Malam tadi 29.11.2010 dilaporkan bahawa Mantan Sultan Kelantan, DYMM Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dimasukkan ke Wad Kecemasan, Hospital Raja Perempuan Zainab II. Baginda dikatakan mengalami jangkitan kuman pada paru-paru. Walau bagaimanapun sejam kemudian baginda dibawa pulang semula ke Istana Mahkota tanpa rawatan selanjutnya. Kelihatan mengiringi baginda adalah YMM Raja Perempuan Tengku Anis, Putera bungsu baginda, Tengku Muhammad Fakhry Petra, Kekanda baginda, Tengku Merjan dan suaminya Tengku Abdul Aziz Tengku Hamzah. Kami semua mendoakan agar DYMM Sultan Ismail Petra sembuh dari sebarang kegeringan.
No comments:
Post a Comment