Monday, February 28, 2011
Poslaju .............. dan Ayie Datang Rumah
Sultan Johor Terima D.K.N.S. dan Memandu Keratapi ke Negeri Sembilan
Gambar dari Berita Harian
Ini adalah merupakan kali ketiga baginda memandu lokomotif dengan gerabak penumpang semenjak mendapat lesen memandu lokomotif berkuasa tinggi pada bulan Julai 2010 lepas. Baginda memandu tren berkenaan dari JB Senteral hingga ke Stesyen Kluang dan berihat seketika. Dari Stesyen Kluang, baginda menaiki gerabak salun khas tren yang sama sebelum meneruskan perjalanan ke Seremban.
Sunday, February 27, 2011
Ke Midvalley
Muzium Sultan Abu Bakar di Tutup Setahun
Berkebun dan Mengosok Di Pagi Ahad
27.02.2011, Ahad - Sekarang jam 12:00hrs, Syah baru Habis mengosok baju dan seluar kerja since jam 09:00hrs. Lamakan ........... mana tak nya 3 minggu punya baju boleh pakai. Dua kali Syah bertukar tempat mengosok. Mula-mula di master bedroom tetapi streka tu macam ada problem ingatkan rosak, baru beli dua minggu lepas, rupanya soket ada problem dan terpaksa Syah bertukar ke bilik tetamu baru ok. Sebelum tu jam 07:45hrs, Syah sapu depan rumah dan kemaskan pokok bunga seberang jalan depan Rawang Residence Syah. Syah buangkan lalang dan bunga yang sudah kering. Adalah sejam Syah berkebun, katanya................ bolehlah kira exercise. Takut juga sakit pinggang tu tapi Syah buat pelan-pelan dan tak pula rasa sakit. Shukur Alhamdulilah. Pagi tadi Syah sudah mandi tetapi disebabkan berkebun tadi, Syah mandi sekali lagi untuk menghilangkan sebarang kekotoran atau serangga yang melekat dibadan. Masa mengosok macam-macam stesyen radio Syah buka termasuklah lagu-lagu cina. Habis mengosok Syah kemas dapur sedikit dan lepas tu buat Green Appkle Celery Juice. Kali nie Syah buat lebih sedikit iaitu dua biji epal dan agak manis pula mungkin terlebih gula. Actually Syah tak suka manis-manis nie.............. muka manis Syah suke ler. ..... Heheheheh. Sekarang Syah nak berehat sambil menonton TV. Jumpa lagi Semuaaaaaaaaaaaaaa.
Saturday, February 26, 2011
Sakit Pinggang dan Nan Tandori
Pagi tadi masa buat kerja didepan rumah pinggang Syah sakit dan petang nie sekali lagi sakit bila Syah tundukkan badan untuk ambil duit siling yang jatuh di restoran masa makan tadi. Tiba-tiba tulang belakang dibahagian pinggang ke bawah rasa sakit. takut juga Syah, manalah tahu kena Slipped Disk ker, minta-minta jangan lah dan dijauhkanlah dari penyakit tu. Rasanya macam mencucuk dan macam bisa. kadangkala rasa sakit dibahagian pinggang kebawah sebelah kiri masa dalam bas tadi. Tak tahulah mungkin juga disebabkan Syah duduk lama dalam bas dari Rawang - KL ker hampir 1.5 hingga dua jam dengan keadaan tension jalan jem hampir setiap hari. Minta-minta oklah tu nanti sakitnya. Testis Syah masih juga sakit ada kalannya bila berlaku pergerakan - kadangkala sahaja. Belakang Syah juga sakit mungkin salah tidur agaknya atau duduk lama dalam bas. Ada-ada jer Syah nie kan. Takut juga coz Syah seorang-seorang dirumah dan kalau jadi apa-apa susah juga tapi Syah pasti Allah sentiasa melindungi Syah dan dihindarkan dari malapetaka.
Sultan Kedah Hadiri Tayangan DiRaja Filem Hikayat Merong Mahawangsa
Biasiswa Atas Nama Prince William dan Kate Middletom
Pengumuman itu dibuat sempena lawatan pasangan diraja tersebut ke universiti berkenaan untuk kempen mengutip derma sempena ulangtahun ke-600 Universiti St. Andrew. Biasiswa berkenaan adalah sebagai hadiah awal perkahwinan dan penghormatan kepada pasangan tersebut yang pernah belajar dan menjalin hubungan cinta di Universiti berkenaan. Ketibaan kedua pasangan diraja telah disambut oleh kira-kira 600 orang kakitangan dan pelajar universiti di kawasan bersejarah yang dikenali sebagai St Salvator Quadrangle.
Aktiviti Pagi Sabtu 26.02.2011
Selepas sidai kain, Syah sapu depan rumah, basuh kereta dan car porch sekali serta kemaskan tanaman Syah. Sekarang jam 09:17 hrs Syah sedang berehat sementara menunggu ruang tamu yang Syah mop kering. Disebabkan banyak perabut Syah bahagikan kepada dua sessi iaitu ruang makan dan ruang tetamu. Sekarang Syah alihkan perabut dirauang makan dan mop. Bila kering Syah alihkan pula perabut ruang tamu ke bahagian ruang makan dan mop ruang tetamu. Cara ini lebih bersih dan teratur daripada Syah mop buat Syarat jer. Okalah sekarang nak cont........ kerja mengemas di ruangan tetamu dan lepas tu bilik bahagian atas pula. Almaklumlah dah berumur nie, bila buat kerja renyah (kerja berat) sedikit mulalah sakit badan dan belakang. Nak buat macam mana kerana itu normal, mana ada orang makin berumur makin muda kudratnya kan? Hati Muda, Muka Nampak Muda (Awet Muda) adalah tetapi Usia akan tetap bertambah ..............Hehehehhehe
Friday, February 25, 2011
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Berakhir Semalam
Gambar diambil dari Berita Harian
25.02.2011, Jumaat - Semalam 24.02.2011 telah berakhir mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-223 yang berlangsung di Istana Negara bermula Rabu, 23.02.2011. Kelihatan Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong, Timbalan Seri paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus selaku Pengerusi mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ini berangkat ke mesyuarat berkenaan.
Rasa Tak Sihat
Banjir Kilat di Telekom Training Center
Mengikut mangsa, kejadian berlaku begitu cepat dan ada diantara mereka yang tidak sempat hendak mengalihkan kenderaan masing-masing. Kesihan Syah lihat pada mangsa-mangsa yang terlibat bak kata orang menangis tak berlagu. Bayangkan berapa kos baikpulih kenderaan mereka. Lagi mewah kereta lagi tinggi maintenancenya. Salah seorang anggota nie memang kesihan, kerana Mercedez Sport nya tengelam terus dalam banjir ini. Bayangkan berapa besar kerugian yang harus dia tanggung. walau bagaimanapun tak lama lagi TM akan beri bonus kepada kami semua dan bolelah sedikit sebanyak membantu mangsa-mangsa banjir ini. Kepada sahabat-sahabat yang terlibat Syah berharap agar anda semua tabah menghadapi dugaan ini.
Penamaan Calon DUN Kerdau
Parti Islam Semalaysia atau PAS meletakkan kotak derma sebagai Tabung Dana Pilihanraya Kecil DUN Kerdau di Masjid Negara hari ini. Gambar ini Syah ambil semasa hendak memasuki Masjid Negara untuk Solat Jumaat tengahari tadi.
Solat Jumaat Di Masjid Negara - 25.02.2011
Thursday, February 24, 2011
Balik Rawang Naik Komuter dan K ePasar Malam
Driver Bas Balik Semula
- Aunty jual nasi lemak dekat bus stop Rawang Residence inform Syah driver tu sakit pinggang dan balik kampung untuk berubat.
- Ada Indian girls yang baik dengan isteri driver bus tu inform Syah, mereka balik kampung kerana ada majlis perkahwinan adik mereka di Pulau Pinang.
- Ada driver ganti inform Syah " Dia balik kampung dan macam dia seorang jer ada kampung" Heheheh funny kan?
Syah rasa....... jawapan yang betul dia cuti kerana ada kenduri kahwin. Sya lihat jari Isterinya penuh dengan inai. Betullah jawapan No. 2 diatas. Tapi siapa yang kahwin tak tahulah. lama juga mereka cuti iaitu lebih 10 hari. Syah nampak isterinya macam cantik pula pagi nie. Atau entah-entah mereka yang baru kahwin, itu Syah tak tahulah. Hehehehhehehe.
Artikel Cita-Cita Tunku Shahrul Anuar dalam Berita Harian Segmen Varsiti
Headline: Cita-cita Tunku Shahrul Anuar
Publication: Berita Harian
Date of publication: Feb 24, 2011
Section heading: Varsiti
Page number: 003
Byline / Author: Oleh Mohd Azrone Sarabatin
PARASIT dianggap kurang berbahaya berbanding virus dan bakteria sehingga ramai yang tidak menyedari bahaya penyakit dalam bidang Perubatan Tropika itu di Malaysia pada masa depan. Ini menyebabkan tidak ramai pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan memilih pengkhususan parasitologi berikutan kurang kesedaran terhadap kesan penyakit berkenaan.Fenomena ini mendorong Tunku Shahrul Anuar Tunku Ahmad Basri mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang perubatan dengan pengkhususan Parasitologi Perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor mulai tahun lalu dan dijangka menamatkannya pada 2013.
- Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan Dengan Kepujian di UM (2002 hingga 2005)
- Ijazah Sarjana Sains Kesihatan (Bioperubatan) di UKM pada 2006 hingga 20073
- Sedang mengikuti pengajian peringkat PhD di Fakulti Perubatan UKM dengan pengkhususan Parasitologi Perubatan mulai 2010.
- Pensyarah di Fakulti Kesihatan dan Sains Kemanusiaan MSU, Shah Alam (2007-2008)
- Pensyarah di Fakulti Sains Kesihatan UTM (2008-2009)
- Penyelidik Perubatan
- Fasilitator dan Penceramah Motivasi bagi pelajar sekolah menengah yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda di UiTM.
- Prof Dr Muhaya Mohamad (Pakar Optalmologis, penceramah motivasi dan pengacara program)
- Allahyarham Datuk Sudirman Arshad (peguam dan penyanyi)
- Aznil Nawawi (pengacara televisyen dan penyampai radio)
- Ahli Persatuan Parasitologi dan Perubatan Tropika Malaysia
- Ahli Alumni UM, UKM, Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) atau ANSARA, Sultan Abdul Hamid Old Collegian Association (SAHOCA) dan Biohealth
- Ahli Medical Laboratory (MELTECH)
- Personaliti Terbaik Untuk Pensyarah Lelaki Fakulti Kesihatan dan Sains Kemanusiaan MSU pada 2008
- Tahfifah Bintang Harapan Kreatif Dayasari UM (2002)
- Anugerah Salleh Khir (1999)
- Anugerah Sultan Abdul Hamid Old Collegian Association (SAHOCA) pada 1999
Wednesday, February 23, 2011
Letihnya Badan Syah
Menu As Usual, Ahaks ................. What To Do Beb........ Hentam Sahajalah.
Sampai sahaja dirumah, Syah terus buat Green Apple Cellary Juice dan makan Red Dregon Fruit. Malas nak masak dan hari nie tak makanpun Syah cuma makan roti Gardenia Toasterm dan kuaci dioffice tadi. Tak selera mungkin sakit tekak dan demam kot. Nak beli makanan di bandar tadi takut pula ketinggalan bas ke Rawang Residence. Last bus 20:30hrs dan memandangkan driver bas sering bertukar jadi Syah takut time lari nanti. Selepas makan buah dan minum, Syah ambil ubat yang Dr. Faridah beri pagi tadi. Oklah GTG coz syah nak mandi dan Solat Insyak dan jamak Maghrib. Jumpa lagi. Daa......................
Ke Kelinik Zariff Kerana Sakit Tekak
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke - 223 Bermula Hari Ini 23.02.2011
- Terdahulu diadakan Mesyuarat Pre-Council sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang Ke-223 di Istana Negara, Jalan Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur pada hari Selasa 22.02.2011.
- Pada 21.02.2011 telah diadakan Majlis Perjumpaan Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-223. Majlis perjumpaan ini berlangsung di Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu di No. 482, Jalan Bukit Petaling, Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur.
Tuanku Muhriz Dianugerahkan "Head of State Medal"
Tuesday, February 22, 2011
Inkues Kematian Bekas Pengawal Istana Negeri Kelantan
Chef Dee memaklumkan bahawa dia merasa bahawa keluarga Allahyarham berasa marah terhadap beliau berdasarkan kepada kejadian-kejadian pelik yang menimpa isterinya yang bertugas sebagai guru di Kampung Allahyarham seperti tayar keretanya dipecahkan. Chef Dee memaklumkan bahawa dia mengetahui berita kemalangan itu melalui seorang tukang masak istana bernama Kak Hawa dan melalui berita di TV. Chef Dee mengenali Allahyarham semasa beliau bertugas di Hotel Royal Guest House iaitu sebelum beliau menjadi tukang masak Tengku Fakhry. Prosiding Inkues ini akan disambung semula pada 30.03.2011.
Entry Syah berhubung Allahyarham :
Bunuh Tikus Pagi-Pagi Buta
Monday, February 21, 2011
Sultan Johor Pandu Keratapi Sekali Lagi Untuk Menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke 223
Baginda dan rombongan yang terdiri daripada pegawai-pegawai Istana Johor bertolak dari JB Sentral jam 09:15hrs menuju ke KL Sentral dengan berhenti disetiap perhentian biasa keretapi berkenaan iaitu sebanyak 13 perhentian. Para penumpang sebenarnya tidak mengetahui bahawa Sultan Johor yang memandu sendiri Keratapi penumpang Ekspres Rakyat ini. Hari ini merupakan kali kedua baginda memandu lokomotif dengan gerabak penumpang selepas menerima lesen memandu lokomotif berkuasa tinggi sempena Program Kembara Mahkota Johor pada 26-28.07.2010. Keretapi berkenaan sampai di KL Sentral jam 16:50hrs, baginda dan rombongan telah disambut oleh Isteri baginda DYMM Raja Zarith dan dua orang putera baginda iaitu Tunku Abdul Jalil dan Tunku Abu Bakar. Semasa di KL Sentral, baginda dibawa melawat perkhidmatan train elektrik ETS yang memberi perkhidmatan perjalanan dari Seremban -Kuala Lumpur-Ipoh.
Buka Puasa @ Rawang Residence
Kenderaan Rasmi Raja Perlis
My Boss Call Awal Pagi
Selepas 10 minit Syah call Celcom untuk checking bill phone berkenaan. Menurut mereka bil Jan 2011 telah dibayar. Baru Syah teringat memanglah dah bayar Dik Nor yang bayar sekejap tadi. Menurut Celcom bayaran dibuat pagi ini melalui online banking CIMB. Walau bagaimanapun bil Februari telah dikeluarkan dan Syah perlu akru pula payment nie sebelum 25.02.2011. Syah call semula Dik Nor dan dia inform bil tu ada pada Kak Rose. Inipun masalah juga diantara Syah dan Kak Rose, kadangkala buat kerja yang sama. Syah check seorang lagi top management bil dan yang ini pun belum bayar lagi. Syah tak terima apa-apa bil daripada pejabat beliau, pihak Celcom inform bil Februari telah keluar berjumlah RM600++ dan sure jika tak bayar Jan bill nombor tu akan disekat dan kami juga yang akan menguruskannya. Kalau RM800++ siapa nak dulukan duit sebanyak tu yek? Heheheheh............ Masalah...Masalah...... tetapi kena di selesaikan juga. Itulah salah satu masalah dalam tugas-tugas kami di Financial Controller & Business Support kerana ada banyak lagi problem yang besar daripada kes nie.
Sunday, February 20, 2011
Petang Ahad di Sg Wang, Pavi dan KLCC
20.02.2011, Ahad - Selepas solat Zohor tadi Syah keluar untuk ke Sungai Wang. Dari LRT Melati syah turun di KLCC Station. Rasa lapar dan Syah beli Walnut Bread dan makan sambil jalan dan rasa nak muntah pula. Hehehehhe........... Dari KLCC Syah keluar ikut pintu belakang dan jalan kaki hungga ke Pavilion. Dari Pavi, Syah ke SNIPS Salon Sungai WangPlaza untuk beli H2O Mud, minyak rambut dari Korea. Harganya RM60.00 tetpi dapat diskaun 10% coz Syah members Snips. Mud nie boleh tahan tiga bulan dan gunakan sedikit sahaja sebesar duit sepuluh sen. Syah sempat pusing-pusing Sg Wang Plaza dan tak silap macam ada pertandingan tarian agaknya, Rasa haus dan Syah singgah di Kedai Minuman Each A Cup untuk beli Green Apple Ice Blanded dan hari ini ada offer jika tambah perls 2 scope hanya RM1.00 dan Syah ambil offer itew. Semuannya RM4.50. Dari Sg Wang Syah ke Pavi semula dan singgah untuk solat Asar di Surau yang terletak di Aras 5. Ramai juga jemaah yang bersolat tetapi suraunya kecil sahaja tidak seperti surau di KLCC. Dari Pavi Syah jalan kaki semula ke KLCC. Di KLCC Syah singgah ke Kinokuniya sebelum makan Meehon Soup Special Syah di Noodles, Rasa Food Court. Harga Meehon RM6.50. Syah tak order air kerana ada stock mineral water dalam beg dan lagipun meehon tu kan berkuah. Dari KLCC sudah hampir jam 19:00hrs dan Syah bergerak ke LRT Station. Di KLCC Syah sempat nampak kereta Raja Perlis/Raja Muda Perlis dan polis pengiring park diluar KLCC. Kereta Benalty warna putih dengan lambang Diraja Perlis bewarna emas. Syah sampai KL Residence sudah masuk waktu Maghrib. Cd belikan Syah Prosperity Burger dan Syah tak makan burger tu dan tunggu malam nanti untuk sahur coz esok puasa sunat. Oklah jumpa lagi dilain entry.
Sultan Kedah Rasmi Masjid Al-Khalidiah, Sungai Petani, Kedah
Hiba Tengok Kucing Tu
Syah tak bawa kamera tadi, kalau tidak boleh Syah tunjukkan keadaan kucing tu. Sebenarnya Syah rasa hiba sebab teringat kucing Syah semasa di Country Homes, Si Gemuk yang mati di Animal Medical Center kerana Kanser dan dia juga tak boleh berjalan dan hanya mengesot sahaja. Teringat juga kepada Almarhumah Bonda Syah yang mangkat sewaktu memputerakan adinda Syah dan kedua-duanya dijemput Mengadap Yang MAHA ESA. Waktu tu usia Syah dibawah satu tahun dan Syah tak pernah ingat siapa bonda Syah cuma tengok gambarnya sahaja. Syah pula selepas tu dibesar dan dididik oleh Kedua Nenda sebelah Ayahanda Syah dengan penuh kasih sayang dan kemewahan, iaitu Al-Marhum Ahmad Al-Haj dan Al-Marhumah Maharum Al-Hajjah yang Syah panggil Mak. Kalau ibunya kucing tu mati, siapa nak jaga anaknya tu, kesiannya............... Semuga Allah selamat dan sembuhkan ibu kucing tu. AMIN.
Dipasar Tani tadi Syah nampak ada buah Dragon Fruit, terus Syah beli dengan harga RM10.00 untuk 5 biji, 2 pcs of popiah basah RM1.00 dan beli Soya Bean RM1.50. Susah nak dapat dragon fruit kat Pasar Tani Danau Kota tapi hari nie ada pula. Kat office Jumaat lepas, Syah pesan Dragon Fruit RM10.00 dengan Uncle jual buah dan hari Isnin nanti dia bawakan. On the way balik KL Residence, Syah singah kedai Mamak makan Urtabam dan Horlic O semuanya RM3.40.
Kesihatan Syah
- Sembelit dan tak buang air besar semenjak semalam
- Sakit tekak
- Mata rasa sakit (kadangkala)
- Rasa sakit (masa-masa tertentu) di Testis Syah
Sembelit : Semenjak semalam Syah tak buang air besar. Ini mesti masalah sembelit. Takut juga sebab pengalaman sebelum nie kalau sembelit memang rasa nak menangis kalau buang air besar kerana terpaksa meneran dan iannya tak mahu keluar dan Syah akan rasa sakit dibahagian berkenaan. Shukur Alhamdulilah pagi nie Syah buang air besar dan taklah susah sangat macam biasa.
Sakit Tekak : Semasa makan di Flaming Steamboat malam Jumaat lepas, Syah makan sedikit kacang goreng ABC dan rasa melekat kat anak tekak dan rasa pahit tu sampai pagi semalam, So Syah masa Syah berus gigi Syah berus bahagian dalam mulut berhampiran anak tekak dan rasa tu masih ada. Syah korek dengan tangan bahagian anak tekak sebelah kiri dan buat macam kita nak keluarkan kahak. Tengahari tu rasa pahit tu sudah hilang. Tapi since malam tadi tekak Syah sakit mungkin terluka kot dan rasanya macam orang kena ulser. Mungkin terkena berus gigi atau kuku Syah yang agak panjang. Oklah tu nanti
Mata : Syah ada masalah dry eye. Pagi tadi mata rasa kering dan Syah cuci muka dan kenakan air pada mata. Masa solat subuh tadi ada rasa berdenyut atau rasa mata ditekan sedikit disebelah kiri Syah. Dulupun ada rasa macam nie tapi akan hilang dan ok semula. kadangkala kelopak mata atas atau bawah Syah bergerak (vibrate) Dr kata itu aktiviti otot dikawasan tu dan biasanya akan hilang sendiri. Memangpun dia hilang sendiri tanpa kita sedari. Tapi kadangkala iannya berulang kembali.
Testis : Semenjak minggu lepas kadangkala bila Syah buat sedikit pergerakan akan rasa sakit dibahagian Testis Syah. Tak tahulah mungkin tersalah tidur atau epididymis Syah bengkak lagi ker. Pagi tadi ada rasa sakit sedikit semasa buang air besar dan masa Syah bergerak (ada masanya bukan setiap masa). Sakitnya macam dulu tu tapi sedikit sahaja rasa sakit di testis hingga peha kiri, sekejap jer sakitnya. Kadangkala tu terasa dibahagian perut kiri sebelah ari-ari. Sakit nie kadangkala ok tapi akan berulang tak kira masa. Tapi tak apalah ok lah tu nanti dan Syah sentiasa berdoa agar diberikan kesihatan yang baik.
Pagi nie Syah rasa macam nak demam mungkin disebabkan sakit-sakit kat atas tu. Apa-apapun hidup harus diteruskan selagi kita bernyawa. Syah sentiasa berdoa selepas solat agar disembuhkan segala kesakitan Syah. Shukur Alhamdulilah Allah sentiasa melindungi Syah. Sekejap lagi nak ke Pasar Tani Danau Kota berhampiran KL Residence Syah. Pagi tadi Kak Lang Ella call dan Muss & Cd belum balik lagi dari rumah Zul.
Saturday, February 19, 2011
Aktiviti Sabtu
Bonda Tiri Sultan Brunei Mangkat
Allahyarhamah adalah Bonda Tiri kepada Baginda Sultan dan merupakan Isteri ketiga Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddin III. Turut mengiringi Baginda Sultan adalah, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Malik, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna serta kerabat-kerabat diraja yang lain.
Gelaran Diraja DYMM Raja Zarith Sofiah bt Almarhum Sultan Idris Shah
Untuk pengetahuan anda semua dan diri Syah sendiri, Gelaran Diraja bagi DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah adalah :-
- Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith
Gelaran ini hendaklah digunakan didalam semua ucapan dan persuratan dan dibahasakan sebagai Tuanku.
Kenyataan ini dikeluarkan oleh Setiausaha Jumaah DiRaja Johor, Dato' Abdul Rahim Ramli atas titah perintah DYMM Sultan Johor dalam satu sidang akhbar pada 17.02.2011 lepas.
Sambutan Hari Ulangtahun Ke-50 My Brother, Muss
19.02.2011, Sabtu - Semalam My Brother, Muss mengadakan Majlis Sambutan Hari Lahirnya Yang Ke-50 Tahun di Flaming Steamboat, Platinum Walk, Danau Kota, Setapak. Majlis bermula dari jam 19:30hrs hingga 23:30hrs kerana mereka tutup jam 00:00hrs. Makan buffet disini memang berbaloi dengan lebih kurang 150 pilihan makanan steamboat disamping ada hot drikks, soft-drinks, chocolate fountain, marshmellows, cookies, ABC, buah-buahan dan pelbagai perasa ice-cream. Cd sponsor Chocolate Moist Cake untuk majlis ini. Harga yang mereka caj agak murah iaitu RM23.80++. Yang hadir malam nie adalah Keluarga Kak Long Fadilah dan Kak Ngah Faziah. Semuannya seramai 26 orang. Flaming Steamboat juga menerima tempahan untuk mengadakan pelbagai majlis seperti Annual Dinner, Birthday Pary dan seumpamanya.
Sebahagian daripada tetamu pada malam semalam, Zul, Kak Ngah Faziah, Diba, Muss, Abang Amin, Hafiz dan Artikah.
Belikan Hadia Hari Lahir Muss
Friday, February 18, 2011
Ke Country Homes Jumpa Tenant
Thursday, February 17, 2011
Gelaran Baru Sultanah Nora dan Sultanah Zanariah
Sultan Johor Mansuhkan JP
Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Dato' Abdul Rahim Ramli memaklumkan bahawa penerima JP di Johor kebanyakannya adalah terdiri daripada Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri yang menjalankan tugas sebagai JP kerana kekurangan Majistret sebelum ini. Pada waktu ini bilangan Majistret disetiap daerah di Johor adalah mencukupi. Sehubungan dengan itu tugas-tugas JP adalah tidak relevant lagi buat masa ini. Penganugerahan JP selaras dengan Peruntukan Seksyen 98 Akta Mahkamah Rendah 1948 dan penerima hanya boleh mengendalikan kes-kes kecil dengan jumlah kompaun tidak melebihi RM300.00 sahaja.
Tengku Mohd. Haikal Afify Dapat Bantuan Kerajaan Negeri Terengganu
Dinner @ Azrin Residence
17.02.2011, Khamis - Malam tadi Syah ingat hendak masak tapi rasa tak sihat dan malas nak masak. Semasa menonton berita, Azrin call dan invite Syah dinner kat rumah dia coz Arip buat western food. Ada Mushroom Soup dan Steak. Syah inform kalau sudah siap nanti call. Bila dia call Syah pun ke rumah Azrin yang lat 7 buah rumah sahaja dari rumah Syah. Syah makan 1/2 daripada steak tu sebab tengah diet dan Mushroom soup tu habis satu mangkuk. Lepas tu Arip keluarkan dessert lagi - Agar-Agar Cocktail bersos Milo (Nama yang Syah beri sendiri coz lupa nak tanya mereka namanya).Heheheheh............... Selepas makan lepak sekejap menonton TV baru Syah balik semula ke rumah Syah. Thanks Azrin, Arip, Bak dan Acik atas hidangan istemewa yang membuka selera tue.
Klik link dibawah untuk gambar-gambar dinner @ Azrin Residence :-
http://www.facebook.com/?ref=home#!/album.php?aid=89613&id=1635014501
Penat Kejar Bas
Wednesday, February 16, 2011
Prince Harry Menjadi Best Man Perkahwinan Abangnya
Tak Sihat
- Dulu Syah pernah kena Demam Denggi tetapi tak taklah serious sangat. Syah kena tu tahun 1990an di KL Residence. Masa kena Denggi, Syah stay seorang di KL Residence dan Parents Syah pula stay di PLT Jalan Gurney, My brother Muss pula outstation. Petang tu Syah rasa pening dan muntah-muntah dioffice. Esok paginya Syah demam dan tak larat nak bangun. Dua hari Syah tak bangun dan tak inform office kerana tak larat nak bangun. Syah lihat badan Syah ada kesan merah dan Syah ingatkan warna comforter yang Syah gunakan tu turun. On the 2nd day baru Syah tersedar dan boleh bangun. Tiba-tiba pintu diketuk dan Syah lihat Ayahanda dan kawan-kaannya datang. Dia cari Syah sebab tak dapat dihubungi dua hari. Ayahanda bawa Syah ke HKL dan doktor confirmkan Syah mengidap denggi tapi tak perlu masuk wad tetapi kena datang hari-hari periksa darah. Doktor inform jika gosok gigi dan gusi Syah berdarah terus datang hospital. Agaknya kalau 1st day Syah ke hospital tentu kena tahan. Insyallah lepas tu Syah ok. Takut juga sebab sekarang nie banyak kes denggi kan? Ada orang kata kalau kena kali kedua lagi teruk? Minta-minta jauhkan lah dari Denggi.
Tuesday, February 15, 2011
YM Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad Dilantik Canselor Baru Unisel
YM Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad bin Almarhum Raja Tun Uda
YM Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad merupakan putera ke-10 Mantan TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Pertama mulai 31.08.1957 hingga 30.08.1967 iaitu Almarhum Raja Tun Uda bin Almarhum Raja Muhammad. Almarhum Raja Tun Uda juga merupakan kerabat diraja Selangor dan mengikut salah silahnya, Raja Tun Uda bin Raja Muhammad bin Raja Usman bin Raja Omar bin Raja Hasan bin Raja Muda Nala ibni Almarhum Sultan Salehuddin, Sultan Selangor Pertama. Bonda YM Tan Sri Dato Seri Arshad merupakan Isteri ketiga Almarhum Raja Tun Uda iaitu YAM Tengku Nor Saadah binti Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor Ke-5. YM Tan Sri Dato Seri Arshad juga merupakan bapa saudara kepada Political Blogger Raja Petra Kamaruddin. YM Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad berkahwin dengan Tunku Yusni Tunku Muhammad dan dikurniakan dengan seorang putera dan tiga orang puteri. YM Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad merupakan :-
- Pengerusi Ekuiti Nasional Berhad
- Pengarah Khazanah Nasional
- Pengarah Sime Darby Berhad
- Anggota Panel Kajian Semula Percukaian
- Pengarag Pro-Canselor Unisel
- Pengerusi Yayasan Raja Muda Selangor
- Anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
- Felo Institut Akauntant Bertauliah England dan Wales
Sultan Brunei Berangkat Ke Perhimpunan Perarakan Maulud Nabi (Maulidur Rasul)
Dalam acara kemuncak pada hari ini, Baginda Sultan, Kaum Kerabat Diraja, Para Pembesar Negara dan Rakyat telah berarak mengelilingi Bandar Seri Begawan sejauh 4.3 kilometer bermula dari Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien. Perarakan ini disertai oleh 139 buah pasukan yang melibatkan lebih kurang 20,574 orang peserta.
Kemudiannya, Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti upacara junjung ziarah dan ramah mesra oleh Sultan Brunei dengan Ketua-Ketua Pasukan yang mengambil bahagian. Majlis diteruskan dengan persembahan Dikir Marhaban oleh Pasukan Dikir Kementerian Kesihatan dan tembakan meriam sebanyak 21 das kedengaran diudara apabila ayat "Ya Habibi" dilaungkan. Bacaan doa selamat telah dibacakan oleh YB Pehin Mufti Kerajaan. Sebelum perarakan dimulakan, YB Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Yahya bin Haji Ibrahim telah mengepalai bacaan Selawat sebanyak 3 kali.
Perbarisan ini bermotifkan pertandingan yang di nilai menerusi lima kategori iaitu Penyertaan Perbarisan, Pakaian, Cogan Kata dan Salawat.
Raja Isteri Terima Mengadap Dato' Nik Faizah
Tuanku Mizan Hadir Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2011
Dalam program sambutah Maulidur Rasul pada tahun ini, seramai 114 kontijen telah mengambil bahagian yang terdiri daripada kontijen kerajaan, badan berkanun, swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan sekolah dengan jumlah 10,315 orang peserta. Para peserta berarak sejauh 2.4km bermula dari Dataran Putra hingga Qiblat Walk, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Dalam titah baginda, baginda menekankan pentingnya untuk memupuk perpaduan dikalangan umat Islam khususnya dan Masyarakat amnya. Sikap perkauman yang sempit haruslah dihindarkan sebelum iannya membarah dalam masyarakat untuk memasti perpaduan diantara kaum. Baginda berharap agar masyarakat dapat membina negara dengan nilai kasih sayang dan persefahaman serta jangan sesekali mengadaikan perpaduan dan keharmonian demi untuk mencari keuntungan yang sementara. Titah baginda lagi, dengan adanya sambutan seperti ini, ianya memberi makna tersendiri kepada seluruh umat islam dan membuktikan kecintaan umat islam kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. serta masyarakat dapat menghayati sejarah dan perjuangan Rasulallah menegakkan syiar Islam. Baginda mengambil contoh nilai-nilai murni dalam keperibadian dan kepimpinan Rasulallah yang boleh dijadikan panduan dalam menyatukan umat manusia dan ianya pasti berjaya dilaksanakan jika semua pihak melakukannya dengan penuh keikhlasan.
Lunch dengan Sup Cendawan Segera
Sheikh Humaid Terima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Kehormat Daripada Sultan Pahang
Diantara sumbanga baginda adalah :-
- Menubuhkan Program Tabung Perkahwinan pada 1992 bagi membantu golongan muda Ajman yang ingin berkahwin tetapi tidak berkemampuan. Memberi pinjaman peribadi tanpa faedah kepada 300 orang rakyatnya yang ingin berkahwin bagi mengelakkan perlakuan maksiat.
- Pada 1984 menubuhkan Pertubuhan Rayuan Kemanusiaan dengan baginda sendiri sebagai penaung dan menggunakan sumber kewangan baginda sendiri. Pertubuhan ini memberi bantuan kemanusiaan dan kewangan kepada penduduk miskin di UAE, Afrika, Asia dan Eropah. Pertubuhan ini juga membina masjid, hospital, perigi, sekolah, pusat pemulihan disamping menyokong kegiatan pertanian serta memberi bantuan makanan dan perlindungan kepada mereka yang memerlukannya.
Dalam majlis yang berasingan di UIAM, Sheikh Humaid juga telah berkenan menyampaikan pingat penghargaan kepada Presiden UIAM, Datuk Mohd Sidek Hassan, Rektor UIAM, Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid dan Dekan Strategi Korporat & Jaminan Kualiti UIAM, Prof Dr Abdul Aziz Berghout.