Thursday, April 25, 2013

Sultan Iskandar Berangkat Pulang Ke Johor Setelah Menamatkan Tempoh 5 Tahun Sebagai Yang di-Pertuan Agong

25 April 2013, Khamis :-

Pada 25 April 1989, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang telah menamatkan tempoh 5 tahun baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII telah berangkat pulang ke Johor dari Kuala Lumpur. Keberangkatan tiba baginda ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada jam 13:05hrs disambut oleh anggota kerabat diraja dan raakyat negeri Johor dengan lagu  "Bangsa Johor" dan Negaraku" diikuti dengan tebakan meriam sebanyak 21 das.  Bacaan doa selamat disempurnakan oleh Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Johor, Dato' Haji Mohamed Khuzairi Haji Dainuri.  Baginda kemudiannya memeriksa kawalan keselamatan yang terdiri daripada pegawai dan anggota pasukan Timbalan Setia Negeri.

Baginda dipilih sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII dalam Persidangan Majlis Raja-Raja yang ke-129 berkuat kuasa mulai 26 April 1984 hingga 25 April 1989 untuk tempoh lima tahun. Baginda telah ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII pada 15 November 1984.  Baginda menggantikan Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang juga merupakan Biras Baginda yang telah menamatkan tempoh lima tahun sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 25 April 1984. Baginda kemudiannya pula telah digantikan oleh Sultan Azlan Muhibbuddin Shah sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX bermula 26 April 1989 untuk tempoh lima tahun.

Sumber :- Arkib Negara / Portal Yang di-Pertuan Agong

3 comments:

Anonymous said...

Everyone loves it when people come together and share views.
Great site, keep it up!

Here is my homepage ... クロエ ハンドバッグ

Anonymous said...

Hello mates, its great paragraph about cultureand completely defined, keep it
up all the time.

my blog post: ミュウミュウアウトレット

Anonymous said...

Have you ever thought about adding a little bit more than just your articles?
I mean, what you say is important and all.
However imagine if you added some great photos or video clips to give your posts more,
"pop"! Your content is excellent but with pics and videos, this
website could undeniably be one of the most beneficial in its field.

Amazing blog!

Feel free to visit my blog post www.toryburchoutletshop2013.com