besar bersama putera-putera Baginda.
DYMM Sultan dan Sultanah Johor bersama Putera dan Puteri Baginda.

Mengemas - 30.01.2010

Hari nie Syah sibuk mengemas. Mula-mula buang lalang depan rumah yang dah merimbun tue. Tension pulak dibuatnya sampai gatal-gatal dan luka-luka tangan dan lengan kena lalang tu. Tapi tak apa caz nampak kemas sket pokok-pokok yang Syah tanam kat depan rumah tu.
Lepas tu Syah cuci lantai depan rumah, basuh meja rehat, dua buah kereta dan siram bunga. Lepas nie nak basuk kain pula. Untung campak jer dalam mesin tapi kena buat dua cucian coz banyak kumpul dalam minggu-minggu lepas.

Hehehehhhe ini bukan rumah cinalah, rumah Syah di Rawang. Memang letak tanglung nie dari dulu lagi. Tiap-tiap tahun tukar. Jap lagi nak tukar sebelum tahun baru cina 14 Feb nie.

Takziah buat Zaidatul - 29.01.2010

Takziah kepada Zaidatul Zainal Abidin kerana bonda yang dicintainya telah meninggal dunia malam nie jam 09:30 dan akan dikebumikan esok 30.01.2010. Syah dapat SMS daripada Rohizad Ismail. Sebelum balik dari office tadi ada ternampak Zaidatul sedang meeting di office Syah.
AL- FATIHAH ..........Semuga Allah menempatkan rohnya bersama orang-orang yang soleh dialam barzah.......... AMIN>

Dinner @ tomyam - 29.01.2010

Malam nie di Rawang lagi. Sampai Rawang lebihkurang jam 07:30pm. Naik Komuter, punyalah padat macam ikan sardine coz banyak orang balik keranan KL cuti Isnin ini Hari Wilayah. Tersepit semuanya sampai ada yang mengamuk, tapi apa boleh buat tak ada pilihan, sabar jer lah. Nak ambil gambar pun tak boleh coz tak dapat ambil kamera dalam beg, nak ambilpun fikir dua kali, bukan apa nanti kena sound dengan orang2 yg sedang tension dalam train tu. hehehehhehe.Kat Rawang Syah memang tak masak. So dinner jer dikedai tomyam. Mlm nie makan nasi putih, ikan siakap kukus halia, Kailan goreng, udang goreng tepung, teh panas dan lai chi kang. Semuanya RM45.00.

Friday, January 29, 2010

Nash Last Day - 29.01.2010

Today our practicle student Nash atau nama sebenarnya Mohd Nashriq Nathiman last day di TM. Pada awek-awek diluar sana yang nak kenal dia boleh e-mail ke welcome2_jungle@yahoo.com. Birthday dia 08.01.1988, Student Dimploma in Management With Multimedia. Stay di area Wangsa Maju, KL. So Syah dan member-member ambil kesempatan bergambar kenang-kenangan bersama Nash. Actually kita di LDD ada masalah dengan student dari Multimedia College yang boleh dikatakan agak "nakal" based on our previouse experience with them. Ingatkan Nash nie sama juga tapi lain rupanya.
Nash, Ab Razak, Ruzauddin & Widda.

We all Pernah mention dengan dia mengenai perkara ini dan dia jawab saya akan tunjukkan tak semua student MMC macam tu. Dia kotakan apa yang dia cakap. Memang dia seorang yang proactive, responsif dan rerspect pada orang yang lebih tua darinya. Memang kita orang terasa kehilangan seorang budak yang banyak membantu kami dalam melaksanakan tugas-tugas didalam dan luar (outstation) pejabat. So Nash, all the best and hope you will be success out there and keep up the good work.
From left: Tukiman, Syah, Ab Razak, Nash, Mr G.S. Arumugam, Ruzauddin, Suhainih, Miza, Hasmah and Widda.

Dinner @ Hailam Kopitiam - 28.01.2010

Malam tadi balik Rumah Rawang. Sampai hampir jam 07:00pm dan ajak Azrin cari tempat makan. So Azrin cadangkan dinner di Pak Hailam Kopitiam dan dalam masa yang sama Syah nak lihat TESCO Rawang yang baru dibuka. Hailam Kopitiam nie tak silap Syah ownernya Jailani Sidik, bekas pemain badminton negara tu. Besar lagi gambar dia didepan dan dalam kedai. Dinner malam nie Syah makan asam laksa & milo O panas dan Azrin mee kari dan teh ais special. Disini ada dijual wholemeal read bean pau. Yang dekat tangan Syah itew. Sedap ................. seriouse.

Tunku Mahkota Johor Yang Baru - 29.01.2010

Tahniah kepada Raja Muda Johor, YAM Tunku Ismail atas perlantikan sebagai Tunku Mahkota Johor oleh Paduka Ayahandanya pada hari Khamis bersamaan 28.01.2010 dalam satu istiadat yang dijalankan di Istana Besar Johor Baharu. Pemasyuharan dilakukan oleh Sultan Ibrahim pad jam 03:20pm berdasarkan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895. Mengikut Jabatan Diraja Johor, Istana Besar Johor Baharu, gelaran baru YAM Tunku Ismail adalah Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Syah bertanya mengapa didalam akhbar ada ditulis nama Tunku Mahkota sebagai Tunku Ismail Idris dan dimaklumkan bahawa nama yang diberi tadi adalah yang sebenarnya.
Gambar DYAM Tunku Mahkota Johor semasa Istiadat Pertabalan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti pada 26.10.2009 - Pic by Tengkusyah.
DYAM Tunku Ismail merupakan putera sulung Tuanku Ibrahim dan dilahirkan pada 30hb Jun 1984. Dilantik sebagai YAM Raja Muda Johor oleh Almarhum Paduka Nendanya pada 08.04.2006. Turut hadir dalam istiadat ini adalah Kerabat Diraja, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, barisan EXCO dan Anggota Dewan Undangan Negeri Johor, Pegawai-Pegawai Kerajaan, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dan isteri Datin Prof Dr Jamilah Ariffin dan Kakitangan Kerajaaan.

Thursday, January 28, 2010

Lunch @ Soto Special - 28.01.2010

Hari ini AB Razak belanja Syah dan Kak Hasmah lunch Soto sempena farewell untuk practicle student Nash. Esok Nash akan menamatkan practicalnya di unit Syah.
Syah & Kak Hasmah. Nash nie student Multi Media College di Jalan Gurney Kiri, Kuala Lumpur. Dia ambil course Diploma in Management with Multimedia.
Nash & Ab Razak. Ok take care Nash and keep up the good work. Insyallah we all doakan agar Nash cepat dapat kerja.
Ada banyak pilihan soto disini iaitu Mee atau Meehon Soto seperti gambar di atas dan di bawah Soto sahaja. Kuih muihpun ada dijual tapi tak banyaklah. harganya satu RM3.00. Gerai nie terletak di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Ampang Yong Tau Foo - 27.01.2010

Today we all dinner di Ampang Yong Tau Foo di area Ampong Point dan Hospital Ampang Puteri, Ampang. Mus fetch Syah di Ampang Park LRT Station and then pick up CD di 7E Taman Kosas.
Muss buat order. Dia biasa makan kat sini Syah ikut jer. Azrin pula kalau makan Yong Tau Foo dia suka ke Taman Permata. Makan malam nie mula-mula aunty tu bagi bill harga RM45.00 tapi rupanya salah kira dan harga baru RM55.20. Muss belanja.
Ikan Kerapu Stim. Syah tak berapa suka tapi Muss dan CD kata sedap. Syah tak suka sebab sosnya dicampur dengan santan kelapa.
Yang ini memang best. Ada sayur, ayam goreng dan yong tau foo rebus dan goreng. Kenyang betul malam tadi.

Wednesday, January 27, 2010

Lawatan Ke Makam DiRaja Mahmoodiah - 27.01.2010

Jika anda semua ada kelapangan silalah melawat Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Baharu sambil membaca Al-Fatihah atau Al-Quaraan untuk Almarhum Sultan Iskandar yang amat kita kasihi. Makam ini dibawah pentadbiran Pejabat Agama Islam Daerah Johor Baharu, Pusat Islam Iskandar Johor Darul Takzim. Waktu melawat adalah dari jam 08:00am hingga 06:00pm. Tak silap Syah esok adalah hari terakhir untuk melawat makam secara rasmi. Walau bagaimanapun makam ini terbuka untuk dilawati oleh orang ramai pada bila-bila masa. Untuk sebarang keterangan lanjut anda boleh menghubungi Pejabat Agama Islam Daerah Johor Baharu atau membuat pertanyaan melalui telefon ditalian 07- 2282940/42.
Orang ramai dari segenap pelusuk Johor dan luar Johor menziarahi makam Almarhum Sultan Iskandar dengan membaca Alfatihah dan Al-Quraan. Syah memang teringin melawat Makam ini tapi tak ada kesempatan atas sebab-sebab perkhidmatan, Insyallah Syah akan sampai juga nanti.- Gambar BH
Sultanah Zanariah dan YMM Tengku Ampuan Besar Najihah Tunku Besar Burhanuddin membaca yasin di Makam Almarhum Sultan Iskandar sambil ditemani oleh Kerabat DiRaja Perempuan Johor pada 24.01.2010 jam 02:30pm. - Gambar BH

Pada sebelah paginya cucunda Almarhum, Tunku Abdul Jalil berangkat ke Makam Diraja Mahmoodiah pada jam 10:00am. Beliau tidak dapat menyertai istiadat permakaman kerana berada diluar negara. - Gambar KosmoPada 25.01.2010 Mantan Naib Presiden Indonesia, Yusuf Kalla dan rombongan yang mewakali kerajaan Indonesia mengadakan kunjungan takziah keatas Almarhum Sultan Iskandar. Beliau dan rombongan menghabiskam masa selama kira-kira 15 minit di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah. - Gambar BH

Sultan Kedah Pemangku Yang di-Pertuan Agong - 27.01.2010

Pada hari Selasa bersamaan 26hb Januari 2010 Sultan Kedah, KDYMM Tuanku Halim Mu'adzam Shah yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia telah diistiharkan sebagai Pemangku Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan akan menjalani rawatan fisioterapi di sebuah kelinik pakar dalam pemulihan ortopedik, traumatologi dan kardiologi di Medical Park, Bad Wiessee, St. Hubertus, Jerman selama 21 hari. Baginda telah berangkat ke Munich diiringi oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah serta anakanda Baginda.

Datuk Seri Najib Tun Razak menyambut keberangkatan tiba Tuanku dan Sultanah Kedah Tuanku Hamimah dan rombongan di KLIA. Turut serta Datin Sri Rosmah dan Senator Major Genral (B) Datuk Jamil Khir Baharom. - Gambar BH
Watikah pengistiharaan telah disampaikan oleh PM, Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Darul Aman, Jalan Kedah, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur. Selepas watikah perlantikan dibacakan oleh PM, Tuanku telah berkenaan menandatangani watikah berkenaan yang membolehkan Baginda menjalankan tugas-tugas Yang Di-Pertuan Agong selama sebulan mulai 26hb Januari 2010 hingga 25hb Februari 2010.

Tuanku berkenan menandatangani watikah perlantikan sebagai Pemangku Yang di-Pertuan Agong di Istana Darul Aman, Kuala Lumpur. - Gambar BH

Terdahulu dari itu Tuanku Abdul Halim telah berkenaan melantik empat anggota Jemaah Pemangku Sultan Negeri Kedah Darul Aman bagi menjalankan tugas-tugas rasmi Sultan Kedah semasa Baginda menjalankan tugas rasmi Pemangku Yang di-Pertuan Agong. Anggota Jemaah Pemangku ini terdiri daripada Tengku Bendahara sebagai Yang DiPertua dan tiga anggota Jemaah Pemangku terdiri daripada Tunku Temenggong Kedah, Tunku Laksamana, dan Tunku Panglima Besar. Istiadat perlantikan telah berlangsung di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, Kedah. Keempat-empat anggota jemaah telah melafazkan sumpah yang disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Hussin dan Ketua Hakim Syarie Datuk Wira Sheikh Yahya Jusoh. Baginda bertitah agar Rakyat Kedah memberi sokongan dan taat setia kepada anggota Jemaah Pemangku Sultan yang telah dilantik dan meminta agar anggota-anggota Jemaah Pemangku Sultan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan adil untuk kepentingan rakyat.Tunku Bendahara Kedah, YTM Dato' Seri Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Yang Dipertua Jemaah Pemangku Sultan Negeri Kedah Darul Aman.
Tunku Temenggong Kedah, YTM Dato' Seri DiRaja Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishsh, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman
Tunku Laksamana Kedah, YTM Dato' Seri DiRaja Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Negeri Kedah Darul Aman
Tunku Panglima Besar Kedah, YTM Dato' Seri Tunku Puteri Intan Shafinaz binti KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman

Tuesday, January 26, 2010

LRT Delay - 26.01.2010

Today macam biasa Muss drop Syah di Stesyen Wangsa Maju. Sampai lebih kurang 06:40am, budget time Syah sampai sini lebih kurang jam 06:30am - 06:50am, jika tidak penuh sesak stesyen. Wangsa Maju adalah salah satu stesyen yang paling padat terutamanya waktu puncak. Masuk sahaja stesyen dengar announcement train akan bergerak agak lambat dan berhenti lama di setiap stesyen kerana ada masalah di laluan hadapan. Alamak........ Buat hal lagi LRT pagi-pagi nie. Sure stesyen akan sesak dengan penumpang kerana jika seminit sahaja delay akan pax lah waiting area. Kebiasaannya jika Jika naik jam 07:00am di stesyen Wangsa Maju nie memang stesyen-stesyen seterusnya susah untuk orang masuk sebab dah penuh, inikan pula jika ada masalah macam nie. Sure ramai lambat masuk kerja hari ini. Bila masuk train adalah 5 - 8 orang sahaja boleh masuk bagi setiap pintu kerana telah penuh dengan passanger dari stesyen sebelumnya. Berhimpit-himpit. Semua ambil kesempatan meloloskan diri kedalam train jika ada ruang. Kadangkala nampak muka tak puas hati passanger dengan gelagat orang yang nak masuk juga kerana mengejar masa. Beginilah keadaan pengguna perkhidmatan pengangkutan awam. Nak tak nak kena terima jua sebab tidak ada pilihan lain. Syah sampai LRT Kerinci lebih kurang jam 07:40am. Dengar announcement kata ada problem diantara laluan LRT Putra ke Setiawangsa pula. MASAK.............................. siapa yang dalam Train. Teringat cerita hindustan dan keratapinya

Monday, January 25, 2010

Keberangkatan Pulang Tuanku dan VVIP - 25.01.2010

Istiadat Pengkebumian Negara untuk Tun Ghazali Shafie selesai lebih kurang jam 02:30pm. Sebelum berangkat pulang DYMM Sultan Ahmad Shah dan VVIP sempat berlegar-legar seketika di Makam Pahlawan bertemu para hadirin terutamanya kaum keluarga Allahyarham Tun.
Tuanku mengucapkan takziah kepada salah seorang anak Allahyarham Tun. Syah sempat mendengar Tuanku memaklumkan bahawa dia mengenali Allahyarham Tun semenjak Baginda berumur 16 tahun lagi. Tuanku juga sempat beramah mesra dengan kaum keluarga Allahyarham Tun dan memaklumkan bahawa Baginda baru balik dari Sungai Lembing. Allahyarham Tun adalah anak jati Kuala Lipis, Pahang.
Tuanku, Pak Lah dan Tun Khalil bergambar dengan seorang wartawan. Wartawan tu minta seorang anggota polis ambilkan gambarnya. Tuanku sempat bergurau kepada wartawan berkenaan katanya Jangan tulis pasal saya yer, saya tak ada apa-apa tau, sambil Baginda dan hadirin ketawa. Walaupun nampak tegas tapi very friendly Tuanku Sultan Ahmad Shah rupanya.
Inilah kenderaan rasmi Sultan Pahang, KDYMM Tuanku Sultan Ahmad Shah.
Macam nielah keadaan Tuanku, sentiasa tersenyum dan tak lepas dengan kelakarnya sebelum Tuanku memasuki kenderaan rasmi Baginda. Baginda ditemani oleh Menteri Besarnya. Selamat Jalan Tuanku. Dirgahayu Tuanku Patik. Ini pula kenderaan rasmi Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka.
Tun Khalil melambai kepada semua sambil diperhatikan oleh Pak Lah sebelum memasuki kenderaan rasmi beliau. Syah perhatikan memang style Tun suka angkat tangan macam nie.
Ini pula kenderaan rasmi Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi @ Pak Lah. Lepas nie Syah balik office jalan kaki ikut KTM kemudian naik LRT ke Menara TM, Jalan Pantai Baharu. Penat tapi puas kerana dapat ziarahi Allahyarham Tun dan solat jenazah untuk beliau. Gembira juga kerana dapat berjumpa Sultan Ahmad Shah, Tun Khalil dan Tun Abdullah dari dekat. Dekat sangat kedudukan Syah dengan TYT dan Tuanku semasa Istiadat Pengkebumian Negara Allahyarham Tun Ghazali Shafie.

Tun Ghazali Selamat Dikebumikan - 25.01.2010

Hari ini Syah ke Masjid Negara untuk menghadiri Istiadat Pengkebumian Negara untuk Allahyarham Tun Ghazali Shfie. Thanks to Boss Syah, Moin kerana izinkan Syah kelaur sekejap. Shukur Alhamdulilah Jenazah Allahyarham Tun Ghazali Shafie yang meninggal dunia semalam jam 07:45pm dalam usia 88 tahun telah selamat dikebumikan dengan penuh adat istiadat Pengekebumian Negara di Makam Pahlawan, Masjid Negara sebentar tadi. Turut hadir semasa pengkebumian adalah KDYMM Sultan Ahmad Shah Pahang, TYT Melaka Tun Khalil Yaakub, Mantan PM Malaysia Tun Abdullah, MB Pahang, ahli-ahli politik, duta-duta, kerabat diraja, kaum keluarga Allahyarham Tun dan masyarakat Kuala Lumpur. Semuga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh di alam barzakh. Alfatihah. Amin.