- Tengku Muhammad Faris Petra bergelar KDYMM Sultan Muhammad Ke-V. Sultan Muhammad Ke-V berkahwin dengan Kangsadai Pipitpakdee atau nama Melayunya Tengku Zubaidah bt Tengku Norudin pada November 2004. Tengku Norudin adalah bapa saudara YMM Raja Perempuan Tengku Anis dari keturunan Raja Patani, Selatan Thailand Walau bagaimanapun beberapa tahun kemudian apabila Tengku Zubaidah tidak dilihat lagi dalam majlis-majlis rasmi Istana Kelantan umum mengatakan bahawa mereka telah bercerai. Walau bagaimanapun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan berhubung perkara ini. Ada juga gosip menyatakan bahawa Sultan Muhammad Ke-V sebenarnya telah berkahwin dengan pilihan hatinya sebelum mengahwini Tengku Zubaidah, jika iannya benar mengapa semasa pemasyhuran Sultan Muhammad Ke-V, baginda berseorangan ? Sultan Muhammad Ke-V diputerakan pada 06.10.1969.
- Tengku Muhammad Fa-Iz Petra bergelar Tengku Mahkota Kelantan, YTM Tengku Fa-Iz Petra. Dilantik pada 18.10.2010 sebagai Tengku Mahkota dan Pewaris Tahta Kerajaan Kelantan berkuat kuasa serta merta. Perlantikan ini telah melakar sejarah kerana buat pertama kalinya berlaku di Kelantan dimana Tengku Mahkota adalah dipilih dikalangan adik beradik Sultan kerana kebiasaannya Tengku Mahkota dipilih daripada Putera Sultan Memerintah. Diputerakan pada 20.01.1974.
- Tengku Muhammad Fakhry Petra, Mantan Tengku Temenggong Kelantan yang telah ditarik semua gelarannya oleh Sultan Muhammad Ke-V berkuat kuasa serta merta pada 30.09.2010. Beliau juga turut dilucutkan keahliannya daripada Majlis Perajaan Negeri Kelantan. Menghadapi masalah dalam rumahtangganya sehinggakan isterinya seorang model Indonesia, Manohara Odelia Pinot melarikan diri kembali ke Indonesia kerana mendakwa didera oleh Tengku Fakhry. Beliau Diputerakan pada 07.04.1978.
- Tengku Amalin A'ishah Petri. Seorang Majistret di Kelantan dan merupakan Ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan. Diputerikan pada 26.06.1984.
Pada 13.09.2010 Pemangku Raja Kelantan, DYTM Tengku Muhammad Faris Petra telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 dengan gelaran KDYMM Sultan Muhamad Ke-V menggantikan Sultan Ismail Petra yang telah lama gering. Dengan pemasyhuran ini gelaran Sultan Ismail adalah DYMM Sultan Ismail Petra manakala gelaran baginda adalah Yang Maha Mulia (YMM) Raja Perempuan Tengku Anis ibni Almarhum Tengku Abd Hamid. Baginda tidak boleh lagi menggunakan gelaran KDYMM Raja Perempuan Kelantan kerana gelaran itu dikhaskan untuk suri (isteri) sultan yang memerintah sahaja.
Semasa Paduka Suami baginda diatas tahta kerajaan Kelantan, baginda berada di ranking keempat Senarai Susunan Kekananan Seri paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Permaisuri dan isteri-Isteri Kepada Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri.
Pada 30.09.2010 DUN Negeri Kelantan telah sebulat suara meluluskan Elaun Khas Seumur Hidup untuk Mantan Sultan dan Raja Perempuan Kelantan berupa elaun bulanan seumur hidup, sebuah kediaman dan kemudahan-kemudahan lain secukupnya tanpa memberi keterangan secara terperinci kemudahan-kemudahan berkenaan kerana iannya berstatus sulit untuk pengatahuan umum. Keadaan ini membuktikan bahawa KDYMM Sultan Muhammad Ke-V dan Kerajaan Negeri Kelantan dibawah pimpinan Dato' Nik Aziz begitu perihatin terhadap kebajikan baginda berdua.
No comments:
Post a Comment