Baru lepas Lunch dengan Muss dan Cd. Cuaca kat luar mendung dan Syah basuh kain pula tu ? Alahaiiiiiiii keringlah hendaknya. Today Syah masak
- Telur Dadar Earthquake, Sebab apa earthquake? Kerana masa goreng telur tu minyaknya banyak sedikit dan telur tu jadi kembang dan bila terbalikkan dia pecah-pecah tak bulat macam telur goreng biasa. So tu dapat nama cam tu tue.
- Masak Lemak Cili Api Daging Salai Bertelur Sebijik. Daging salai ini Syah beli dengan kawan kebetulan dia jual sehari sebelum Raya Haji. Malam tadi Cd masak lemak telur. Baki kuahnya masih banyak dan ada tinggal sebijik jer telur ayam. So Syah masukkan dalam peti sejuk supaya tidak basi. Tengahari tadi Syah potong daging salai dan masukkan dalam kuah tu dan renih sehingga kuah mendidih dan sebati dengan daging. Disebabkan ada sebiji telur dalamnya jadi Syah namakan dia Masak Lemak Cili Api Daging Salai Bertelur Sebijik. Hahahahah
- Ulam Timun Berbudu Indah. Syah tengok dalam peti sejuk hanya ada ulam timun jer. Lepas tu datang idea nak buat timun tu jadi ulam dan makan dengan Budu yang Syah letakkan Cili Api, Limau dan Bawang Hiris. Budu nie we all simpan di KL Residence di Taman Setapak Indah Dan dari situlah nama juadah nie tercipta iaitu Ulam Timun Berbudu Indah.
- Sayur Kobis Si Bilis Tiram. Sayur dimasak dengan Ikan Bilis dan Sos Tiam
- Keropok Melinja Johor . Keropok Melinja yang Muss Beli di Johor masa outstation dua minggu lepas.
MAKAN SEMUA.
No comments:
Post a Comment