- Saya Minta maaf pasal mesin basuh depan balkoni awak. Suami saya complain pada Maintenance takut ada nyamuk. Suami saya pernah kena denggi dan semenjak itu dia fobia jika ada sesuatu yang akan menyebabkan denggi. Apa-apa yang dia buat dia selalu basuh tangan.
O IC........ kirannya mereka minta maaf dihari Deepavali macam kita minta maaf masa Hari Raya Aidilfitri. Patutlah Syah perasan mereka sekeluarga tak bertegur sapa dengan we all. Kalau jumpa pun buat sombong dan We all pun buat tak tahulah. Rupanya mereka rasa bersalah kerana suruh maintenance buang mesin basuh lama tu dan ingat we all marah mereka. Cuma Syah selalu tegur suaminya kalau terserempak manakala anak dan isterinya Syah tak pernah tegur kerana anggap mereka tu sombong coz something jer muka depa bila tengok we all. Mungkin Syah selalu tegur suaminya bila jumpa dia, tanya khabar, uncle pergi jogging ker?, kerja mana dan sambut deepavali kat mana menyebabkan dia suruh family dia minta maaf kot?
Syah jawab kat dia :-
- Kita orang tak kisah memang nak buangpun mesin basuh tu tapi tak tahu macam mana. Its ok. (sambil tersenyum)
Rupa-rupanya masa Deepavali semalam barulah Syah tahu mengapa mereka tu macam sombong dan tak meneguh we all, rupanya mereka misunderstanding ingatkan kami marah pasal mesin basuh tu. Actually kamipun tak kisah bila tengok tiba-tiba mesin tu dah tak ada, memang nak buang pun tapi tak tahu nak suruh siapa angkat. Apa-apapun inilah yang dikatakan semangat 1 Malaysia. Jika anda diluar sana ada masalah dengan jiran buat-buatlah berbincang dengan cara baik dan berterus-terang. Insyallah tidak ada perkara yang tidak boleh diselesaikan melalui permaufakataan dalam masyarakat kita yang unik ini yang tidak terdapat dinegara-negara lain didunia ini.
No comments:
Post a Comment