Monday, November 1, 2010

Majlis Amal Deepavali - 01.11.2010

Sekembali dari Program gotong-royong di Banting, Selangor, pada 30.10.2010, Syah terus ke Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk jalan-jalan di pasar malam terbesar di KL disamping melihat jualan-jualan untuk perayaan Deepavali. Sudah lama Syah tidak kemari coz tak ada keperluan untuk kesini, dulu lainlah sebelum ada LRT, Syah selalu ke sini untuk ambil bas ke KL Residence. Dari pasar malam Syah jalan-jalan ke Sogo dan rupanya ada sales. Wow tawaran hebat nie sehingga ada yang mencecah 70%. Dari Sogo, Syah balik semula ke pasar malam untuk ke Stesyen LRT Masjid Jamek. Masa ini Syah lihat ada program yang dinamakan Majlis Amal Deepavali dihadapan Semua House dengan tetamu khasnya, YB Datuk M. Sarvanan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Raakyat.
Dalam majlis ini YB Datuk telah sudi menyampaikan hamper kepada anak-anak yatim dan orang-orang tua/kurang upaya sekitar Kuala Lumpur. Syah tertarik dengan ucapan YB Datuk yang memaklumkan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan keunikannya ini tidak terdapat di lain-lain negara di dunia. Katanya Malaysia telah menjadi sebuah negara maju dalam tempoh 50 tahun dan asas kejayaan ini adalah PERPADUAN KAUMNYA. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Menteri Wilayah Prsekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana perihatin terhadap masyarakt India dan memastikan kaum india tidakl tertinggal dalam arus pembangunan. YB juga menyarankan agar perpaduan antara kaum diperkukuhkan lagi bagi mencapai misi/visi 1 Malaysia. Sambil tersenyum YB menyatakan tahun ini kaum India berasa bertuah kerana menyambut perayaan Deepavali sebanyak dua kali tahun ini iaitu
  • Apabila Little India dirasmikan oleh dua orang Perdana Menteri dan
  • Perayaan Deepavali pada 05 November nanti

YB Datuk kemudiannya meminta izin daripada hadirin untuk berucap dalam bahasa tamil pula. Selepas penyampian hamper, diadakan pula jamuan makan malam untuk semua yang berada dikawasan berkenaan di hadapan kedai Haniffa. Syah tak makan kerana Syah malas nak beratur ramai-ramai cam itu. By the way program ini telah ditaja oleh Star Point Hotel, Haniffa, Digi, Gayathire Silk Palace dan Mydin disamping beberapa co-sponsor yang lain.

No comments: