Saturday, November 27, 2010

Baginda Queen Elizabeth Melawat Masjid Sheikh Zayed di UAE - 27.11.2010

Baginda Queen Elizabeth II, Pemerintah Great Britain dan Ketua Gereja England berada didalam Ruang Solat Masjid Sheikh Zayed di Abu Dabi, UAE dengan berjubah, menutup kepala dan tidak berkasut sebagai menghormati adat memasuki rumah ibadah umat islam.


Baginda Queen Elizabeth II, suami baginda Duke of Endiburg dan Putera ketiga Baginda Prince Andrew berada di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam rangka lawatan rasmi negara selama lima hari. Lawatan Baginda Queen Elizabeth II ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala diantara UAE dan Britain. Dalam program lawatan ini baginda telah melawat Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi pada 24.11.2010. Baginda dilihat memasuki masjid berkenaan memakai kot labuh bersulam kristal Swarovski, berkaki ayam serta menutup rambut sebagai menghormati adab dan tata tertib umat islam ketika memasuki masjid. Baginda juga telah melawat (memberi penghormatan) makam Sheikh Zayed bin Sultan Al-Nahayan yang merupakan pengasas UAE yang telah mangkat pada 2004. Baginda pernah berkunjung ke UAE Pada 1979 dan telah disambut oleh Sheikh Zahid dan pada lawatan kali ini baginda telah disambut oleh anak Sheikh Zahid pula iaitu Prisedent UAE, Sheikh Khalifa bin Zayed al-Nahayan sebagai tuan rumah.
Kelihatan Baginda Queen Elizabeth II, Suami Baginda, Prince Philip bersama Putera Mahkota Sheikh Mohammad bin Sheikh Zayed Al-Nahayan di sekitar kawasan Masjid Sheikh Zayed.


Sedikit info mengenai Masjid ini, Masjid Sheikh Zayed merupakan masjid terbesar di UAE dan dilitupi karpet seberat 35 tan yang ditenun oleh 1200 orang wanita Iran dan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan sepenuhnya.

No comments: