Business Insider dalam laporannya bertarikh 11.11.2010 bertajuk An Unnamed Bilionaire is Selling 25 Ferraris, 3 Lamborghinis And A Cizeta melaporkan seorang broker ingin menjual kereta-kereta mewah seorang bilionare yang tidak dinyatakan identitinya. Mengikut laporan tersebut, kemungkina kereta-kereta berkenaan adalah kepunyaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan merupakan salah seorang individu paling kaya didunia. Menurut penjualnya, kereta-kereta ini disimpan disebuah garaj di New Zeland dan ianya ditempah khas terus dari kilang dan pemiliknya tidak pernah memandu kereta-kereta ini atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan. Sultan Brunei memang terkenal dengan koleksi automobil mewanya dan memiliki 500 mercedes, 360 Ferarris, 180 Bentleye, 160 Porsches dan baginda dikatakan suka memberikan kereta-kereta mewahnya kepada adiknya Pengiran Jefri. Menurut laporan berkenaan kemungkinan Sultan Brunei menjual kereta-kereta berkenaan kerana ingin memberi ruang dalam garaj baginda untuk koleksi Bugattis terbaru baginda. Ini bukanlah kali pertama Sultan Brunei menjual kereta baginda kerana pada musim panas lepas baginda dilaporkan telah menjual Ferrari F50 baginda.
Gambar diambil dari Business Insider
Dalam laporan itu juga menyatakan kemungkina kereta-kereta berkenaan dijual oleh Pengiran Jefri yang sedang menghadapi kes mahkamah di New York, USA dimana beliau menyaman penasihat kewangannya, pasangan peguam Thomas Derbyshire dan Faith Zaman atas tuduhan mengelapkan wang RM22.4juta kepunyaan beliau dan tindakan saman balas pasangan tersebut kepada beliau sebanyak RM36.8 juta kerana didakwa tidak melunaskan bayaran yang dijanjikan kepada penasihat kewangannya itu.
Diantara kereta-kereta yang tersenarai untuk dijual adalah Ferrari Model Enzo, F50 dan F40, kereta lumba 575 Superamerica, 512 TR Spyder, 355 Challenge, Lamborghini Diablo SE 30, dua buah Lamborghini Countach 25th Anniversary Edition, dua buah Porsche 964 dan 911 Turbo S Leichtbaus, Nazca Iteldesign V12 dan Cizeta 16.
Tidak diketahui samada betul atau tidak broker berkenaan ingin menjual kereta-kereta Sultan Brunei atau orang lain. Benarkah Sultan Brunei ingin menjual koleksi peribadi baginda sebagai satu pelaburan atau Pengiran Jefri yang menjual kereta berkenaan untuk menampung kos mahkamahnya ......... Tidak siapa yang mengetahuinya kerana iannya adalah PRIVATE & CONFIDENTIAL.
No comments:
Post a Comment