Thursday, November 4, 2010
Istana Raja Perlis Tidak Terjejas Banjir - 04.11.2010
Sambutan Hari Deepavali - 04.11.2010
Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishna. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia. Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.
Perjalanan lancar hari ini - 04.11.2010
Wednesday, November 3, 2010
Tahniah, AMN untuk Abang Zahir - 03.11.2010
Cuti Today - 03.11.2010.
Sultan Bawa Tuah Kemenangan Piala Malaysia - 03.11.2010
- Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 26.10.2009. Pada 18.11.2009 pasukan Negeri Sembilan mengalahkan Kelantan 3-1 dan meletakkan Negeri Sembilan sebagai juara setelah menunggu hampir 61 tahun semenjak kali terakhir menjadi juara pada 1948.
- Kebawah Duli yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V telah di masyhurkan sebagai Sultan Kelantan menggantikan Paduka Ayahanda baginda yang telah lama gering pada 13.09.2010. Pada 30.10.2010 Negeri Kelantan telah menewaskan Negeri Sembilan 2-1 untuk merebut tahta sebagai juara Piala Malaysia setelah 55 tahun menjadi bekas juara.
Kita tunggu dan lihat pula pada tahun hadapan, adakah fenomina yang sama akan berulang lagi untuk menentukan negeri mana menjadi Juara Piala Malaysia.
Tuesday, November 2, 2010
Sandwich Everybody - 02.11.2010

Berbalik pada menu malam nie, Syah makan sandwich sahaja. Syah tiba di Rawang Residence macam biasa selepas Maghrib. Selepas solat dan start AEL Syah ke kedai runcit belakang rumah untuk beli 2 botol Spritzer Mineral Water dan Bahan-Bahan untuk buat sandwich. Nak buat sandwich nie senang jer. Bahan-bahannya Gardenia Wholemeal Bread, Ayam Brand Tuna Mayonnaise, Naturel Low Fat Marjerine, Kobis dan Timun. Syah buat sandwich 3 lapis. Sapukan roti dengan majerine dan tuna berselang seli atau ikut mana yang anda suka. lapisan pertama letakkan tomato dan lapisan kedua kobis yang dihiris halus (macam coleslaw). Potong dua roti berkenaan dan sedia untuk dihidangkan. Nak Namakan Sandwich nie apa yer? hemmmm........... Royal Tuna Vegi Sandwich, boleh. Cubalah yer .............. Makan Semua.
Western Food Lagi For Lunch - 02.11.2010

Happy Belated Birthday My Beloved Sister Intan - 02.10.2010
Waktu lunch semalam 01.11.2010, Syah lari sekejap ke KLCC coz hendak belikan My Sister Intan birthday present. Ingatkan hendak belikan dia purse GUESS tetapi kedai tu ditutup sementara untuk renovation. So Syah ke kaunter Guess diIsetan tapi tak ada yang berminat. Kemudian Syah terus ke Bonia counter @ Parkson. Akhirnya Syah bilih purse diatas itew untuk my Lill Sis. Harganya selepas 20% diskaun adalah RM161.40. Sebenarnya birthday dia jatuh pada hari yang dinanti-nantikan oleh sesetengah orang untuk diabadikan sebagai kenang-kenangan iaitu tarikh 10.10.10 lepas. According to my Ayahanda, Intan dilahirkan pada jam 10pm, Sabtu malam Ahad 10.10.1971. Lama dah Syah janji nak belanja dia makan sempena birthday dia tapi baru semalam baru ada masa terluang. Syah buat appointment dengan Muss dan Cd untuk keluar makan celebrate Intan Birthday. Asalnya hendak beli satay dan makan dirumah Intan tapi tiba-tiba datang idea ajak mereka makan diluar sahaja. So on the way ke Selayang, Syah call intan dan dia kata ada di Selayang Mall. Syah kata nak ajak dia makan-makan sempena birthday dan dia kata tak payahlah Along.... tapi akhirnya dia setuju juga dan minta we all tunggu di Selayang Mall.
Inilah Syah dan My Beloved Sister Intan. Intan nie ikut genetik my Ayahanda iaitu berbadan tinggi dan besar tapi tidak gemuk. Syah lebih ikut my Almarhumah Bonda kecil jer atau my sister masa kecil-kecil dulu suka sakat Syah kata Syah pendek. Sampai di Selayang Mall we all tunggu Intan dan hubby dia datang dan kemudianya we all dinner di Chop N Steak di Selayang Utama berhampiran Selayang Mall sahaja. Restoran ini tepi jalan jer dan ada banyak pilihan tempat duduk. Diluar atau didalam atau didalam pondok. Restoran ini adalah cawngan restoran Chop N Steak di Kampung Baru tu. Kalau anda pernah makan makanan western di Kampung Baru yang ada kapal didalamnya, inilah restoran tu, dengarnya anak dia yang handdle cawangan nieh. Lepas makan Syah serahkan hadiah tu pada Intan dan dia macam menangis dan nampak happy sangat lalu diciumnya Syah sambil ucap terima kasih. Mungkin dia tak sangka Syah bagi gift tu sebab ini adalah pertama kali Syah beri dia hadiah birthday dan celebrate sama-sama. Katanya dia nak tunjukkan kat kawan-kawan dia esok. Actually dalam family Syah we all jarang celebrate birthday party nie. Lepas lepak sekejap wea all bergerak ke destinasi masing-masing. By the way Happy Belated Birthday My Beloved Sister Semuga DiPanjangkan Umur dan Dimurahkan Rezeki. AMIN. Beli 1 Wallet Dapat Upah Satu - 02.11.2010
Masa ke Jalan Tunku Abdul Rahman, Sabtu lepas Syah singgah SOGO dan Mak Aiii........... ada sales rupanya dan gila-gilapunya diskaun dari 20% hingg 70%. Selepas balik ke rumah Syah call member di UK inform ada sales dan dia minta carikaan wallet yang panjang tapi kecil (slim) coz katannya di tempat dia ada tapi saiznya besar. So keesokan harinya Syah ke SOGO untuk tunjukkan wallet tu melalui video call tapi hampeh tak boleh guna, penat jer pinjam phone Muss. Heheheheheh sampai Muss inform kalau phone dia hilang bayar RM3,000.00 sebab dia takut kan Syah nie pelupa nanti hilang phone dia tak kemana.
Jadi inform member tu guna phone jerlah jawabnya. Kesana kesini Syah pergi dan akhirnya dia minta beli Bonia dan inform jangan beli sembonia. kalau anda semua hendak tahu Bonia nie dibuat daripada kulit sepenuhnya (biasanya kulit lembu) manakala Sembonia adalah Synthetic Leather atau Kulit Tiruan. Bonia ada warranty satu tahun manakala Sembonia tiada. Dia suruh Syah beli dua coz satu untuk dia dan satu untuk Syah tapi Syah tak sampai hati nak beli item yang sama kerana harganya RM239.20 itupun sudah diberi 20% discount. So ............... Syah cari Polo sahaja coz harganya cuma RM89.50 jer. Gambar diatas tu wallet Bonia dan yang dibawah tu my Polo Wallet. Syah bayarkan dahulu dengan tenyeh kad kredit dan dia akan bayar semula masa balik cuti Raya Korban nanti.Monday, November 1, 2010
Majlis Amal Deepavali - 01.11.2010
Dalam majlis ini YB Datuk telah sudi menyampaikan hamper kepada anak-anak yatim dan orang-orang tua/kurang upaya sekitar Kuala Lumpur. Syah tertarik dengan ucapan YB Datuk yang memaklumkan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan keunikannya ini tidak terdapat di lain-lain negara di dunia. Katanya Malaysia telah menjadi sebuah negara maju dalam tempoh 50 tahun dan asas kejayaan ini adalah PERPADUAN KAUMNYA. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Menteri Wilayah Prsekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana perihatin terhadap masyarakt India dan memastikan kaum india tidakl tertinggal dalam arus pembangunan. YB juga menyarankan agar perpaduan antara kaum diperkukuhkan lagi bagi mencapai misi/visi 1 Malaysia. Sambil tersenyum YB menyatakan tahun ini kaum India berasa bertuah kerana menyambut perayaan Deepavali sebanyak dua kali tahun ini iaitu- Apabila Little India dirasmikan oleh dua orang Perdana Menteri dan
- Perayaan Deepavali pada 05 November nanti
YB Datuk kemudiannya meminta izin daripada hadirin untuk berucap dalam bahasa tamil pula. Selepas penyampian hamper, diadakan pula jamuan makan malam untuk semua yang berada dikawasan berkenaan di hadapan kedai Haniffa. Syah tak makan kerana Syah malas nak beratur ramai-ramai cam itu. By the way program ini telah ditaja oleh Star Point Hotel, Haniffa, Digi, Gayathire Silk Palace dan Mydin disamping beberapa co-sponsor yang lain.
Gotong Royong - 01.11.2010

Inilah group Syah yang dipanggil Group 5 terdiri dari kiri sekali Syah, Mohd Abdul. Bashir Zakaria, Zaidah Baba, Maryati Mahmud dan Boss Syah Abdul Moin Hassan disamping dibantu oleh dua orang kakitangan teknikal. Kami telah diberi tanggungjawab untuk membersihkan Kabinet BN028. Apa yang kami lakukan adalah membersihkan kawasan sekitar kabinet, menanggalkan semua iklan-iklan yang ditampal oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Bila semuanya sudah bersih kami mula mengecat mengikur spesifikasi warna yang telah ditetapkan mengikut standard TM. Semasa kami menjalankan tugas beberapa orang dari production group datang mengambil gambar aktiviti-aktivitiyang kami lakukan dan kemudiannya Dr Zainal dan rombongan pula melawat kami. Setelah selesai dan berpuashati kami pulang semula ke Surau Al-Falah.
Friday, October 29, 2010
En Barudin Meninggal Dunia - 29.10.2010
Inilah Syah - 29.10.2010
Kepada Pembaca Blog Syah Yang di Kasihi Semua, Ini Adalah Video Syah yang Dirakamkan Oleh My Bro Muss Semasa Di Ampang Park Shopping Complex. Biasanya Anda Semua Melihat Syah Melalui Gambar dan Sekarang Syah Sertakan Rakaman Video Syah Untuk Tatapan Semua. Jika Berjumpa Syah DiLuar Sana Tegur-Tegurlah Yer........... Terima Kasih Atas Sokongan Anda Kerana Tanpa Kalian Semua Siapalah tengkusyah.blogspot.com.
Mee Jawa - 29.10.2010
Traffle untuk Breakfast - 29.10.2010

Tersepit DiCelah Penumpang - 29.10.2010

Hampir 07:30am Komuter sampai dan disebabkan orang ramai Syah tak dapat duduk dan terpaksalah berdiri selama satu jam dari Rawang ke KL Sentral. Tak mengapa dah biasa dah dengan keadaan begitu. Gambar diatas tu semasa di Stesyen Rawang dan gambar dibawah pula di Stesyen seterusnya hingga sampai ke Kuala Lumpur. Ini adalah keadaan biasa yang kami sering hadapi sepanjang hari terutamanya on the peak hours. Kadangkala kedengaran suara-suara yang tidak menyenangkan kerana tension coz dahlah sempit tapi penumpang lain bertolak-tolak untuk masuk juga kerana mengejar masa. Perkataan "Tak Reti Bahasa", "Bodoh" , mencarut dan berbagai lagi sudah menjadi kebiasaan bagi penumpang Komuter nie. Jika anda tidak biasa naik perkhidmatan awam diwaktu puncak sebegini tentu anda akan terkejut beruk mendengar kata-kata tu tapi kami dah lali dah............... . KTM haruslah mencari jalan penyelesaian secepat mungkim memandangkan permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan mereka manakala perkhidmatan yang ditawarkan tidak mencukupi. Sudah tentunya KTM memperolehi pendapatan yang lumayan dari kami sebagai pengguna dan gunakanlah sedikit keuntungan itu untuk memudahkan kami semua.Thursday, October 28, 2010
Balik Rawang - 28.10.2010
Empat Kunci Kemurkaan - 28.10.2010
Sebentar tadi Syah menerima e-mail dari seorang kenalan bertajuk Empat Kunci Kemurkaan iaitu sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabrani dan al-Baihaqi. Syah hendak berkongsi bersama anda semua dipetang Khamis Malam Jummaat ini :-
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Empat kalangan yang pada waktu pagi mereka dimurkai Allah dan pada waktu petangnya juga dimurkai Allah. Abu Hurairah bertanya: Siapa mereka wahai Rasulullah? Jawab baginda:” Orang lelaki yang berlagak seperti wanita, kaum wanita yang berlagak seperti lelaki. Orang yang bersetubuh dengan binatang dan orang yang melakukan hubungan sejenis.” (At-Tabrani dan al-Baihaqi)
Huraian
- Allah S.W.T melaknat orang yang melakukan perbuatan keji dan terkutuk seperti golongan bapuk (maknyah), perempuan yang berperwatakan lelaki, mereka yang bersetubuh dengan binatang dan orang yang melakukan homoseks dan lesbian.
- Semua perbuatan ini jelas menunjukkan penentangan terhadap hukum fitrah manusia yang seolah-olah menolak ketetapan Allah S.W.T. Mereka membiarkan hawa nafsu menguasai diri hingga sanggup melakukan perkara mungkar bahkan lebih jijik lagi sanggup bersetubuh dengan binatang.
- Sesungguhnya manusia adalah makhluk yang amat dimuliakan oleh Allah S.W.T. Sewajarnya mereka bertindak selaku orang yang berakal fikiran bukan seperti binatang yang bernafsu buas tanpa mengenal buruk baik, halal dan haram.
- Syaitan adalah musuh utama manusia. Setiap perbuatan buruk yang dilakukan adalah petanda bahawa seseorang itu sudah terpengaruh dengan godaan dan hasutannya.
225 Individu Menerima Darjah Kedesaran Daripada Yang Di-Pertuan Agong - 28.10.2010
Hari ini sekali lagi diadakan istiadat penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Balairong Seri Istana Negara. Hari ini seramai 225 individu dijadualkan penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat berkenaan seperti berikut :-
- Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) membawa gelara Tan Sri dianugerahkan kepada 5 individu.
Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) membawa gelaran Datuk dianugerahkan kepada 4 individu.
Johan Mangku Negara (JMN) dianugerahkan kepada 6 individu
Johan Setia Mahkota (JSM) dianugerahkan kepada 13 individu
Kesatria Mangku Negara (KMN) dianugerahkan kepada 69 indiividu
Ahli Mangku Negara (AMN) dianugerahkan kepada 78 individu
Pingat Pangkuan Negara (PPN) dianugerahkan kepada 50 individu.
Tahniah kepada semua penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan.
Perdana Menteri India Mengadap Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong - 28.10.2010
Gambar diambil dari Utusan MalaysiaCereal dan Low Fat Milk - 28.10.2010
Wednesday, October 27, 2010
Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Peringkat Persekutuaan - 27.10.2010
Terlepas Bas - 27.10.2010
Beginilah Keadaan Dalam Coach Wanita yang Syah Tersilap Naik Pagi Tadi
Tak berapa lama kemudian Syah rasa mengapa train nie rasa lain macam sahaja dan Masyallah ………….. rupa-rupanya Syah tersalah Coach coz Syah masuk gerabak khas untuk Perempuan …… Kuang ….3 X. Untung tak ada wanita-wanita yang dalam coach tu sound Syah kalau tidak malunyerrrrrrrrrrrr. Bila sampai stesyen berikutnya iaitu Batang Kali Syah terus keluar dan berpindah ke gerabak hadapan. Mak aiiiiiiiii dari KTM Sungai Buluh sampai KTM Putra orang ramai dan Syah berdiri tersepit dicelah-celah orang ramai yang bertolak hendak masuk juga. Rasa macam nak mengamuk jer tapi sabarlah nak buat macam mana memang situasi begitu perlu dihadapi terutamanya pada waktu puncak. Keadaan lega bila sampai Stesyen Putra dan baru boleh bernafas sedikit. Sampai KL Sentral jam 08:30am. Dari KL Sentral naik LRT ke Kerinchi dan Syah sampai office jam 09:00am.
Kacang Pangang - 27.10.2010
Tuesday, October 26, 2010
Genap Setahun Pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan - 26.10.2010

Yee Mee Kung Foo + Barli Panas untuk Lunch - 26.10.2010
Urtabam - 26.10.2010
Malam tadi untuk dinner Syah makan Urtabam dan minum Less Sugar Soya Bean . Syah makan 2 pcs Urtabam sebab lapo giler kerana tidak mengambil makanan berat siang semalam. Urtabam nie adalah Tosei Cuma tosei nipis dan Urtabam nie tebal. 1st time makan benda nie Syah tak tahu namanya Urtabam, cuma datang idea dan tanya mamak jual roti canai yang saya hendak tosei tapi tak mau nipis, saya hendak tebal sedikit. Mamak tu informed benda tu namanya Urtabam dan semenjak tu lah Syah tahu pasal Urtabam nie dan meminatinya. Tak semua orang tahu pasal menu nie dan kadangkala bila Syah ke kedai Mamak dan minta benda nie mereka tersenyum jer sebab kaum India jer tau makanan nie. Hehehehhehe............ Syah selalu beli Urtabam di Restoran Al-Bidayah – Nasi Kandar Pulau Pinang, disebabkan sudah biasa dengan mereka Syah selalu minta supaya tidak letakkan minyak. Kedai makan nie terletak bersebelahan 7Eleven dipekan Rawang, tempat Syah menunggu bas untuk ke Rawang Residence di Taman Garing Utama.
Monday, October 25, 2010
Elia Suhana hilang hak melawat DYMM Sultan Ismail Petra - 25.10.2010
Pada 04.02.2010 Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu, Kelantan telah mengeluarkan perintah membenarkan Elia Suhana Ahmad, Isteri kedua Mantan Sultan Kelantan, DYMM Sultan Ismail Petra bertemu secara rasmi dengan baginda bagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Perintah itu membenarkan beliau bersama DYMM Sultan Ismail Petra bermula jam 07:00am setiap Sabtu hingga Jam 07:00am hari Isnin. Walau bagaimanapun beliau tidak pernah dapat berjumpa suaminya kerana dihalang oleh Isteri pertama suaminya, YMM Raja Perempuan Tengku Anis. Elia Suhana melalui peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan telah membawa kes ini ke mahkamah.
Birthday Tuanku - 25.10.2010
Sunday, October 24, 2010
Sakit Syah dan Bosannya Sekarang - 24.10.2010
Resipi Nasi Goreng Ikan Bilis Cili Api (Brunch for today) - 24.10.2010
Untuk brunch hari nie Syah masak Nasi Goreng Ikan Bilis Cili Api dan telur dadar. Ada ulam dan buah pisang berangan. Tengahari tadi Muss dan Cd makan nasi Goreng tu tapi Syah buat mee segera Cintan dan makan biskut Lexus Chocolate Creama plak coz rasa nak makan benda tuh. Nasi goreng nie simple sahaja dan resipi dari bonda saudara Syah, Bonda Ejon. bahan-bahannya cuma :-- Cili Api atau ada setengah orang panggil cili burung.
- Bawang Putih / Merah
- Ikan Bilis
- Kobis dihiris halus
- Serbuk Perasa
- Garam
- Telur Ayam
- Nasi Putih
Cara-Cara :-
- Tumbuk Cili Api, Bawang Merah/Putih dan Ikan Bilis sekali. My style, Syah akan tumbuk cili api dahulu sampai lumat bijinya coz Syah tak suka tengok biji cili tu. Selepas lumat cili api tu Syah masukkan ikan bilis dan tumbuk sampai hancur sedikt sahaja dan masukkan bawang tadi dan tumbuk sedikit.
- Panas minyak dan masukkan bahan di atas. Tumis sampai garing.
- Masukkan Nasi dan kacau hingga rata.
- Buat lubang ditengah kuali dan pecahkan telur. kacau telur tu seketika hingga masak dan gaulkan dengan nasi tadi hingga sekata.
- Masukkan serbuk perasa dan garam dan kacau supaya garam dan serbuk perasi tu sebati dengan nasi.
- Masukkan kobis dan kacau seketika hingga kobis masak.
- Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng dan telur dadar. Macam Syah, Syah susun telur tu ditepi nasi supaya senang dimakan tapi terpulang kepada kreativiti anda. Anda juga boleh dadar nipis telur tadi dan digulung macam buat kuih ketayap dan dipotong nipis-nipis dan taburkan atas nasi goreng anda.
Anda juga boleh menambahkan ikan bilis goreng dan kacang goreng dan ditabur atas nasi atau digaulkan sekali bersama nasi. Seperkara lagi. Jika anda suka, semasa menumis tadi anda boleh masukkan belacan dan lebih sedaplagi jika belacan tu dibakar hingga wangi dahulu. Selamat mencuba kerana ianya masakan yang simple dan mudah disediakan untuk keluarga terutamanya di hujung minggu atau balik dari pejabat.
Muss Outstation Gua Musang - 24.10.2010
1211 Menerima Anugerah Darjah Kebesaran dan Pingat Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang - 24.10.2010
- Darjah Kerabat Seri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati (DK) dianugerahkan kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.
- Darjah Seri Diraja Sultan Ahmad Shah Pahang (SDSA) membawa gelaran Dato' Seri Diraja kepada Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob. Darjah kebesaran ini merupakan yang pertama kali diperkenalkan sempena hari keputeraan Tuanku Sultan Pahang ke-80.
- Darjah Seri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato' Seri kepada 20 orang penerima termasuk dua orang adinda Tuanku Sultan pahang iaitu Tengku Dato' Nong Soraya dan Tengku Dato' Sulaiman.
- Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Dato' kepada dua orang penerima.
- Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Dato' kepada 26 orang penerima.
- Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato' kepada 96 orang penerima termasuk penerbit dan pelakon vetran Datin Rosnani Ludin (Rosnani Jamil) dan pengulas sambilan RTM Hasbullah Awang.
- Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada 31 orang penerima.
- Darjah Setia Mahkota Pahang (SMP) kepada 76 orang penerima termasuk jaguh angkat berat negara, Amirul Amizan Ismail.
- Darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) kepada 59 orang penerima.
- Darjah Ahli Mahkota Pahang (AMP) kepada 179 orang penerima.
- Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) kepada 159 orang penerima.
- Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) kepada 185 orang penerima.
- Pingat Jasa Kebaktian (PJK) kepada 382 orang penerima.
Syabas dan Tahniah Syah ucapkan kepada semua penerima Darjah Kebesaran dan Pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang ke-80 tahun.
Sejarah Mata Pelajaran Wajib Lulus - 24.10.2010
Syah Jalan-Jalan @ Perhimpunan Agung UMNO 2010 semalam 23.10.2010
Saturday, October 23, 2010
Selamat Menyambut Hari Keputeraan Ke-80 KDYMM Sultan Pahang - 23.10.2010
Persidangan UMNO 2010 - 22.10.2010
Petang tadi selepas balik daripada kerja Syah ke Pusat Dagangan Dunia Putra untuk melihat-lihat keadaan Perhimpunan UMNO 2010. Sewaktu tiba orang ramai tertumpu pada skrin besar di PWTC kerana perwakilan sedang menyampaikan hujah masing-masing. Syah sempat ke aras 3 untuk melihat jualan disitu dan Syah terjumpa Deja Moss digerai Kek Lapis Sarawaknya. Syah sempat mengambil gambar-gambar di PWTC sempena perhimpunan ini dan kepada anda yang berminta boleh melayari laman facebook Syah @ Tengku Sahiyar Shaari Al-Haj dan view album Perhimpunnan UMNO 22,10.2010.
Friday, October 22, 2010
Solat Jumaat - 22.10.2010
Pagi Jumaat - 22.10.2010
Jam 07:00am Shuttle train dari Ipoh datang dan Syah naik. Yang best kalau naik Shuttle ini sampai cepat kerana dia tidak berhenti di stesyen-stesyen lain kerana dari KTM Rawang dia akan terus ke KL Sentral. Seperkara lagi kalau naik shuttle nie pasti dapat duduk dan tak perlu berebut-rebut. Sampai KL Sentral jam 07:35am dan Syah sampai office lebih kurang 08:05am. Masa di Rawang Residence Syah perasaan jiran sebelah rumah Syah yang berbangsa India tu macam tak ada. Ampai sidai pakaianpun tak ada mungkin sudah pindah kot? Kerana dia menyewa rumah tu dan owner rumah tu pindah ke JB kerana bertugas di Singapura. Syah tanya isteri Chong (jiran sebelah rumah) pagi tadi tapi katanya diapun tak perasaan.
Thursday, October 21, 2010
Balik Rawang - 21.10.2010
Pameran Kesihatan TM - 21.10.2010
Tuanku Zara rasmi pameran - 21.10.2010
PM Istihar Melaka Negeri Maju - 21.10.2010
Tengahari semalam KM Melaka telah merasmikan perkhidmatan Monorel pertamanya. Sebenarnya perkhidmatan ini telah lama siap tetapi iannya tertangguh sehingga empat bulan kerana kerana tidak memenuhi beberapa criteria keselamatan yang ditetapkan oleh Jabatan Kereta Api. Monorel yang menelan kos RM15.9 juta ini mempu memuatkan sehingga 22 orang penumpang dalam satu masa. Monorel ini beroperasi dari jam 10:00am hingga 10:00pm setiap hari dengan menyusuri sungai melaka sejauh 1.6km dengan mengambil masa perjalanan pergi/balik selama 30minit dengan Kadar tambang RM10.00 untuk orang dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak.
Walau bagaimanpun perkhidmatan yang mula beroperasi ini agak tercemar sedikit apabila berlaku insiden kerosakan monorel selepas empat jam iannya dirasmikan. Insiden berlaku pada jam 04:30pm dimana monorel yang membawa kapisiti 20 orang penumpang tiba-tiba berhenti diatas landasan kira-kira 100 meter dari Stesyen Hang Jebat selama 15 minit. Para penumpang yang terperangkap terpaksa dikeluarkan dari monorel tersebut menggunakan skylift. Perkhidmatan ini pulih sepenuhnya pada jam 06:00pm.
Wednesday, October 20, 2010
muss Kena Ghout - 20.10.2010

Lunch + Shopping With Kak Yam - 19.10.2010


Aktiviti Semalam (19.10.2010) - 20.10.2010
Dr bagi Syah MC dan terlanjur sudah keluar rumah Syah buat appointment dengan Victor di Snips Sungai Wang Plaza untuk gunting rambut coz rambut Syah sudah panjang dan sukar untuk diuruskan. Dari Menara TM ke KL Sentral dan ambil Monorail ke Sungai Wang Plaza. Syah sampai ke Snips lebih kurang jam 11:30am. Syah cuci rambut dan gunting, mereka caj RM50.00 dan dapat diskaun RM5.00 coz Syah members Snips.
Dari Bukit Bintang Syah naik Monorail ke Stesyen Monorail Titiwangsa dan transit ke Stesyen LRT Star Titiwangsa untuk ke PWTC. Hari ini merupakan hari pertama Perhimpunan Agong UMNO 2010 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra @ PWTC dan akan berakhir pada 23.10.2010 nanti. Saja jalan-jalan melihat keadaan disana dan teringat pada Ayahanda yang tiap-tiap tahun datang ke PWTC untuk perhimpunan ini tetapi tahun ini beliau tidak hadir kerana sudah berehat dari politik kerana kurang sihat selepas kemalangan tahun lepas.
Dari PWTC Syah ke KLCC dengan menaiki LRT Star PWTC dan Turun di Stesyen Masjid Jamek dan kemudiannya Naik LRT Putra Masjid Jamek untuk ke KLCC. Sampai sahaja di KLCC Syah ke Surau KLCC di concourse area berhampiran KFC untuk solat Zohor. Selepas solat Syah makan Meehoon Sup di Noodle's @ RASA Food Arena Suria KLCC. Disini Syah minta Meehon special sedikit lain dari yang lain coz dah biasa dengan pekerja disini. Syah minta Meehon sup dan letak Sayur, Tahu dan Cendawan. Menu biasa bukan macam nie. Heheheheheh Syah memang suka sayur lebih. harga dia caj macam biasa juga. Syah minum barli panas.
Selepas makan rasa sakit perut dan jika nak buang di KLCC memang tak larat coz susah nak cebok coz dia pakai sembur dari bawah jer dan memang tak sesuai untuk orang Melayu jadi Syah ke Masjid As-Syakirin KLCC. Selepas selesai ..... kebetulan masuk waktu Asar dan Syah solat Asar berjemaah sekali. Masa nie Muss call minta temankan dia dan Cd beli makanan kucing di Pandan Indah dan Syah kata ok dan hendak solat dahulu dan Muss kat dia keluar office jam 05:00pm kerana ada training. Masa nie juga staff Dr. Rozmey dari Herba Prima Marketing call bertanya beberapa soalan mengenai testimoni JM5 Syah. Mungkin nak masuk paper kot? Agaknya lah.
Lepas solat Asar, Syah bergegas ke LRT Stesyen untuk ke Ampang Park. Sampai di Ampang Park Muss sudah menunggu dihadapan McD Ampang park. Dari Ampang Park kami bergerak ke Pandan Indah. Selepas beli makanan kucing dan melihat kucing dan anjing yang sedang di groomingkan kami bertolak ke Taman Dagang kerana Muss nak dinner di Pak Ya Muslim Chinese Food. Mus Belanja hari ini. Sampai rumah hampir jam 08:30pm. Selepas solat Syah makan ubat dan terus tertidur kerana rasa demam tu masih ada lagi. Jam 02:00am Syah terbangun dan tak sempat nak update blog cuma upload gambar dalam FB untuk aktiviti hari ini. Kalau nak view pergilah ke laman facebook Syah di Tengku Sahiyar Shaari Al-Haj.Update Blog - 20.10.2010
Encik Ahmad Yusoff Meninggal Dunia - 20.10.2010
Tuesday, October 19, 2010
Tengku Bendahara Kelantan dilantik Tengku Mahkota Kelantan - 18.10.2010
Akhir sekali Tahniah Syah Ucapkan kepada Tengku Faiz atas perlantikan baginda sebagai Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra ibni DYMM Sultan Ismail Petra.
Monday, October 18, 2010
Lapuran Terkini pembedahan Jantung Dato' Ibrahim Ali - 18.10,2010
Azrin Birthday - 18.10.2010



